AgroCash-i merupakan pinjaman peribadi terkini yang ditawarkan oleh Agro Bank. Ia merupakan satu kemudahan pembiayaan peribadi untuk pelanggan bagi tujuan pembiayaan pengguna yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.
Penawaran produk ini adalah berdasarkan urusan dan perniagaan Tawarruq. Tetapi sekarang bagi perniagaan yang tiada kaitan dengan pertanian pun boleh memohon asalkan perniagaan itu adalah sah di sisi undang-undang kerajaan Malaysia.
Pinjaman peribadi awam Agro Bank ini terbuka untuk permohonan bagi semua kakitangan kerajaan dan pekerja GLC. Bagi pekerja swasta, mereka boleh membuat pinjaman yang lain yang dibekalkan oleh Agro Bank.
Pemohon boleh membuat pinjaman sampai ke RM200,000 dengan tempoh bayaran balik sepanjang 10 tahun. Pemohon boleh memperolehi kadar faedah promosi yang menarik untuk memulakan bisnes pertanian mereka.
Kebaikan untuk mendapatkan Agrobank AgroCash-i
- Boleh dapat pinjaman maksimum sampai RM200,000.
- Kadar rate yang tetap bermula dari 6.70% setahun.
- Kadar keuntungan(Profit rate) yang rendah.
- Cepat diluluskan.
Syarat Untuk Pemohon Kakitangan Kerajaan
- Tiada nama blacklist dalam apa-apa bank di Malaysia.
- Name tidak dipantau oleh AKPK.
- Pemohon mesti berumur di lingkungan 18 hingga 60 tahun.
- Pendapatan bulanan mesti ada RM1,000 atau ke atas.
- Berkhidmat di sektor kerajaan sekurang-kurangnya 3 tahun.
Syarat Untuk Pemohon Kakitangan GLC
- Tiada nama blacklist dalam apa-apa bank di Malaysia.
- Name tidak dipantau oleh AKPK.
- Pemohon mesti berumur di lingkungan 21 hingga 60 tahun.
- Pendapatan bulanan perlu ada RM2,000 atau ke atas.
- Berkhidmat di syarikat GLC sekurang-kurangnya 3 tahun.
Untuk memohon, pastikan anda menyediakan semua dokumen yang berikut:
- Penyata pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti.
- Salinan MyKad atau pasport.
- Nama dan nombor telefon hubungan majikan anda.
- Surat pengesahan pekerjaan oleh majikan anda.
- Slip gaji selama tiga bulan terbaru.
- Penyata bank yang menunjukkan pendapatan gaji anda.
- Penyata cukai pendapatan (Borang J / EA / EC) dengan lampiran resit pembayaran cukai terkini.
Proses dan Cara Membuat Pinjaman
Jika anda minat dengan pinjaman peribadi AgroCash-i yang ditawar oleh Agro Bank itu, boleh anda memohon secara online. Anda boleh muat turun borang permohonan dengan link yang diberikan di bawah ini:
Muat turun borang permohonan AgroCash-i.
Selepas anda menyerahkan permohonan anda bersama dengan semua dokumen yang dikehendaki, anda akan menerima e-mel pengesahan dari Agro Bank. Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima Surat Tawaran sebelum dana disediakan kepada anda.
Cara Pengiraan Pinjaman
Ini adalah contoh pengiraan untuk pinjaman peribadi AgroCash-i. Sekiranya anda berpendapatan RM1,500 dan ingin meminjam pembiayaan sebanyak RM10,000. Tempoh tahun yang anda pilih untuk bayar balik adalah 5 tahun, maka kiraan adalah seperti berikut:
- Jumlah pinjaman: RM10,000
- Tempoh tahun bayar balik: 5
- Pendapatan bulanan: RM1,500
- Kadar keuntungan tahunan: 6.70%
- Bayaran bulanan: RM222.50
Perlindungan Takaful
Anda adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Skim Takaful Kredit untuk melindungi liabiliti hutang jika berlaku kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja. Anda boleh memohon perlindungan Takaful melalui panel penyedia Takaful Agrobank atau anda boleh pilih Takaful anda sendiri.
Yuran dan caj untuk pinjaman ini
Apa yang bagus tentang pinjaman ini adalah anda tidak perlu membuat sebarang bayaran pemprosesan untuk pembiayaan peribadi AgroCash-i. Walau bagaimanapun, Agrobank ada mengenakan bayaran broker sebanyak RM30 untuk memudahkan transaksi Tawarruq.
Jumlah pembiayaan anda juga akan dikenakan Bayaran Pendahuluan yang sama dengan ansuran 3 bulan dan duti setem kerajaan sebanyak 0.5%. Kedua-dua caj ini boleh ditolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Baca juga: Skim Pinjaman TEKUN Yang Ditawarkan Oleh Kerajaan
Adakah pinjaman ini terbuka untuk guru?
Ya. Ia adalah layak untuk dimohon oleh semua kakitangan kerajaan termasuk guru juga boleh buat loan ini.
Semak baki dan Pembayaran melalui Biro Angkasa – Pembayaran ansuran bulanan akan ditolak daripada gaji anda menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
Boleh rujuk ke jadual bayaran balik bersama dengan kadar interest yang dimasukkan di jadual pembayaran di bawah ini.
Jika anda berminat untuk dapatkan pinjaman tersebut, boleh anda buat pinjaman ini melalui imoney.my
Berapa lama untuk mendapatkan kelulusan pinjaman?
Jika anda memohon pinjaman peribadi AgroCash-i dan kelayakan anda telah dipastikan, maka pemohonan pinjaman boleh diluluskan dalam tempoh yang amat cepat, iaitu dalam masa 24 hingga 48 jam saja.
Bolehkah saya buat pinjaman ini sekiranya saya ada di dalam senarai hitam CCRIS, CTOS, Rekod Kredit?
Tidak, anda tidak layak untuk membuat pinjaman ini sekiranya anda adalam di dalam senarai hitam CCRIS, CTOS, Rekod Kredit. Anda juga tidak layak untuk memohon jika anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).
Anda perlu baiki rekod kredit anda dengan menyelesaikan hutang yang anda ada dan apa yang penting adalah anda perlu pastikan untuk membuat bayaran balik tepat pada masa setiap bulan. Lepas anda dapat meningkatkan rekod kredit anda, maka anda boleh cuba untuk memohon pinjaman ini.
Adakah pinjaman ini dibuka untuk dimohon oleh pesara?
Tidak, pinjaman ini tidak dapat dimohon oleh pesara. Anda boleh rujuk ke bank lain yang ada menawarkan pinjaman untuk pesara.
Baca juga: Pinjaman peribadi dari Public Bank
Mohon pinjaman agrobank
Mohon pinjaman agrobank