Cara Kira BMI Berat Badan Dewasa, Kanak-Kanak dan Ibu Mengandung

Berat badan memberi pengaruh utama pada kesihatan sepanjang hayat. Secara umum, golongan obes adalah golongan yang kurang sihat dan lebih cenderung diserang penyakit seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi (hypertension), penyakit jantung (heart diseases), penyakit pundi hempedu (gall bladder diseases) dan keradangan sendi (arthritis).

Oleh itu, timbanglah berat badan anda selalu dan ketahui berat badan anda yang sepatutnya. Anda perlu menimbang berat badan anda sekurang-kurangnya dua kali sebulan pada waktu yang sama dengan memakai pakaian yang ringan.

Apa Itu BMI Berat Badan?

Indeks jisim tubuh atau Body mass index (BMI) dalam bahasa English adalah pengukuran lemak badan yang berdasarkan berat badan anda dan juga mengambil kira ketinggian anda yang berkaitan dengannya.

Ia boleh digunakan pada golongan lelaki dan wanita dewasa yang berumur 20 tahun dan ke atas, persentil BMI adalah kaedah penaksiran lemak badan yang terbaik.

Formula yang digunakan untuk kira BMI bagi golongan dewasa
BMI Formula

Cara Kira BMI untuk Orang Dewasa:

Membahagikan berat badan anda dalam kilogram (kg) dengan ketinggian anda dalam meter (m). Selepas itu bahagikan jawapan dengan ketinggian anda sekali lagi untuk mendapatkan BMI anda.

Sebagai contoh:

  • Berat badan: 70kg
  • Ketinggian: 1.7 m

Jadi, boleh kita pakai formula BMI untuk buat kiraan:

contoh bmi

BMI anda ialah 24.22 kg/m2

Cara Kira BMI untuk Kanak-Kanak

BMI untuk kanak-kanak (juga dirujuk sebagai BMI-untuk-umur (BMI-for-age)) adalah khas untuk jantina dan kanak-kanak yang berumur dari 2 ke 20. Cara kiraannya tidak sama kerana kandungan lemak badan perempuan dan lelaki akan berbeza apabila mereka menjadi matang.

Untuk mengira BMI anak anda:
Menentukan berat badan anak anda dalam kilogram. Kalau anda cuma mengetahuinya dalam paun, anda boleh gunakan pengiraan mudah seperti bawah.

Ambil berat badan anak anda dalam paun.

Sebagai contoh:

  • Berat Badan: 37 paun dan 4 auns (= 37.25 paun)
  • Bahagikan nombor itu dengan 2.2.
Formula BMI untuk kanak-kanak
Formula BMI untuk kanak-kanak

BMI untuk ini ialah 16.9 kg.

Nombor yang terhasil adalah berat BMI anak anda dalam kilogram.

Kalkulator BMI

Jika anda ingin tahu indeks jisim tubuh anda, boleh anda pakai kalkulator BMI ini untuk buat kiraan. Dengan ada kalkulator ini, ia dapat memudahkan untuk kira secara automatik untuk BMI anda. Anda cuma perlu masukkan maklumat seperti jantina, umur, ketinggian dan keberatan, dan ia akan berikan keputusan dengan serta merta.

Powered by YAZIO

Jika BMI anda berada di bawah 18.5

BMI anda dianggap sebagai kurang berat badan. Harus diingati bahawa pengiraan BMI yang menghasilkan keputusan kurang berat badan mungkin boleh menimbulkan risiko kesihatan tertentu. Sila merujuk kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan anda untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan BMI.

Kalau BMI anda berada di antara 18.5 – 24.9

BMI anda dianggap sebagai normal. Berat badan yang sihat ini membantu anda mengurangkan risiko keadaan kesihatan yang serius dan ini juga bererti anda telah hampir mencapai matlamat kesihatan anda.

Sekiranya BMI anda melebihi 30

BMI anda dianggap sebagai lebih berat badan. Sebagai individu yang lebih berat badan, anda lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular.

Pertimbangan harus dibuat dengan perubahan gaya hidup melalui pemakanan yang sihat dan kebugaran yang meningkatkan kesihatan anda. Bimbingan kami dalam pelan latihan 5K adalah yang terunggul untuk anda bermula.

BMI Chart
BMI Chart

Berapakah Berat Badan Yang Berpatutan Bagi Ibu Mengandung?

Jumlah keberatan yang diperoleh oleh ibu mengandung adalah berdasarkan indeks BMI juga. Secara umum, jika BMI seseorang ibu mengandung adalah rendah, ibu tersebut perlu menambahkan keberatan badannya.

Institut Perubatan (IMR) mencadangkan kenaikan berat badan adalah seperti berikut:

  • Sekiranya anda sudah kurang berat badan sebelum mengandung(BMI kurang dari 18.5), anda perlu tambahkan berat kira-kira di antara 12.5 kg hingga 18 kg semasa kehamilan.
  • Sekiranya keberatan badan anda adalah normal sebelum mengandung(BMI antara 18.5 dan 24.9), anda perlu tambahkan berat kira-kira di antara 11.5 kg hingga 16 kg semasa kehamilan.
  • Sekiranya anda berlebihan berat badan sebelum mengandung(BMI antara 25 dan 29.9), anda akan tambah berat kira-kira di antara 7 kg hingga 11.5 kg semasa kehamilan.
  • Sekiranya anda sudah melebihi kegemukan sebelum mengandung(BMI lebih dari 29.9), anda akan tambah berat kira-kira di antara 5 kg hingga 9 kg semasa kehamilan

Sekiranya seseorang ibu mengandung masih sangat muda, maka dia mungkin perlukan lebih banyak penambahan berat badan sebab dia masih merupakan seorang remaja yang masih membesar.

Cara Mengira BMI Bagi Ibu Mengandung

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana BMI anda dikirakan semasa mengandung, boleh anda tolak berat kehamilan dari berat badan anda sebelum mengira BMI.

Penambahan berat boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:

  1. Pada trimester pertama, anda seharusnya memperoleh sekitar 0.5 kg sebulan.
  2. Pada trimester kedua, kira-kira 1 kg sebulan.
  3. Pada trimester ketiga, anda akan memperolehi 2 kg setiap bulan.

Jadi, anda boleh menggunakan nombor ini untuk mengira BMI anda semasa mengandung.

Kelemahan BMI

Walaupun BMI biasanya digunakan sebagai alat untuk menunjuk sama ada seseorang itu mempunyai berat badan yang sihat atau yang sebaliknya, ia tidak diguna sebagai penentu muktamad diagnos keobesan.

Sebaliknya untuk diagnosis seperti ini, beberapa faktor termasuk usia, nisbah-otot-lemak, ukuran keliling pinggang, ketinggian, jantina, dan ketumpatan tulang perlu diambil dan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum keputusan dapat dibuat.

Adalah penting dan perlu diingati bahawa pengukuran BMI tidak meliputi pembezaan antara jantina, saiz bingkai badan, lemak yang terkumpul di beberapa bahagian badan atau sama ada seseorang itu mempunyai jisim otot yang tinggi.

Jadi, seseorang yang memiliki susuk badan berotot kekar (sebagai contoh, ahli bina badan) masih berkemungkinan mendapat BMI yang tinggi tanpa lemah badan yang berlebihan. Justeru itu, BMI tidak boleh dijadikan penunjuk obesity.

BMI-Chart-2

Mengapa BMI Penting Untuk Kesihatan Kita?

BMI mempunyai kaitan klinikal yang sangat besar dan merupakan ukuran berguna untuk berat badan berlebihan dan obesiti. Pada umumnya, orang yang mempunyai BMI yang tinggi akan meningkatkan risiko untuk pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan berat berlebihan, antaranya termasuk:

  • Kencing manis jenis 2
  • Penyakit jantung kronik
  • Penyakit pundi hempedu
  • Tekanan darah tinggi
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Artritis
  • Strok
  • Osteoporosis
  • Tidur apnea
  • Beberapa jenis kanser (payudara, kolon dan prostat)

Sebaliknya, mempunyai BMI dalam lingkungan yang rendah mungkin menunjukkan bahawa anda berisiko mengalami kekurangan gizi. Ini bermakna bahawa tubuh anda mungkin kehilangan vitamin, mineral dan lain-lain nutrien yang penting.

Tambahan lagi, terdapat beberapa faktor lain juga digunakan untuk mengira risiko kesihatan yang berkaitan dengan obesiti dan lemak badan yang tinggi. Faktor seperti tahap gula darah, sejarah penyakit keluarga, merokok, umur, jantina, tahap aktiviti dan sebagainya.

Indeks BMI Yang Tinggi Boleh Akibat Diabetes

Penyelidik telah mengaitkan obesiti kepada penyakit jantung, kanser dan diabetes jenis 2. Obesiti tidak lagi berkaitan dengan faktor usia. Hari ini terdapat ramai pemuda dan kanak-kanak yang didiagnosis dengan berat badan berlebihan dan gemuk.

Walaupun sebab-sebab yang mengakibatkan penyakit diabetes masih tidak dapat ditentukan, tetapi obesiti adalah salah satu faktor yang meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Kajian membuktikan bahawa orang yang gemuk adalah 80% lebih mungkin untuk memnjangkiti diabetes jenis 2.

Terdapat juga risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jika seseorang itu mengumpul lemak yang berlebihan di sekitar perutnya. Ia juga dikenali sebagai obesiti abdomen.

Kenapa BMI tidak digunakan untuk fitness, atlet/olahragawan, wanita hamil, orang tua atau kanak-kanak?

BMI tidak digunakan untuk orang-orang yang tersebut di atas adalah kerana BMI tidak mengambil kira sama ada berat badan diambil sebagai otot atau lemak, ia cuma kira nombor saja.

Mereka yang mempunyai jisim otot yang lebih tinggi, seperti olahragawan, mungkin mempunyai BMI yang tinggi tetapi tidak mempunyai risiko kesihatan yang besar.

Mereka yang mempunyai jisim otot yang lebih rendah, seperti kanak-kanak yang belum tumbuh dengan penuh lagi.

Jadi mereka tiada risiko atas kesihatan mereka juga. Atau orang tua yang mungkin kehilangan jisim otot dan mempunyai BMI yang lebih rendah. Semasa kehamilan dan penyusuan, komposisi badan wanita berubah, jadi kiraan BMI mereka juga tidak tepat.

One Comment on “Cara Kira BMI Berat Badan Dewasa, Kanak-Kanak dan Ibu Mengandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *