Pinjaman Peribadi

duit pinjaman peribadi

Ketahui lebih lanjut mengenai Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi adalah apa yang dinamakannya dan dengan kemudahan seperti ini, selepas dapat pinjaman ini, anda perlu membayar semula kepada bank dengan penambahan kadar faedah yang ditetapkan.

duit pinjaman peribadi

Kadar Faedah P.A.

Jika kadar faedah adalah 5% p.a dan anda mengambil pinjaman sebanyak RM100,000 selama 2 tahun. Maka jumlah faedah yang perlu dibayar kepada bank adalah RM10,000 (sesetengah bank boleh menggunakan pengiraan faedah yang berlainan, jadi sila periksa dengan bank masing-masing). Oleh itu, lebih rendah kadar faedah, lebih banyak wang yang anda jimat.

Biasanya, bagi pinjaman yang lebih besar, faedah yang lebih rendah yang anda perlu bayar. Kami selalu mengutip kadar interest terendah yang dapat diberikan oleh bank. Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak terpakai untuk pinjaman tertentu anda, tetapi ia memberi petunjuk yang baik tentang mana bank menawarkan kadar yang terbaik yang mempunyai low interest rate.

Tempoh Maksimum (Bulan)

Ini adalah tempoh yang anda perlu membayar balik pinjaman anda. Jelas sekali, semakin lama tempoh diberikan, semakin kecil bayaran balik bulanan anda.

Oleh itu, jika anda ingin meminjam jumlah tertentu dan anda ingin membuat bayaran bulanan yang paling rendah, maka adalah baik untuk anda mengambil pinjaman dengan jangka waktu yang paling panjang. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa ini akan meningkatkan jumlah faedah anda yang perlu dibayar balik.

Minimum

Ini adalah saiz pinjaman minimum yang anda boleh memohon dengan bank masing-masing.

Maksimum

Ini adalah saiz maksimum pinjaman yang anda boleh memohon dengan bank masing-masing.

Yuran

Ini adalah yuran yang ditanggung apabila pinjaman anda diluluskan. Ia biasanya merupakan peratusan untuk saiz pinjaman anda. Contohnya, 1.5% daripada RM100,000. Oleh itu, lebih rendah kadar faedah lebih baik untuk anda.

Pendapatan Minimum (sebulan)

Apabila memohon pinjaman peribadi, pendapatan minimum diperlukan sebagai sebahagian daripada kriterianya. Oleh itu, sentiasa mencari pinjaman di mana ia dapat memenuhi permintaan pendapatan anda.

Penjamin atau Cagaran Diperlukan?

Kadang-kadang, bank memerlukan penjamin untuk pinjaman atau cagaran sebagai jaring keselamatan untuk diri mereka sendiri. Adalah lebih mudah bagi anda memohon pinjaman yang tidak memerlukan semua keperluan tambahan ini.

Jika anda ingin membuat pinjaman sedemikian, lebih baik anda tahu kebaikan dan keburukan tentangnya sebelum dapatkan pinjaman ini. Selepas mengetahuinya, barulah anda membuat keputusan yang rasional sama ada anda mampu tanggung untuk bayar balik atau tidak.

Pada masa sekarang, terdapat juga jenis-jenis pinjaman peribadi yang berlainan yang menuju ke sasaran kepada kategori orang yang berlainan. Yang paling biasa kita boleh temui adalah pinjaman peribadi untuk sektor swasta, koperasi dan kakitangan kerajaan.

Dalam jadual ini, kami ada buat analisis dan review untuk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank-bank yang berlainan di Malaysia. Boleh anda rujuk ke bank yang anda gemari dan mengetahui syarat-syarat permintaan dari bank-bank itu dan membuat keputusan anda untuk memohon kepada bank yang anda layak.

Boleh anda semak semua maklumat untuk bank yang berlainan online segera dan membuat bandingan sendiri untuk mengetahui mana satu bank yang mempunyai yuran proses yang paling murah dan faedah rendah.

Setahu saya, ramai guru yang suka membuat pinjaman peribadi dengan Bank BSN sebab bank ini ada menawarkan pakej pinjaman untuk guru dengan faedah yang menarik.

Jika anda lebih suka buat pinjaman islamik, boleh anda cuba mohon dari Bank Rakyat dan Bank Islam.

Kebanyakan bank sekarang sudah mempunyai kemudahan untuk membuat auto debit dari akaun anda setiap bulan bila sampai tempoh untuk membuat bayaran ansuran untuk pinjaman anda.

Pinjaman untuk Membuat Pelaburan

Terdapat ramai orang yang ingin membuat pelaburan dalam hartanah atau saham tapi kurang modal untuk membuat demikian. Jika anda ingin membuat pelaburan, boleh juga anda pertimbangkan untuk membuat pinjaman ASB yang menawarkan pakej pembiayaan yang bagus untuk memberikan anda modal yang cukup untuk melabur.

Pinjaman Peribadi dari Agensi Swasta

Kadang-kala, anda perlukan wang dengan cepat dalam jangka masa yang pendek untuk perkara kecemasan dan bank yang anda memohon tidak dapat luluskan pinjaman anda dengan cepat. Maka, selain bank, pada masa ini anda mungkin perlu pergi memohon daripada agensi swasta untuk mendapatkan pinjaman keperluan anda.

Apabila pergi membuat pinjaman dari agensi swasta, anda kena pastikan bahawa agensi itu adalah agensi peminjam wang berlesen yang diakui di bawah Kementerian Kerajaan Malaysia(KPKT) supaya anda boleh dapat pinjaman yang selamat tanpa risau kena tipu dari peminjam yang tidak berlesen dan tidak jujur.

Baca juga pinjaman wang segera jika anda perlukan pinjaman cepat lulus. Anda boleh cuba dengan IOS atau JCL untuk mendapatkan fast cash. Biarpun anda telah disenaraihitamkan (blacklisted) di rekod CTOS, atau mempunyai tunggakan bayaran di rekod CCRIS, anda masih boleh memohon pinjaman daripada agensi swasta ini.

Macam Mana Tahu Peminjam Swasta itu Sah Atau Tidak?

Boleh anda semak SSM tentang peminjam itu untuk mengetahui sama ada syarikat itu adalah syarikat yang berdaftar atau tidak. Jangan nanti anda kena scam oleh peminjam swasta blacklist pula! Kita juga boleh sikit latar belakang tentang syarikat itu juga dengan membuat semakan di SSM supaya dapat pastikan mereka adalah peminjam yang sah dan boleh dipercayai.

Ada juga banyak forum yang membuat perbincangan tentang permohonan pinjaman yang mereka buat, boleh anda mengunjung dan mengumpul semua maklumat yang anda perlukan sebelum membuat sebarang pinjaman.

Lagi ada beberapa aspek yang perlu anda perhatikan seperti sama ada sebarangan kos tersembunyi. Anda perlu kenalpastikan bahawa anda tidak dikenakan yuran atau bayaran yang disembunyikan pada pinjaman peribadi anda.

Kebaikan Pinjaman Swasta

Kelulusan Cepat dan Mudah

Permohonan pinjaman peribadi anda boleh dibuat dalam talian dengan mudah. Keseluruhan proses mengambil masa yang singkat saja dan anda boleh dapat fast cash yang anda perlukan.

Pinjaman anda adalah senang lulus dan kadang-kala permohonan anda akan dapat pinjaman ekspress yang lulus dalam 1 jam. Terdapat juga pemohon yang dalam lulus segera dengan pinjaman yang mereka ingin dalam amaun beberapa ribu.

Sebaik sahaja peminjam menerima permohonan anda, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk meluluskan pinjaman anda dalam masa yang singkat biasanya dalam beberapa jam saja.

Pemindahan Wang Yang Fleksibel

Boleh anda dapatkan wang pinjaman dengan penyatuan hutang dan dipindahkan ke akaun bank anda. Sebagai alternatif, peminjam swasta juga boleh mengaturkan pemindahan wang melalui ejen-ejen mesra mereka. Jika anda ada masalah, boleh juga anda pertimbangkan untuk guna servis AKPK.

Bagi warga emas yang lebih 60 atau 70 tahun dan sudah bersara, terdapat pinjaman untuk pesara juga yang ditawarkan oleh bank seperti Bank Rakyat, RHB dan Bank Muamalat.

Siapa Yang Layak Untuk Buat Pinjaman?

Siapa pun boleh membuat pinjaman asalkan anda mampu untuk bayar balik pinjaman anda dengan tepat setiap bulan. Pinjaman ini boleh beri untuk pemandu grab, untuk suri rumah, untuk OKU, untuk nelayan, untuk bekerja sendiri dan lain-lain.

Bolehkah Nama Blacklist Dalam CCRIS Buat Pinjaman?

Sesetengah peminjam swasta menawarkan pinjaman kepada pemohon walaupun nama mereka ada dalam senarai hitam oleh CCRIS. Ada juga peminjam swasta yang luluskan pinjaman dari pemohon tanpa kad ATM, tanpa pengesahan majikan, tanpa slip gaji/payslip, dan tanpa sebarang dokumen.

Walaupun gaji mereka cuma RM1,000 atau RM1,200 sebulan pun boleh dapat. Tapi pinjaman jenis ini biasa mempunyai kadar faedah yang amat tinggi yang ada perlu bayar balik dengan 50% interest! Jadi kena berhati-hati jangan suka-suka buat pinjaman macam ini.

Boleh Saya Dapatkan Pinjaman Pendidikan Untuk Pelajar?

Untuk pelajar, adalah lebih baik untuk mereka buat pinjaman dengan PTPTN atau MARA. Pakej mereka adalah lebih baik berbanding dengan bank dan peminjam swasta.

Adakah KWSP(EPF) Atau Perkeso Menawarkan Pinjaman Peribadi?

Tidak. KWSP dan Perkeso cuma memberi kelulusan pinjaman untuk keperluan yang penting seperti membeli rumah atau bayaran pendidikan.

Personal Loan Calculator

Pinjaman peribadi akan memberi anda wang tunai untuk digunakan untuk apa-apa perbelanjaan sahaja. Tidak seperti garis kredit yang lain, pinjaman itu dibayar balik pada kadar faedah tetap buat sepanjang tempoh yang sudah ditentukan.

Anda boleh meneliti kadar pinjaman dengan memakai kalkulator pinjaman peribadi, kemudian masukkan jumlah pinjaman anda, jangka panjang, kadar faedah dan tarikh permulaan di bawah untuk mengetahui bayaran bulanan anda.

Anda boleh layar ke laman Personal Loan Calculator from calculator.com.my untuk membuat kiraan.

Kebaikan Dan Keburukan Tentang Pinjaman Peribadi

Pada zaman ini terdapat pelbagai institusi seperti bank-bank dan syarikat kewangan yang memberikan pinjaman peribadi dengan pekej-pekej tertentu bagi memudahkan orang awam. Sebagai lazimnya terdapat beberapa sebab bantuan wang seperti ini di buat. Antaranya ialah sebagai pembiayaan pelajaran. Loan rumah, belanja perkahwinan ataupun untuk menambah modal perniagaan.

Dapat Wang Dalam Jangka Masa Yang Pendek

Pinjaman Peribadi merupakan bantuan kewangan jangka pendek, dan tempoh pembayaran balik biasanya sehingga 5 tahun (tempoh paling panjang). Sebaliknya, pinjaman perumahan boleh mempunyai tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun!

Bantuan wang jenis ini biasanya digunakan untuk menampung perbelanjaan jangka pendek, seperti kos perubatan. Ini merupakan prinsip yang hampir sama dalam kewangan: personal loan untuk jangka pendek adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan jangka pendek; pinjaman jangka panjang adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan yang dilakukan untuk jangka masa panjang (seperti rumah anda).

Satu manfaat yang sangat berguna tentang bantuan kewangan itu adalah “Penyusunan Semula Hutang” atau “Penyatuan Hutang”. Pada asasnya, wang tunai yang dibayar daripada pinjaman peribadi boleh digunakan untuk membayar hutang faedah yang lebih tinggi, seperti baki kad kredit.

Anda kemudiannya akan membayar personal loan pada kadar faedah yang lebih rendah. Ini akan mempercepatkan proses anda mengurangkan hutang anda dan dengan itu, beban kewangan.

Proses untuk ppermohonan bantuan kewangan ini secara umumnya sangat mudah dan cepat tanpa cagaran dan dokumentasi yang diperlukan. Sebenarnya, kelulusan untuk jenis loan ini boleh secepat dalam jangka masa 24 jam!

Keperluan Wang Dengan Sebab Yang Berlainan

Orang yang berlainan mungkin mempunyai sebab-sebab yang berbeza untuk memerlukan pinjaman peribadi. Loan ini sering diperlukan untuk membaiki rumah, membayar ansuran perumahan, membiayai untuk percutian impian seumur hidup, membeli hadiah khas untuk ahli keluarga, membeli kereta baru mimpi, dan juga membuat pembayaran nafkah atau menyatukan hutang kad kredit dan memenuhi kecemasan kewangan. Pinjaman peribadi boleh menjadi pilihan yang tepat untuk apa-apa sebab kewangan peribadi.

Pembiayaan pinjaman peribadi di Malaysia boleh dilakukan melalui institusi kewangan, bank-bank, atau syarikat-syarikat peminjam yang berlesen. Seperti jenis bantuan wang yang lain, personal loan perlu dibayar balik mengikut perjanjian yang dikenali mengikuti syarat-syarat pinjaman.

Jumlah bayaran balik akan bergantung kepada kadar faedah, caj pembiayaan, dan principal itu sendiri. Ia akan berbeza mengikut jumlah yang dipinjam pada masa awalnya dan kadar faedah yang dikenakan ke atas personal loan itu.

Pinjaman seperti ini adalah amat sesuai untuk penduduk Malaysia yang memerlukan wang tambahan untuk pelbagai sebab, dari kecemasan kewangan ke membuat impian menjadi kenyataan. Semua ni boleh jadikan sebab yang anda perlukan wang itu untuk melaksanakannya.

Apakah Yang Anda Tahu Tentang Pinjaman Peribadi?

Mari kita berkaji bersama mengenai apa yang baik dan apa yang buruk dengan bantuan wang itu.

Kebaikan

Terdapat beberapa kebaikan dalam membuat personal loan iaitu:

  • Mudah mendapat bantuan wang kerana wang yang dipinjam boleh digunakan untuk apa yang anda inginkan.
  • Tidak memerlukan cagaran kerana personal loan tidak memerlukan aset untuk dicagarkan atau tidak memerlukan penjamin.
  • Membuat kertas kerja ala kadar kerana peminjam peribadi tidak perlu mendapatkan pengesah terhadap aset yang digunakan. Mudah mendapat kelulusan pinjaman.

Keburukan

Terdapat juga beberapa keburukan dalam permohonan bantuan wang seperti ini iaitu:

  • Agak sukar untuk mendapatkan loan kerana terdapat kriteria permohonan yang ketat berbanding dengan permohonan wang lain.
  • Kadar faedah tinggi jika kadar kredit anda lemah bagi pekerja sektor swasta.
  • Kadar faedah adalah berbeza-beza mengikut pekerjaan dan sektor.
  • Tempoh pembayarang yang berbeza menggikut sektor. Sektor swasta adalah selama 1-7 tahun manakala bagi sektor kerajaan pula tempoh pembayaran balik adalah selama 1-25 tahun.
  • Overlap atau refinance. Loan boleh beralih ke syarikat lain dan pengurangan pembayaran bulanan akan berlaku, akan menyebabkan tempoh pembayaran menjadi lebih panjang dan kadar faedah bertambah.

Tips

  • Bagi megurangkan kadar faedah, anda boleh menggunakan rekod pembayaran balik pinjaman terdahulu sebagai bukti yang anda mempun membuat bayaran balik mengikut tempoh yang telah di tetapkan.
  • Baut perbandingan antara intitusi-institusi kewangan sebelum membuat permohonan kerana terdapat perbezaan kadar dan tawaran pada tiap-tiap iinstitusi.
  • Membuat pembayaran kad kredit menggunakan multi-purpose personal loan boleh menjadi cara yang baik untuk menjimat wang.