4 Kunci Untuk Kurus Dan Kekal Kurus

Adakan anda percaya atau tidak kalau saya katakan bahawa nak kurus tu sebenarnya payah?

Ramai orang yang ingin nak kurus dan mereka belikan macam-macam saja untuk tujuan kuruskan badan mereka. Banyak orang yang belanja sampai beratus-ratus ringgit dan ada juga sampai beribu-ribu.

kurus badan
kurus badan

Sekali dah mengembang badan memang jenuh nak turunkan balik. Tambah lagi makanan sedap merata-rata boleh didapati. Jadi bagaimana nak berdiet macam ni??

Dah tu, kenapa saya pula yang beriya-iya nak kurus, dan (ehem..) maintain kurus selama 2 tahun selepas beranak, siap pulak jadi personal coach ibu-ibu yang mahukan berat badan yang diidamkan?

Sebab nak kurus dan nak kekal kurus, tak susah sebenarnya. Asalkan kita jaga dan amalkan 4 kunci berikut dan anda akan tetap kurus. Jika tidak dapat anda amalkan dan buat secara konsisten, maka sudah boleh confirm berat yang anda dapat tu hanyalah sementara.

Kunci Asas Untuk Dapat Dan Kekalkan Berat Idaman

1. Dapatkan Tidur Yang Cukup Setiap Malam

Ketika kita tidur, tubuh kita tidak berehat. Sebenarnya setiap sel dalam tubuh sedang bekerja bahan kotos dan toksin, serta memulih apa yang patut dari aktiviti kita di siang hari.

tidur yang cukup
tidur yang cukup

Tanpa dapatkan tidur yang mencukupi, bererti tak cukuplah masa untuk badan kita buat semua-semua tu. Dan sudahnya, nutrisi seperti karbohidrat yang tidak sempat dicernakan oleh tubuh akan disimpan dulu dan jadi sebagai LEMAK.

2. Makan Yang Sihat

Inilah salah satu faktor yang paling ramai orang yang malas nak buat. Memilih makanan yang sihat sahaja adalah masih satu cabaran dan godaan.

healthy food
healthy food

Tak perlu pening-pening, langkah mudah yang anda boleh buat, adalah jadikan 90% dari masa makan anda dengan yang sihat belaka. Dari tak langsung dan ia terbukti dalam kajian, adanya masa untuk anda menikmati makanan tersebut, anda dapat mengekalkan berat badan ideal anda dengan lebih lama dan berkesan.

Boleh rujuk ke artikel ini untuk maklumat tentang piramid makanan dan anda boleh dapat idea untuk dapatkan makanan yang seimbang untuk keperluan badan anda.

3. Minum Air Masak

Kenapa perlu minum air masak? Sebab 70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Jika 3 hari anda tidak minum sebarang air anda akan mati berbanding 7 hari anda tidak makan. Jadi banyak power kan kuasa air?

boiled water
boiled water

Anda hanya perlu minum air mengikut keperluan/berat terkini anda, iaitu satu liter untuk setiap 25 kg tubuh anda. Terlalu banyak air juga tidak bagus kerana ia akan menyebabkan anda ‘water toxic’.

*Terdapat app untuk membantu anda tahu berapa jumlah air yang telah diminum. Saya rekomen app ‘carbodroid‘ yang boleh anda muat turun di Google Play Store.

4. Workout

Yang ni, nak tak nak, mesti lah buat juga. Walaupun hasil tubuh badan kita adalah 70% dari makanan, baki 30% iaitu senaman juga perlu dilakukan, kerana senaman berfungsi untuk trim lebihan kulit (agar cepat sket kecut dan sepadan dengan tubuh), meningkatkan stamina dan fleksibiliti, serta membentuk dan memantapkan otot.

workout
workout

Umpama plastisin, jika kita bentukkan ia dengan jari-jemari mengikut kehendak kita, pasti ia berbentuk cantik kan? Begitulah juga prinsipnya dalam workout, selain meningkatkan stamina.

Sekiranya anda memerlukan bantuan/panduan untuk kurus, anda boleh hubungi saya untuk ketahui cara yang terbaik dan serasi dengan diri, untuk mendapatkan berat idaman melalui personal coaching dengan saya, sesuai dengan bajet.

Perlulah anda selalu ingati, nak jadi kurus memang bukan susah sangat tapi apa yang penting adalah anda perlu membuatnya secara konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *