Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tentang Kami

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa kami sebenarnya? Arrr, kami bukanlah Adiwira yang dihantar ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada ancaman serangan makhluk asing..

tentang kami

tentang kami

Kami hanyalah insan biasa dan kerdil di sisi tuhannya.

Antara ada yang pernah melanjutkan pengajian di politechnik of new castle di kota bharu, ada yang belajar di Mara, ada yang belajar di Universiti yang berlainan di Malaysia. Selepas tamat pengajian, semua orang pernah bekerja di syarikat dan sekarang masih ramai yang bekerja. Ada juga yang masih berhutang dengan PTPTN dan sekarang rajin bekerja untuk membuat bayaran….Aiiii, hidup ni susah sangat…… Tetapi kami mempunyai minat yang sama iaitu suka tulis pada masa lapang. Jadi itu lah yang menyatukan semua kami di laman ini.

Karim yang merupakan blogger pertama yang memulakan blog ini, disebabkan terdapatnya peluang yang lain dan tidak mahu dikongkong telah mengambil tindakan berhenti kerja setelah 4 tahun mengutip pengalaman dan kemudian menubuhkan 2 syarikat yang berkecimpung dalam perniagaan runcit, pertanian dan makanan.

Memulakan bidang penulisan blog ini adalah untuk mengalir dan mengkreatifkan minda supaya minda cergas badan pun cerdas. Blogspot merupakan blog platform yang pertama yang digunakan dan perlahan-lahan tukar ke platform wordpress ni.

Yang kawan karib Karim, Hariz, yang suka memandu dengan laju dan bermain dengan psp atau ps3 sekiranya mempunyai kelapangan. Telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel dan sihat. Walaupun begitu apabila keluar berseorangan ramai yang masih menganggap dan menyangka saya masih lagi bujang trang tang tang… hehehe…

Sokongan dan teguran serta kritikan amatlah dialu-alukan…

Seperti pantun dulu-dulu.. pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji diatas peti… yang lebih sambung sendiri ye…

Assalamualaikum.

Visi Kecil

Eratuku mempunyai visi sezaman dengan semua aspek topik yang jadi minat bagi kebanyakan orang. Kami amat berbesar hati dengan laman baru ni untuk kedua-dua rupa dan fungsi dan sudah ia meraih jenis perhatian kami berharap laman itu jadi.

Kami ingin melihat kerja-kerjanya artikel digemari oleh semua pembaca dan ini merupakan matlamat yang amat kritikal.

Kami tahu banyak orang tidak suka cakap-cakap yang panjang yang senang membosankan mereka. Jadi, anda boleh lupakan cerita panjang dan bosan di laman ini. Kami juga tahu keramaian orang tidak berminat untuk membaca ketulan besar teks. Jadi kami harap pelawat boleh melihat melalui laman ini dan kunjungi dengan kerap masa untuk menghiburkan anda dengan semua artikel yang disediakan oleh kami. Masa adalah singkat dan tidak patut dibazirkan dengan sia-sia sahaja. Jadi, biarkan anda baca dan berseronok dengan Eratuku.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh