Pilih Lampin dan Diaper Yang Sesuai Untuk Bayi Anda

Pada zaman kita masih kanak-kanak, ibu bapa kita menggunakan lampin bayi boleh basuh. Tetapi pada masa kini, lampin bayi moden telah dihasilkan.

Secara umumnya terdapat dua jenis lampin bayi moden, iaitu yang berbentuk seluar dan yang sejenis lagi yang traditional iaitu kena lipat seperti lampin boleh basuh. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis lampin bayi ini adalah untuk menjamin keselesaan dan keceriaan bayi kita.

lampin bayi

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Lampin Bayi

Harga

Harga pampers merupakan faktor utama yang menjadi pertimbangan ibu bapa semasa memilih jenis lampin yang hendak dibeli. Pasaraya seperti Jusco, Tesco, Giant selalu membuat promosi. Ibu bapa boleh membuat perbandingan harga ke atas lampin yang dijual oleh pasaraya-pasaraya ini.

Kualiti

Kualiti lampin iaitu dari segi kebolehan penyerapan cecair ataupun air kencing merupakan faktor yang mendorong pemilihan kain lampin bayi. Ada ibu bapa yang berpendapat, walaupun mahal, tetapi lampin tersebut mampu menyerap cecair lebih daripada lampin murah biasa.

Dengan itu, kekerapan untuk menukar lampin lebih rendah berbanding lampin biasa. Oleh itu, jika dikira balik, hakikatnya lampin berkualiti lebih menjimatkan wang.

Jenama

Ibu bapa lebih cenderung untuk membeli lampin bayi yang berjenama. Ini merupakan kejayaan iklan yang berjaya menanam maklumat di pemikiran ibu bapa bahawa barang yang berjenama lebih berkualiti. Antara pembekal pampers dan jenama lampin biasa yang ada di Malaysia ialah Mamy Poko, Drypers, Diapex, Huggies dan sebagainya.

Saya mempunyai bayi berusia 4 bulan dan dia telah menggunakan lampin Mamy Poko sejak dia dilahirkan. Mamypoko adalah salah satu daripada jenama lampin bayi yang paling mahal di pasaran. Itulah sebab saya hanya membelinya apabila terdapat harga promosi.

mamy poko diapers
mamy poko diapers

Saya lebih suka bayi saya memakai lampin MamyPoko kerana mereka mempunyai tahap penyerapan yang tinggi. Saya tidak perlu tukarnya dengan kerap.

Pampers ini juga mempunyai poket poo poo, yang menjadikan mereka berbeza dari jenama lampin lain. Ia juga mengelakkan najis terkeluar dari lampin.

Poket poo poo amat berguna untuk bayi saya. Saya suka tali Pooh pada lampin. Ia menjadikan lampin kelihatan baik pada gadis bayi saya. Tali ikat juga merupakan kualiti yang baik.

Ia boleh digunakan semula walaupun telah ditanggalkan beberapa kali. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membuangnya jika saya mandi bayi saya dan air dalam lampin tidak penuh lagi.

Cuma satu keburukan tentang Mamy Poko adalah harganya lebih mahal berbanding dengan jenama pampers lain. Tapi jika anda mahu lampin yang berkualiti untuk dipakai pada bayi anda, maka Mamy Poko merupakan lampin yang boleh diharapi.

Promosi

Promosi harga ke atas sesejenis jenama lampin bayi akan menggalakkan ibu bapa untuk membeli dan mencubanya walaupun jenama itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah keselesaan bayi kita terjamin khususnya apabila mereka tidur malam.

Dimana Untuk Membeli Lampin Bayi Murah

Kedai Bayi

Kedai bayi merupakan pusat sehenti yang menjual pelbagai jenis barang-barang kegunaan bayi. Antara barang-barang yang boleh didapati di sini ialah tepung susu, baby stroller, alat mainan bayi, lampin bayi, baju baby, makanan bayi dan sebagainya.

Biasanya di kedai bayi, barangan yang dijual terdiri daripada pelbagai jenama. Tuan punya kedai tidak hanya menjual satu jenama sahaja kerana mereka tahu setiap ibu bapa mempunyai pilihan tersendiri.

Dengan adanya pelbagai jenama di bawah satu bumbung, maka peperangan harga akan berlaku. Dengan itu, harga barangan akan lebih murah berbanding di tempat lain.

Secara Online

Perniagaan secara online merupakan satu trend yang semakin popular. Satu kebaikan yang paling ketara ialah kos overhead dan kos operasi yang lebih rendah. Biasanya yang buat business secara online, kebanyakan hanya buat di rumah.

Mereka tidak perlu membayar sewa kedai yang mahal dan tidak perlu mengupah pekerja yang ramai. Dengan itu, mereka dapat menjual dengan harga yang lebih murah untuk menarik pelanggan.

Tukar Huggies Dry Pants Lebih Senang Dipakai

Pernahkah anda tercari-cari diapers yang lebih mudah untuk dipakai, dengan erti kata lain “Tukar untuk lebih mudah dipakai”. Dahulu saya memang tercari-cari adakah diapers yang memberi keselesaan dan yang lebih penting saya sendiri boleh menukar diapers tersebut tanpa pertolongan isteri. Diapers yang sedemikian ternyata akan menjimatkan masa dan menyenangkan tugas kita.

huggies dry pants

Teringat lagi beberapa bulan yang lepas, di mana ketika itu bayi kembar kami iaitu Nur dan Kasih memakai pamper yang murah.

Pada masa itu kami hanya memikirkan bahawa diapers yang mahal ataupun murah sama sahaja ditambah pula kami ada bayi kembar, maka membeli diapers yang paling murah adalah pilihan kami yang bijak dari segi kewangan.

Ternyata sangkaan kami meleset. ternyata diapers yang kami beli itu mudah bocor dan bayi kami selalu menangis diwaktu malam kerana diapersnya sudah penuh dan basah.

Diapers yang basah ini menyebabkan kami terpaksa menyalinnya beberapa kali dalam satu malam. Keadaan yang basah juga telah menyebabkan terjadinya ruam pada bayi kami dan membuatkan mereka tidak dapat tidur dengan lena.

Disamping itu bahan pelekat pada diapers tersebut menimbulkan bunyi bising ketika membukanya. kadangkala bahan pelekat tersebut melekat pada bayi kami kerana tidak dilekatkan dengan betul pada bahagian kain. keadaan ini telah menganggu tidur mereka .

Bila nak salin diapers mesti diaorang menangis. Nak tahu kenapa diaorang nangis? kerana terperanjat atau pelekat melekat pada badan diaorang.

Ini belum lagi bagaimana nak tukar diapers ketika dalam perjalanan. Memang susah nak pakaikan diapers pada bayi ketika kenderaan sedang bergerak. Perlu ruang yang agak besar untuk membaringkan dia.

Akhirnya berjumpa jugak dengan diapers yang dicari selama ini. Beberapa hari yang lepas saya telah menerima bungkusan yang di dalamnya terdapat satu pek percubaan dari Huggies Dry Pants. Siapa yang tak nak cuba kan, kalau ianya percuma. Anda pun boleh request sample daripada Huggies melalui link untuk percubaan.

Alhamdulillah setelah mencubanya beberapa hari, ternyata jadual tidur bayi kami semakin selesa kerana huggies dry pants betul-betul memberikan keselesaan. Menakjubkan…ianya tidak bocor dan sentiasa kering.

Saya pun boleh memakaikan sendiri diapers pada bayi tanpa pertolongan isteri. kalau sebelum ini ternyata amat sukar kerana bayi kami agak agresif dan tidak duduk diam. Ruam-ruam pun berkurangan kerana ianya tidak basah . Baby kami pun dah tidak menangis lagi ketika sedang tidur di waktu malam.

Kalau time berjalan ataupun balik kampong ke Kuantan, nampaknya nur dan kasih begitu selesa. Senang hati ibu bapa bila melihat tingkah laku mereka. Nak tukar pun senang. hanya “koyak,salin dan lepas”. Tak sampai 30 saat pun. Macam salin seluar dalam jer.hehehehe….Kan jimat masa tu.

Dah tak risau sekarang ini nak berjalan jauh-jauh sebab bayi kami sudah tidak meragam. Memang berbaloilah saya menggunakan huggies dry pants ini. Lagipun Huggies Dry Pants sekarang sudah berwajah baru dengan special value pack.

Jadi , Huggies Dry Pants menjadi pilihan kami selepas ini kerana ianya menyenangkan dan memberi keselesaan kepada bayi kami. Ibu bapa mana yang tak gembira bila melihat anak-anak mereka membesar dengan riang dan gembira.

Faktor keselesaan dan harga memainkan peranan penting kepada kami. Apa gunanya kita membeli diapers yang begitu murah sedangkan kita perlu tukar banyak kali dalam satu malam kerana basah ataupun dah penuh.

Untuk keterangan lanjut berkenaan diapers Huggies Dry Pants ini, bolehla melawat Huggies Malaysia Facebook.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *