7 Cara Untuk Kurus Secara Semulajadi Tanpa Keluar Sebarang Kos

Adakah anda sedang mencari cara dan jalan untuk kuruskan badan anda secara semulajadi? Adakah anda seorang yang gemuk dan obesiti? Inginkah anda jadi kurus tanpa mengambil pil dan mana-mana produk kurus?

Ada cara dia sebenarnya. Anda perlu belajar bagaimana ada orang yang boleh kurus tanpa mengambil apa-apa produk untuk kurus.

fat guy
fat guy

Jika anda mengambil banyak masa untuk kurus, biasanya anda akhirnya akan putus asa dan akan kembali kepada tabiat biasa sebelum ini. Kunci untuk menurunkan berat badan adalah mengetahui kunci apa yang menyebabkan berat badan. Dengan mengetahui puncanya, berat badan anda akan turun dengan mudah.

Di sini saya berkongsi 7 cara untuk turun berat badan secara semulajadi dan menjadi kurus secara semulajadi tanpa perlu habiskan wang atas apa-apa pun.

1. Makan 5 Kali Sehari

Sila makan 5 kali sehari bermulalah dengan sarapan pagi. Kebanyakkan orang akan skip sarapan pagi kerena mereka fikir bahawa mereka menyimpan sendiri beberapa kalori. Ini adalah salah, akhirnya mereka mengambil makanan berlebihan pada masa lain di hari tersebut sebab lapar.

Pada waktu lagi, badan anda telah memproses makanan yang di makan beberapa jam sebelum tidur. Makanan ini sudah habis di proses dan badan kita sudah kurang tenaga di waktu pagi. Jadi badan memerlukan tenaga untuk memulakan aktiviti di awal pagi.

Dengan makan 5 hidangan kecil di setiap hari, bermula daripada sarapan, anda meningkatkan metabolisme badan anda, dan ini akan memudahkan untuk mengurangkan berat badan anda.

2. Minum Air Kosong Dengan Lebih Banyak

Badan kita memerlukan air, tetapi kadang-kadang agak pelik kita mencapai makanan bila kita lapar. Air juga adalah berfungsi untuk mengeluarkan toksik dan bahan buangan di dalam badan dan untuk menjadikan badan lebih kurus. Cuba minum 8 botol air sehari dan jika minum lebih lagi kalau anda aktif dan cuaca panas.

air kosong
air kosong

3. Makan Buah-buahan

Sebelum kelaur rumah, pastikan anda mengambil sebiji buat epal atau buah pisang. Ini untuk mengelakkan anda membeli makanan ringan yang boleh menambah kalori di dalam badan anda. Ini penting jika anda sedang memandu. Jika bekalan buah tersebut banyak, ini cukup untuk dimakan sehingga anda pulang ke rumah semula.

buah-buahan
buah-buahan

4. Makan Perlahan dan Berhenti Sebelum Kenyang

Otak anda akan menyedari perut anda sudah kenyang selepas 20 minit perut anda penuh. Maka dengan makan perlahan-lahan adalah satu penyelesaiannya dan bukan menghabiskan satu hidangan dalam masa 5 minit sahaja.

5. Lihat Saiz Hidangan Anda

Makan makanan yang saiz banyak akan menyebabkan pengambilan makanan anda adalah lebih. Jika anda tidak memerhatikan saiz hidangan anda, anda merosakan pelan makanan untuk lebih kurus. Orang yang mahu kurus semulajadi dia akan mengawal kandungan makanan dia.

6. Jangan Minum Minuman Yang Mempunyai Kalori Tinggi

Contoh seperti minuman bertenaga, latte, jus buahan, minuman sebegini mengandungi kalori yang tinggi, tetapi dia tidak mengenyangkan. Ganti minuman yang tidak berkalori seperti air masak untuk menjadikan ada kurus semulajadi.

7. Makan Coklat, Cake, Potato Chip

Walaupun makanan kegemaran anda seperti coklat ini akan memburukkan keadaan badan anda, tetapi ia adalah OK jika makanan ini cuma diambil sekali sekala. Dengan ini, ia dapat mengelakkan rasa ketagihan yang melampau untuk makanan ini.

Dengan menggunakan cara kira-kira untuk mendapatkan langsing secara semula jadi , anda akan baik dalam perjalanan anda untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat !

7 Punca Kenapa Gagal Kempiskan Perut

1. Anda Makin Tua

Setiap wanita akan mengalami menopous. Micheal Jensen, MD, professor perubatan mengatakan, jika wanita mengalami kenaikkan berat badan selepas menopous, tempat yang paling mudah menjadi sasaran ialah perut.

Semasa menopous, penghasilan hormon estrogen dan progesterone juga semakin perlahan. Perubahan demi perubahan inilah antara punca lemak mudah terkumpul dibahagian tersebut.

2. Senaman anda tidak mencabar

senaman situp

Untuk memerangi lemak perut yang degil, anda perlu menilai kembali senaman yang anda lakukan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Medicine and Science in Sport and Exercise, mereka yang mengamalkan senaman berintensiti tinggi akan hilang lebih banyak lemak di perut berbanding dengan mereka yang bersenam dengan berintensiti rendah.

Natalie Jill, jurulatih peribadi yang bertauliah memberitahu, kita perlu bersenam dengan intensiti penuh kerana tujuan asalnya adalah untuk membakar kalori. Hanya senaman yang berintesiri tinggi mampu merealisasikan tujuan ini.

3. Tubuh anda ‘Apple Shape’

apple shape

Jika anda cenderung mengumpul lemak di bahagian tengah tubuh berbanding pinggul dan paha, anda sebenarnya memiliki tubuh bentuk epal. Ginetik tubuh begini memang mudah untuk mengumpul lemak di bahagian tersebut. Usaha untuk mengurangkan lemak di bahagian ini memang agak sukar, namun ia tidak mustahil.

4. Anda salah memilih lemak

Tubuh kita tidak bertindak pada semua jenis lemak dengan cara yang sama. Penyelidikan telah menemui kaitan antara pengambilan lemak tepu yang tinggi (khususnya dalam daging dan tenusu) pada peringkat lemak visceral.

Dalam pada itu, lemak mono tak tepu(seperti dalam minyak zaitun) dan setengah lemak poli tak tepi (terutamanya omega 3 yang terdapat di dalam walnut, biji bunga matahari dan ikan salmon) mempunyai kesan anti radang di dalam badan dan ia baik untuk diamalkan.

Namun begitu, pengambilan yang berlebihan tetap memberi kesan tidak bagus. Ambillah lemak dalam kadar yang sederhana sahaja.

5. Anda sakit?

Jika tahap testosteron anda tinggi, mungkin sesuatu berkaitan sindrom polistik ovari(PCOS) sedang berlaku. Inilah punca anda sukar menurunkan berat badan. Jika tubuh anda jenis epal dan terlebih berat badan, segeralah berjumpa doktor. Selain PCOS, mungkin juga anda berisiko untuk mendapat penyakit lain yang lebih berbahaya.

6. Anda kurang motivasi

Untuk mengurangkan lemak di perut, ia memerlukan kombinasi pengambilan diet rendah kalori. Pastikan anda mengambil makanan serat tinggi dan rendah karbohidrat. Usah lupa untuk melakukan senaman kardio dan latihan berat. Apabila anda faham semua perkara ini dengan mudah, motivasi untuk melakukannya akan menjadi senang dengan sendiri.

7. Anda kurang tidur

Jika anda tidur kurang daripada 6 jam setiap malam, anda akan mengalami kesukaran untuk mengempiskan bahagian perut. Terdapat satu kajian yang melibatkan 70,000 orang wanita. Dalam kajian ini, mereka mendapati orang yang tidur 5 jam atau kurang adalah 30% berpotensi untuk mengalami kenaikan berat badan.

Ini berbeza bagi mereka yang tidur selama 7 jam. The National Institute of Health mencadangkan agar setiap orang dewasa tidur kira-kira tujuh hingga 8 jam setiap malam.

4 Kunci Untuk Kurus Dan Kekal Kurus

Adakan anda percaya atau tidak kalau saya katakan bahawa nak kurus tu sebenarnya payah?

Ramai orang yang ingin nak kurus dan mereka belikan macam-macam saja untuk tujuan kuruskan badan mereka. Banyak orang yang belanja sampai beratus-ratus ringgit dan ada juga sampai beribu-ribu.

kurus badan
kurus badan

Sekali dah mengembang badan memang jenuh nak turunkan balik. Tambah lagi makanan sedap merata-rata boleh didapati. Jadi bagaimana nak berdiet macam ni??

Dah tu, kenapa saya pula yang beriya-iya nak kurus, dan (ehem..) maintain kurus selama 2 tahun selepas beranak, siap pulak jadi personal coach ibu-ibu yang mahukan berat badan yang diidamkan?

Sebab nak kurus dan nak kekal kurus, tak susah sebenarnya. Asalkan kita jaga dan amalkan 4 kunci berikut dan anda akan tetap kurus. Jika tidak dapat anda amalkan dan buat secara konsisten, maka sudah boleh confirm berat yang anda dapat tu hanyalah sementara.

Kunci Asas Untuk Dapat Dan Kekalkan Berat Idaman

1. Dapatkan Tidur Yang Cukup Setiap Malam

Ketika kita tidur, tubuh kita tidak berehat. Sebenarnya setiap sel dalam tubuh sedang bekerja bahan kotos dan toksin, serta memulih apa yang patut dari aktiviti kita di siang hari.

tidur yang cukup
tidur yang cukup

Tanpa dapatkan tidur yang mencukupi, bererti tak cukuplah masa untuk badan kita buat semua-semua tu. Dan sudahnya, nutrisi seperti karbohidrat yang tidak sempat dicernakan oleh tubuh akan disimpan dulu dan jadi sebagai LEMAK.

2. Makan Yang Sihat

Inilah salah satu faktor yang paling ramai orang yang malas nak buat. Memilih makanan yang sihat sahaja adalah masih satu cabaran dan godaan.

healthy food
healthy food

Tak perlu pening-pening, langkah mudah yang anda boleh buat, adalah jadikan 90% dari masa makan anda dengan yang sihat belaka. Dari tak langsung dan ia terbukti dalam kajian, adanya masa untuk anda menikmati makanan tersebut, anda dapat mengekalkan berat badan ideal anda dengan lebih lama dan berkesan.

Boleh rujuk ke artikel ini untuk maklumat tentang piramid makanan dan anda boleh dapat idea untuk dapatkan makanan yang seimbang untuk keperluan badan anda.

3. Minum Air Masak

Kenapa perlu minum air masak? Sebab 70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Jika 3 hari anda tidak minum sebarang air anda akan mati berbanding 7 hari anda tidak makan. Jadi banyak power kan kuasa air?

boiled water
boiled water

Anda hanya perlu minum air mengikut keperluan/berat terkini anda, iaitu satu liter untuk setiap 25 kg tubuh anda. Terlalu banyak air juga tidak bagus kerana ia akan menyebabkan anda ‘water toxic’.

*Terdapat app untuk membantu anda tahu berapa jumlah air yang telah diminum. Saya rekomen app ‘carbodroid‘ yang boleh anda muat turun di Google Play Store.

4. Workout

Yang ni, nak tak nak, mesti lah buat juga. Walaupun hasil tubuh badan kita adalah 70% dari makanan, baki 30% iaitu senaman juga perlu dilakukan, kerana senaman berfungsi untuk trim lebihan kulit (agar cepat sket kecut dan sepadan dengan tubuh), meningkatkan stamina dan fleksibiliti, serta membentuk dan memantapkan otot.

workout
workout

Umpama plastisin, jika kita bentukkan ia dengan jari-jemari mengikut kehendak kita, pasti ia berbentuk cantik kan? Begitulah juga prinsipnya dalam workout, selain meningkatkan stamina.

Sekiranya anda memerlukan bantuan/panduan untuk kurus, anda boleh hubungi saya untuk ketahui cara yang terbaik dan serasi dengan diri, untuk mendapatkan berat idaman melalui personal coaching dengan saya, sesuai dengan bajet.

Perlulah anda selalu ingati, nak jadi kurus memang bukan susah sangat tapi apa yang penting adalah anda perlu membuatnya secara konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *