Hong Leong Bank merupakan bank yang ke-lima terbesar di Malaysia dengan kiraan jumlah aset. Terdapat banyak perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh bank ini. Antaranya perkhidmatan yang dibekalkan oleh bank ini juga termasuk pinjaman peribadi.
Pinjaman Peribadi Yang Baik Untuk Anda
Pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank di Malaysia menyediakan pelbagai ciri dan faedah untuk membantu anda dengan keperluan pembiayaan anda. Dengan kadar faedah dari 4.88% hingga 13.5%, anda boleh menikmati pembayaran bulanan yang rendah dengan amaun serendah RM103. Pembayaran balik bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman anda.
Anda boleh memperolehi tempoh pembayaran balik yang fleksibel sehingga 7 tahun. Kelulusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari Hong Leong kira amat cepat, dalam masa 48 jam permohonan pinjaman anda mungkin sudah diluluskan. Tambahan lagi, proses aplikasi amat mudah tanpa kerumitan. Anda juga tidak perlu sebarangan penjamin atau cagaran untuk memohon pinjaman itu.
Apa yang menarik ramai orang membuat permohonan adalah syarat untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank adalah seseorang cuma memerlukan pendapatan minimum RM2,000 sebulan. Jadi, bolehlah anda membuat permohonan sekarang jika anda memerlukan wang yang cepat untuk tujuan penyatuan hutang, membeli barangan besar, membiayai pendidikan, pergi bercuti, atau ubahsuai rumah.
Anda akan dapat pinjaman dari RM5,000 hingga RM250,000 dari 1 hingga 5 tahun pembayaran balik. Anda perlu membuat bayaran balik yang paling rendah sebanyak RM 133.33 sebagai bayaran bulanan untuk pinjaman RM 5,000 yang mempunyai tempoh bayar balik untuk 5 tahun. Wang tersebut akan dibayar kepada akaun anda apabila pinjaman anda telah diluluskan.
Ciri-ciri Pinjaman Peribadi dari Hong Leong Bank
- Kadar faedah: 8.8% -> 10% P.A
- Tempoh Dari 2 – 5 Tahun
- Jumlah Pinjaman: RM5,000 -> RM150,000
- Jumlah pinjaman di bawah RM50,000 = 10%
- Di atas RM50,000 = 8.8%
- Kelulusan and Pembayaran dalam 2 hari.
- Tiada yuran pemprosesan, tiada caj tersembunyi, tidak perlu membeli sebarang insuran
Permintaan:
- Pendapatan perlu RM2,000 atau ke atas.
- Umur perlu sekurang-kurangnya 21 tahun.
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 komitmen lebih dari 1 tahun, seperti pinjaman kereta / pinjaman perumahan / pinjaman peribadi atau kad kredit. (mana-mana satu sahaja)
Dokumentasi
Untuk Bekerja Sendiri:
- Borang B.
- Penyata Bank Syarikat 6 Bulan Terkini.
- Penyataan KWSP Terkini.
Untuk Pekerja:
- Borang Be.
- Penyata bank dan slip gaji untuk 3 Bulan yang terbaru.
- Penyataan KWSP terkini.
- Untuk syarikat Kerajaan / MNC / GLC, cuma perlu serahkan slip gaji untuk 1 bulan terkini.
Boleh rujuk ke laman Hong Leong untuk membuat permohonan di sana.
Hong Leong Islamic Personal Financing-i (Pembiayaan Peribadi Islam Hong Leong-i)
Pembiayaan Peribadi Islam Hong Leong-i adalah pinjaman peribadi Islam yang tidak bercagar yang ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank.
Hong Leong Islamic Bank merupakan satu bahagian daripada Hong Leong Bank Berhad. Pelan pembiayaan peribadi patuh Syariah dari Hong Leong Bank itu menawarkan beberapa ciri seperti jumlah pembiayaan yang tinggi dan kelulusan pinjaman dalam masa 48 jam. Pembiayaan in boleh dimohon oleh pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
Pinjaman wang yang boleh anda dapat adalah di antara RM5,000 sampai ke RM250,000. Amaun pinjaman yang boleh anda dapat pada akhirnya adalah bergantung kepada faktor-faktor termasuk pendapatan bulanan, skor kredit, kemampuan bayar balik dan lain-lain.
Yuran untuk penubuhan:
Yuran Wakalah (Agensi) RM15 dan duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah pinjaman yang dipotong sebelum pembayaran pinjaman. Tiada yuran lain yang perlu dibayar oleh anda.
Pembayaran berulang:
Pembayaran balik bulanan yang terdiri daripada amaun prinsipal dan caj faedah melalui potongan arahan tetap. Caj faedah ditetapkan pada 12.00% setahun (1% sebulan) untuk sepanjang tempoh pinjaman buat keseluruhannya.
Hukuman:
Caj bayaran lewat sebanyak 1% dari jumlah pinjaman yang tertunggak akan dikenakan jika bayar lewat. Caj bayaran lewat akan meningkatkan jumlah pinjaman terkumpul pada anda.
Tiada penalti penyelesaian awal akan dikenakan jika anda memberi Hong Leong Bank dengan notis secara bertulis 3 bulan terlebih dahulu.
Kelayakan untuk memohon
- Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia.
- Umur pemohon mesti di antara 21 sampai 60 tahun.
- Pemohon mesti mempunyai pendapatan tahunan minimum RM24,000.
-
Perlindungan takaful adalah wajib.
- Mereka yang kera di sektor awam, sektor swasta, atau bekerja sendiri adalah layak untuk memohon.
Sekiranya anda disenaraihitam di dalam laporan CTOS, CCRIS atau anda sedang diletak dalam program pengurusan hutang AKPK, maka anda tidak layak untuk mendapat pembiayaan ini. Anda juga tidak layak untuk memohon pembiayaan ini untuk menyatukan kesemuaan hutang anda.
Boleh anda rujuk ke link ini untuk syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman tersebut.
Lain bank yang popular adalah Public Bank yang juga menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang menarik. Boleh anda buat semakan jika tidak dapat kelulusan dari Hong Leong Bank. Selain daripada Public Bank, lagi satu bank yang boleh anda pertimbangkan adalah Bank CIMB yang menerima respon yang baik dari pelanggan.
Baca juga: Pinjaman Peribadi AgroCash-i Dari Agrobank
Saya memerlukan pinjaman sebanyak rm2000 urgent,sy nk menguruskan hal peribadi,sy gaji bersih rm2346.00,blh x sy mohon