Terma & Syarat

copyscape banner

Perhatian!

Berikut adalah terma dan syarat kepada pelawat yang menggunakan blog ini. Baca dan perhatikan dengan terperinci setiap  sebutir-butir tanpa lepas. Lagi bagus sekiranya anda hafal setiap perenggan yang dinyatakan di bawah ini.

1. Semua maklumat, gambar, rajah, atau apa sahaja yang diterbit melalui bolg ini adalah hak milik mutlak weblog ini. Tiada siapa dibenarkan mengulang, mencetak atau menggunakan struktur ayat yang sama pada sebarang perenggan atau ungkapan yang digunakan pada blog ini melainkan dinyatakan.

2. Perkara pada perenggan satu (1) dibenarkan hanya sekiranya diletakkan kredit, URL kepada blog ini. Berita baik, tiada kebenaran secara bertulis perlu dibuat. Memadai hanya mengkreditkan semula apa saja yang anda gunakan ke weblog ini.

3. Weblog ini dikawal dengan bantuan “COPYSCAPE” bagi menjejaki sebarang pencerobohan hak cipta milik  weblog ini tanpa mengkreditkan maklumat berkenaan ke weblog ini.

copyscape banner

4. Sila gunakan weblog ini secara berhemah tanpa menghamburkan kata-kata nista sesuka hati mak tiri sebelah atuk engkau.

5. Nama individu/artis/selebriti/kenamaan yang disebut dalam weblog ini adalah cadangan semata-mata dan gosip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

6. Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam weblog ini telah digunakan tanpa izin untuk rujukan peribadi sahaja. Pemilik weblog ini tidak mempunyai apa-apa hubungan jauh sekali menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

7. Pemilik weblog ini juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

8. Entri dalam blog ini adalah pendapat penulis dan tidak bertujuan untuk memfitnah agama, kumpulan etnik, kelab, organisasi, syarikat, atau individu. Pandangan penulis adalah sendiri, dan tidak dengan cara apa pun mencerminkan pandangan dari laman web ini dihantar pada, laman web lain bergabung dengan laman web ini, kakitangan yang terlibat dengan laman web, atau ahli lain dari laman web ini. Lebih jauh lagi, mereka tidak selalu mencerminkan pandangan dari orang² yang tinggal di kejiranann penulis, bandar, wilayah, negara, benua, dan sebagainya.

9. Perlu diketahui juga bahawa fakta lembaran yang ditulis dalam bahasa Inggeris / Melayu adalah sama sekali tidak bertujuan untuk memfitnah Bahasa lain atau badan linguistik, atau untuk memfitnah orang-orang yang buta huruf atau ganguan visual dan dengan demikian tidak dapat membaca sebarang entri. Selanjutnya, huruf, kata, dan tanda baca yang terlibat tidak punya pilihan selain untuk ditempatkan ke dalam cerita, dan tidak harus bertanggung jawab untuk laporan penulis.

10. Senyum di weblog ini adalah digalakkan. Lebih lebar lebih baik. Sekian, terima kasih.