Amalkan 5 Tips Ini Atas Ulang Ambil Peperiksaan Bocor

Malaysia digemparkan dengan soalan peperiksaan bocor. Rasa sejak saya ambil UPSR tahun 1992, macam tak pernah lagi ada kes soalan bocor lagi rasanya. Pastinya jika kita meletakan diri kita sebagai adik-adik yang duduk ujian peperiksaan ini, pastinya kita boleh merasai tekanannya.

Kena ulang exam!!! Warghhh…. sudah sungguh-sungguh, sudah lepas 100% tenaga pada kertas soalan yang diambil minggu lepas, pastinya sangat tertekan bila kena ambil semula angkara ada orang yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan dan seluruh pelajar tahun 6 satu Malaysia kena ulang semula kertas soalan lain.

ambil peperiksaan

Dalam keadaan sebegini, apa yang kami cadangkan, adik-adik boleh mengamalkan beberapa tips yang kami berikan di bawah ini untuk menjadikan diri semakin bersemangat untuk menghadapi ulangan semula peperiksaan untuk minggu hadapan.

1. Redha dengan ujian dan anggap ini adalah hikmah dari Allah

Setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmahnya. Ujian ini bukan ujian kita seorang sahaja, tetapi semua pelajar yang mengambil peperiksaan ini yang terpaksa menghadapinya. Jadi apa yang perlu dibuat adalah BERSYUKUR..

Lafazkan Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah…

Semua yang berlaku adalah bukan sia-sia. Mungkin ada salah kita menjawab soalan yang diulang tersebut. Ini adalah peluang Allah berikan untuk kita buat lebih baik.

Di dalam Al Quran, Allah memberi peringatan untuk kita sentiasa bersyukur dan Allah akan gandakan rezeki kepada kita. Dan di dalam hukum sunatullah , hukum tarikan pun mengatakan.. jika kita selalu berada dalam keadaan yang positif, kita akan tarik perkara yang positif juga dan ia akan digandakan lagi.. Jika minda kita selalu fikir yang negatif, kita akan tarik lagi perkara negatif yang lebih banyak lagi.

Sentiasa berfikiran positif dengan apa saja perkara yang berlaku. Sentiasa bergembira dengan apa yang telah berlaku. Jangan selalu berasa tertekan dengan hanya perkara yang kecil ini.

2. Bercuti, bersenam dan urutan

air terjun

Cuba adik-adik, ibu-bapa pelajar bersama, ambil masa luang sebelum peperiksaan berlangsung untuk bersenam dan mengambil angin di Taman Permainan atau pergi ke tempat berkelah untuk separuh hari ini. Kembali kepada alam, mandi air sungai, mandi air laut, boleh meneutralkan semua caj-caj dan beban yang memberatkan anak kita.

Ibu-ibu pun boleh berikan urutan mesra dengan menggunakan minyak aromatheraphy untuk melegakan ketegangan badan dan tekanan mental anak-anak. Urutan ibu memang boleh memberikan ketenangan kepada anak-anak kita.

(jangan asyik urut si ayah saja… anak kita juga amat memerlukan sentuhan daripada kita pada waktu yang kritikal ini… hihihi).

3. Makan makanan yang berkhasiat

Jangan pulak disebabkan stress punya pasal, ajak ibu-bapa makan fast food.. hihihi.. Lagi-lagi makan di McDonald atau KFC pulak… aisey dik… jangan makan terlalu banyak fast food, lebih baik pergi makan di tempat lain yang bekalkan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Ambil makanan yang berkhasiat dapat memberi tenaga yang diperlukan untuk diri adik-adik. Makan makanan yang berprotein untuk membaiki mood dan memberikan tenaga yang lebih berpanjangan supaya boleh taruh perhatian atas perjuangan yang akan datang.

Jika rasa makanan yang dimakan tidak cukup lagi, boleh juga makan makanan anti stress seperti blueberry, badam dan ikan Salmon untuk menguat lagi.

Makan juga buah-buahan yang berkhasiat untuk merehatkan badan dan minda adik-adik.

Boleh rujuk ke artikel yang ada bincang tentang piramid makanan yang ada senaraikan makanan-makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan berkhasiat yang boleh dimakan oleh kita semua orang.

4. Kawal penggunaan gajet

Disconnect, disconnect, disconnect.

Cuba jangan buka Facebook, dan juga lain-lain saluran yang boleh menambahkan stress kepada adik. Jika buka Facebook, mesti terdapat banyak cerita yang dibincangkan pasal soalan peperiksaan yang dibocorkan, atau pasal suspek yang ditangkap kerana bocorkan soalan peperiksaan, dan sebagai berita yang berkenaan. Jika terus membaca banyak berita tentang ini, maka jadikan semakin stress!

Dengan melarikan diri dari Internet dan menutup telefon bimbit, sekurang-kurangnya boleh menyekat beberapa saluran yang boleh mencapai tekanan kita. Dan anda boleh ada masa untuk tenangkan diri dan tumpu perhatian untuk membuat ulang kaji atas subjek yang perlu anda mengambil peperiksaan itu.

Perlu diingati bahawa ini adalah masa untuk anda bertenang dan anda perlu gunakan masa dengan baik.

5. Berdoa, berzikir dan membaca Al Quran

berdoa

Ubat yang terbaik yang boleh diberikan adalah kembali kepada Allah. Ini adalah ubat terbaik sekali daripada segala-gala ubat. Banyakkan doa kepada Allah, berzikir dan banyakkan tilawah quran untuk mendapatkan semula semangat untuk menghadapi peperiksaan ulangan nanti.

Kita ada Allah adik-adik semua, itu yang maha Berkuasa, kita adalah insan kerdil, pergantungan kita adalah kepada Allah pencipta kita.

Akhirnya, akak mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan semula. Buat apa yang terbaik! Ulang peperiksaan bukan akhir dunia, ia akan lalu juga sekiranya anda berfikir dengan positif untuk berjuang dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *