Cara Gila Bayar Hutang Kad Kredit dan Pinjaman

Bagi ramai orang, sejak mereka baru habis saja belajar, mereka sudah mula berhutang. Keramaian daripada mereka pada mula-mulanya tak perasan yang mereka tambah sikit demi sedikit hutang atas nama mereka.

Sikit Sikit, Lama-lama Dah Jadi Bukit Tinggi

Cara kita tambah sedikit demi sedikit hutang memang patut masuk kategori gila. Ini disebabkan tak ada orang siuman yang akan mencari beban. Beban yang kurangkan keupayaan untuk mengkayakan diri sendiri.

hutang kad kredit
hutang kad kredit

Oleh sebab kebanyakan dari kita dah gila tambah hutang dari muda, kita kena langsaikan hutang pun dengan cara gila.

Kenapa kena bayar cara gila? Kenapa tak boleh bayar minima sahaja?

Kalau ikut cara bayaran minima, memang sampai mati juga masih kita jadi hamba hutang.

Hutang mengurangkan keupayaan kita untuk:

Terutama sekali hutang yang mempunyai interest tinggi seperti hutang kad kredit.

Masalahnya, kebanyakan kita hanya bayar secara minima dan melengahkan masa melangsaikan hutang. Tak kisah la hutang tu adalah:

  • Hutang kepada kawan-kawan
  • Hutang kepada ibu bapa
  • Hutang kad kredit
  • Hutang pinjaman pengajian tinggi
  • Hutang kereta
  • Hutang rumah

Lebih cepat kita bayar semua hutang-hutang jahat di atas, lebih cepat kita boleh kayakan diri sendiri. Oleh sebab kebanyakan dari kita dah gila tambah hutang dari muda, kita kena langsaikan hutang juga dengan cara gila.

Hari ini saya nak kongsikan bersama cara gila bayar hutang yang dipopularkan oleh Dave Ramsey.

Panduan Cara Gila Bayar Hutang Kad Kredit (dan sewaktu dengannya)

Jika anda ikut panduan hari ini dengan 100%, saya berjanji anda akan dapat melangsaikan pelbagai hutang dengan PANTAS dalam masa yang singkat. Di dalam kajian kes panduan Cara Gila Bayar Hutang, tempoh bayaran dapat dijimatkan dari 80 bulan sehingga menjadi 57 bulan sahaja!

Jadi, jika anda sudah tidak sabar untuk mengetahui apa rahsia yang membolehkan anda buat sedemidian, berikut adalah caranya bagaimana dapat kita bayar balik hutang dengan cepat:

Langkah 1: Senaraikan hutang anda mula dari amaun yang terkecil hingga ke amaun yang terbesar.

Langkah 2: Buat bayaran minimum untuk semua hutang kecuali hutang yang mempunyai amaun terkecil. Bayarkan wang sebanyak mungkin yang anda ada. Apabila hutang yang mempunya amaun terkecil itu dah habis bayar, maka anda sudah setel satu hutang anda dan anda boleh teruskan tumpuan anda untuk membuat bayaran kepada hutang yang terkecil sambil terus membuat bayaran minimum kepada hutang yang lain.

Langkah 3: Ulangi cara ini apabila anda berusahaan untuk menyelesaikan hutang. Semakin banyak yang anda bayar, semakin banyak wang yang dibebaskan. Ini adalah seperti anda tumbuh satu bola salji yang meluncur turun.

Contoh hutang:

Kad kredit 1: Hutang RM 500 dengan kadar 13%, bayaran bulanan adalah sebanyak RM 25.
Kad kredit 2: Hutang RM 1,000 dengan kadar 19%, bayaran bulanan adalah sebanyak RM 50.
Pinjaman kereta: Pinjaman RM 55,000 pada kadar 4%, tempoh bayar balik 9 tahun dengan pembayaran bulanan RM 690
Pinjaman pendidikan: RM 15,000 pada kadar 3%, jangka bayaran bulanan dalam tempoh 10 tahun adalah RM 150

Jika anda membayar bayaran minimum pada semua hutang tapi membuat bayaran tambahan RM 100 kepada pembayaran hutang kad kredit terkecil, anda akan habiskan bayar hutang untuk kad kredit itu dalam masa empat bulan.

Kemudian anda boleh mula membayar kad kredit kedua dengan RM 175 sebulan (RM 100 ditambah dengan RM 25 yang baru dibebaskan, ditambah dengan bayaran RM 50 yang telah anda buat). Hutang kadi kredit kedua ini akan diselesaikan dalam masa lima bulan.

bayar hutang
bayar hutang

Sekarang anda mempunyai RM 310 sebulan (RM 175 + RM 135) untuk membayar pinjaman pendidikan! Tetapi bayaran bulanan untuk pinjaman ini cuma RM150, maka anda mempunyai residu RM 160. Anda boleh bayar lebih supaya dapat selesaikan pinjaman pendidikan dengan cepat. Jika buat bayaran tambahan dengan RM 300, maka anda boleh selesaikan pinjaman ini dalam 5 tahun.

Sekarang anda mempunyai RM 460 sebulan (RM 310 + RM 150) untuk membayar pinjaman kereta! Jadi sebelum itu, anda perlu keluarkan RM 690 setiap bulan, maka sekarang anda cuma perlu sediakan RM 230 setiap bulan. Pada kadar itu, anda boleh rasa lenggan sikit tentang beban pinjaman kereta ini.

Dengan itu, dalam masa yang singkat, anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada semua hutang anda dan anda dapat memulakan hidup dalam keadaan tanpa sebarang hutang. Anda akan rasa minda anda bebas sekali tanpa sebarangan kekacauan dan kerisauan.

Itulah yang berlaku apabila anda telah menumpukan perhatian dan mula dengan hutang terkecil, akhirnya anda akan mendapat hasil yang besar!

Bayangkan apabila anda boleh jimat wang daripada bayar hutang. Ini bermakna anda sudah boleh mula:

  • Simpanan tambahan untuk pencen
  • Melabur untuk jana pendapatan tambahan
  • Dana pengajian tinggi anak-anak
  • Bayar lebih hutang rumah
  • Pergi melancong, umrah atau haji
  • Buat modal berniaga

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *