Web Analytics
pelbagai snek coklat

Kebaikan Dan Keburukan Coklat

Anak saya sangat suka makan coklat. Kalau saya tak belikan, dia akan dapat juga daripada tok, wan atau dari mak bapak sedara dia. Walaupun pada mulanya agak risau, tetapi selepas daripada beberapa siri pembacaan, saya dapati kerosakan gigi bukannya berlaku secara terus daripada tabiat memakan coklat tersebut tetapi kebanyakannya berlaku daripada gula berlebihan yang berada di dalam coklat.

Sebelum itu, apa kata kita tengok dulu serba sedikit antara kebaikan dan keburukan coklat.

pelbagai snek coklat
pelbagai snek coklat

Kebaikan:

Fakta sebenarnya lebih banyak menyebelahi kepada faktor kebaikan kepada para penggemar coklat. Kategori makanan yang selalu dihadiahkan di antara pasangan yang sedang mabuk bercinta ini sebenarnya mengandungi bahan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.

Fenol merupakan sejenis bahan antioksidan yang berupaya untuk mengurangkan kandungan kolesterol di dalam darah yang tentunya dapat mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit serangan jantung.

Selain daripada itu, bahan antioksidan yang berada di dalam coklat juga mampu untuk menghalang pertumbuhan kanser,mencegah terjadinya fenomena darah tinggi dan seterusnya dapat menghindarkan risiko seseorang itu terkena strok.

Disebabkan terdapatnya bahan antioksidan di dalam coklat,ia juga dianggap sebagai bahan minuman yang lebih baik jika dibandingkan dengan teh ataupun kopi.

Coklat juga memiliki kelebihan dengan mengandungi pelbagai zat yang berguna untuk tubuh badan seperti magnesium,zat besi,kalium dan juga kalsium yang penting untuk pembentukan tulang.

Selain daripada itu,penggemar coklat boleh memperolehi vitamin-vitamin yang penting daripada jenis makanan yang dikatakan berasal daripada Mexico itu.Antara jenis vitamin yang terdapat di dalam coklat adalah Vitamin A,Vitamin B1,Vitamin C,Vitamin D dan juga Vitamin E.

Mengapa coklat selalu dihadiahkan di antara pasangan yang sedang bercinta?Mungkin ia hanya sekadar mitos tetapi dipercayai kenikmatan yang diperolehi ketika memakan coklat yang berstruktur lembut di dalam mulut boleh menimbulkan ketenangan kepada si penggemarnya dan seterusnya boleh mewujudkan mood yang bahagia kepada seseorang itu.

Ia juga berupaya untuk merangsang serotonin di otak yang mana ia akan membuatkan seseorang itu berperasaan tenang dan rileks.Perasaan bersemangat juga boleh timbul hasil daripada memakan coklat yang mana ia disebabkan oleh zat theobromine yang banyak terdapat di dalam coklat.

Antara kebaikan lain yang dimiliki oleh coklat adalah, ia mampu mengurangkan masalah kepada wanita seperti pra menstruasi (PMS) dan juga dipercayai bahawa kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya boleh membantu dalam proses awet muda.

Apa yang lebih penting, didapati coklat bukanlah penyebab utama kepada masalah kerosakan gigi.Kandungan mentega koko yang tersalut pada gigi sebenarnya membantu menghalang bakteria daripada menempek pada gigi si penggemar coklat.

Masalah kerosakan gigi sebenarnya disebabkan oleh kandungan gula berlebihan yang dimasukkan ketika proses pembuatan coklat tersebut.

Keburukan:

Jika hendak dibandingkan antara kebaikan dan keburukan memakan coklat,saya rasa kebaikan masih lagi mendahului dari segi fakta.Ini kerana,keburukan yang terhasil daripada tabiat memakan coklat cuma sedikit sahaja dan ianya melibatkan hanya kepada golongan-golongan tertentu.

Antara keburukan yang ada pada coklat adalah,ia mampu menyebabkan sesetengah individu itu pening selepas memakan atau meminumnya.Namun ini selalunya hanya terjadi kepada mereka yang mengalami masalah migrain.

Coklat juga dipercayai berupaya menjadi penghalang kepada mereka yang ingin menaikkan berat badan kerana ia dapat menghilangkan selera makan selepas meminum segelas coklat panas.

Coklat juga mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi.Tetapi kandungan gula tinggi tersebut boleh diubahsuai dengan penyediaan sendiri coklat di rumah.

Bagi mengurangkan kemungkinan masalah kerosakan gigi pada anak yang gemarkan coklat,seeloknya buatlah sendiri coklat di rumah khas untuk anak tersayang.Dapatkan ebook Panduan Buat Coklat GC untuk isteri.Semoga dengan pembelian ebook tersebut,anak anda akan dapat menikmati coklat kesukaannya tanpa kita runsing memikirkan masalah gigi mereka.

Kenapa Ramai Orang Suka Sangat Makan Coklat?

Ooooooohh. I am craving for chocolate! Tengok dalam laci makanan.. “Ada maggie, twiesties.. perasa tomato wei.. dan air mineral..” No, nak coklat juga please.

Ini bukan auta, tapi ini fakta. Kadangkala rasa mahu sangat-sangat makan coklat. Biarkan lelaki atau perempuan pun tiada terkecuali. Cuma lazimnya memang perempuan lah yang mengidam coklat ni.

Pada masa kita sedang lapar, memang kita tahulah perut kita sedang kosong.. Pada masa kita haus, kita tahu juga yang tekak sedang dahaga. Tetapi semasa kita tengah mengidam coklat, adakah sebab badan kita kekurangan vitamin coklat? Atau seperti percakapan bahasa barat yang lebih comel dipanggil sebagai chocolate defficiency? Hmmm (tengah fikir dengan mendalaman)..

coklat
coklat

Okay, tidak kira apa-apa yang telah dinyatakan. Biar kita semak apa itu sebab kenapa terdapat ramai orang suka sangat untuk makan coklat. Lepas pembicangan ini mungkin baru anda dapat sedar mengapa anda boleh bertindak begitu terhadap coklat.

Antara sebab kenapa seseorang boleh mengidam untuk makan coklat adalah:

1. Stok gula dalam darah berkurangan.

Jadi, rasa nak makan benda yang manis-manis. Kalau anda pernah makan coklat sebelum ni, badan anda dah sedia tahu yang coklat boleh atasi masalah yang sedang dihadapi. Boleh tahu tu..

2. Hormon menjadi semakin nakal semasa proses period sorang perempuan.

Sesetengah pendapat pula menyatakan yang mengidam coklat semasa haid cuma satu fenomena yang disebabkan oleh budaya. Tambahan pula, simptom sebelum haid menyebabkan seorang perempuan inginkan makanan yang manis, tinggi kandungan lemak dan mewah. INDULGENCE! cewah.

3. Hormon cucuk nafsu makan.

Hormon yang mencucuk-cucuk nafsu makan semasa stress atau semasa sedang bersemangat. “Awak yang cantik, makanlah coklat. Awak nampak makin cantik bila stress, makanlah coklat..”.. “Hai gadis, aku nak coklat.. Boleh tak? Kalau tak aku merajuk” Kata hormon serotonin.

4. Ketagihan alkaloid.

Mempunyai sedikit kesan ketagihan yang disebabkan oleh bahan alkaloid dalam coklat. (bahan yang sama yang menyebabkan ketagihan alkohol.)

5. Suka makan sebab ia sedap.

Simply because coklat adalah satu makanan yang baik, memberi perasaan yang baik dan kesan yang baik kepada seorang individu.. (tertakluk kepada terma dan syarat alahan coklat.. hahaha)

6. Coklat dapat bantu melegakan tekanan.

Ini adalah kerana dopamin yang dikeluarkan ke dalam otak anda apabila anda makan coklat, ia sebenarnya dapat menurunkan tahap tekanan anda. Inilah sebabnya orang sering mengidamkan coklat dalam keadaan yang tertekan, atau mengidamkannya apabila mereka memerlukan keselesaan atau melegakan diri.

Jelas sekali, emosi memainkan peranan dalam beberapa bahagian pengidaman di dalam badan anda. Ini adalah sama seperti orang mengidamkan sup ketika mereka sakit.

Jadi sebab mengapa saya mengidamkan coklat adalah kerana saya mengaitkan coklat dengan makanan yang selesa – saya memakannya sebagai penggalak mood ketika saya rasa sedih atau sakit hati, atau ketika saya hanya memerlukan galakan gula darah saya pada pertengahan hari selepas makan.

7. Tabiat mati keras.

Tabiat boleh menjadi perkara yang sukar untuk ubah. Bagi sesetengah orang, makan coklat pada waktu tertentu menjadi tabiat, tetapi kehabisan atau tidak mempunyai akses kepada coklat pada masa itu boleh meninggalkan mereka dengan nafsu.

Sebagai contoh, jika anda sentiasa ambil sekeping coklat semasa anda menonton televisyen atau sebatang snek coklat ketika anda memandu ke pusat membeli-belah, tetapi suatu hari menjalankan aktivi ini tanpa sebarangan coklat, anda akan sangat mengidam kepadanya.

Artikel berkaitan:

1 thought on “Kebaikan Dan Keburukan Coklat”

Leave a Comment