Cara Elak Kulit Kusam dan Cegah Jerawat

Ada orang tanya saya:

‘Bang, Shaklee ni adakah produk sesuai untuk perempuan aje ke?’

‘Bang, set Shaklee yang diperbuat untuk lelaki ada tak?’

‘Bang, kenapa saya tengok ramai yang guna produk Shaklee ni, budak perempuan je?’

‘Bang, saya nak kulit hensem macam abang boleh?’ (dialog ni hanya rekaan semata-mata. hihihi)

Nampak tak?  Orang lelaki macam di deskriminasi je kan? hihihi. Kesiannn.

Sebenarnya bukan macam tu. Kita kena faham yang rata-rata kebanyakan daripada mereka yang menjual Shaklee terdiri daripada kaum ibu iaitu kaum perempuan. Jadi, sudah tentulah segala testimonial customers yang berjaya selepas makan produk Shaklee juga diambil dari kalangan orang perempuan sahaja.

Disebabkan orang lelaki yang kurang makan Shaklee, jadi susahlah sikit bagi kami. Macam mana nak ‘korek’ testimonial mereka. ye dak? Takkan sampai kita kena buat testimonial ‘tipu’. ishhh. Mana boleh gitu. Shaklee ni bukan produk yang jual janji-janji manis seperti telan 1 biji pil X, sudah confirm boleh kurus. bukan gitu ye.

Jadi, saya tertarik untuk ke depan, berkongsi dengan anda semua apa yang saya dapat selepas ambil Shaklee. Ini kisah saya selepas saya telan vitamin E.

(Confirm femes saya lepas ni. Perasan. Ahakss)

muka jerawat
muka jerawat

SEBELUM MAKAN VITAMIN E SHAKLEE

Kulit saya dulu memang kusam. White-head, black-head semua ada. Penat jari nak picit. Geli gila kan. Liang pori ada jugak walaupun tak banyak. Jerawat ada tapi tak teruk sangat.

SELEPAS MAKAN VITAMIN E SHAKLEE

Saya suka buat masker. Tak suka telan vitamin E. Memang superb. Baru cuba sendiri untuk buat masker sekali dengan vitamin E tapi kesan dah nampak pagi esoknya. Muka memang flawless habis. Liang pori pun sudah jadi semakin kecil. Lepas tu jerawat memang tak tumbuh langsung selepas tu. Kalau ada, mungkin sangat jarang.

Yang saya suka adalah, saya ambil dalam seminggu sekali je tapi kesannya memang terbaik. Jimat pun jimat. Sebotol produk ini boleh tahan setahun sebab saya bukan buat masker hari-hari pun. hehe. Kalau nak buat masker tiap-tiap hari pun boleh. Result memang tip-top nanti. Perlulah anda cuba sendiri baru akan dapat kepercayaan.

Saya sarankan bagi yang nak kesan yang optimum, better ambil satu set. Ini set penjagaan muka yer. Maksudnya, bukan perempuan yang boleh makan saja, lelaki pun boleh telan. Tiada masalah langsung.

Saya sudah telan sampai nak hampir setahun, tiada masalah pun. Tak jadi ‘awwwww’ pun. hihihi. Makin ‘tough’ ada lah. hahaha. (Mungkin, ni sebab saya ambil set tambah berat badan Shaklee sekali kot) hehe.

Bagi yang tak tahu cara nak buat masker dalam usaha nak atasi muka berjerawat, berjeragat, berparut, kusam, liang pori besar, dark circle di sekitar mata dan hilangkan black-head, bolehlah cuba produk Shaklee sendiri.

Semoga bermanfaat!

Boleh juga anda rujuk ke artikel ini untuk mendapati cara untuk hilangkan jerawat dengan cepat.

Membuat Lulur Sendiri di Rumah

Minggu lepas saya bersama member-member aku pergi manjakan diri kat spa area tu untuk buat rawatan lulur. Berlulur di spa membantu mengembalikan tenaga selain membuatkan diri berasa lebih tenang dan tubuh lebih ringan. Di sini aku cuma ingin berkongsi cara Membuat Lulur Sendiri khusus kepada sesiapa yang ingin mencuba di rumah.

Membuat Lulur Sendiri ikut keperluan.

Membuat Lulur Sendiri
Membuat Lulur Sendiri

Membuat Lulur Sendiri untuk lembapkan kulit.

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu makan yogurt asli.
  • 2 sudu makan lobak yang diparut.

Cara membuat:

Campurkan kedua-dua bahan tersebut, kemudian sapukan pada wajah, leher dan bahagian lain yang korang inginkan. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas hingga bersih. Lakukan setiap hari selama seminggu. Hasilnya, kulit terasa lebih halus dan kenyal.

Membuat Lulur Sendiri untuk mencerahkan kulit.

Jus Limau untuk Membuat Lulur Sendiri
Jus Limau untuk Membuat Lulur Sendiri

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu makan yogurt segar.
  • 2 sudu makan jus limau.

Cara membuat:

Campurkan kedua-dua bahan tersebut, kemudian sapukan pada wajah. Bilas setelah 15 mint. Sapukan pelembap ke atas kulit dan jangan lupa memakai krim pelindung matahari.

Membuat Lulur Sendiri untuk pembersih wajah.

Bahan-bahan:

  • 1/4 timun – cincang, jangan dikupas.
  • 1/8 kentang – cincang, jangan dikupas.
  • 1 sudu teh soda.
  • 1 biji telur.
  • 1/4 cawan yogurt asli.

Bagi mereka yang kulit berminyak boleh juga mengamalkan lulur di atas namun tambahkan beberapa perkara berikut:

  • Gunakan yogurt tanpa lemak.
  • Tambahkan 2 sudu teh jus limau.
  • Tambah soda menjadi 2 sudu makan.
  • Gunakan putih telur sahaja.

Cara membuat:

Kisar timun dan kentang, kemudian tambahkan bahan-bahan lain. Lembapkan wajah dengan air suam, kemudian sapukan campuran tersebut dalam gerakkan melingkar lembut pada wajah. Bilas wajah dengan air suam diikuti dengan air sejuk.

Selamat mencuba ketiga-tiga cara untuk membuat lulur sendiri yang aku kongsikan di atas.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *