Pinjaman Peribadi dari CIMB Bank

Pinjaman Peribadi CIMB Bank adalah salah satu perkhidmatan pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia. Pada ketika ini, CIMB Bank menawarkan berbagai jenis pinjaman peribadi, dari pinjaman berlandaskan Syariah, pinjaman sektor awam hinggalah pinjaman tanpa cagaran. Produk-produk pinjaman peribadi CIMB Bank adalah sesuai untuk para peminjam yang mencari pembiayaan tambahan untuk mengurus dan mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan mereka.

Mari kita kaji jenis-jenis produk pinjaman peribadi yang ditawarkan CIMB Bank.

Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus (Swasta)

Pinjaman peribadi Cash Plus adalah pinjaman tanpa cagaran di mana tiada sandaran dan penjamin diperlukan. Pinjaman ini adalah untuk pembiayaan swasta. Anda boleh meminjam dari RM 2,000 hingga RM 100,000 namun ianya bergantung kepada pendapatan kasar anda. Melalui produk pinjaman peribadi Cash Plus, anda layak meminjam sehingga 8 kali pendapatan kasar.

Pinjaman Peribadi CIMB Bank CashPlus
Pinjaman Peribadi CIMB Bank CashPlus

Kadar faedah yang dikenakan bermula dari 8.20% setahun hingga 14.66% setahun. d faedah bergantung pada jumlah pinjaman yang dipohon dan jenis pekerjaan anda. Biasanya anda boleh menikmati kadar faedah yang lebih kompetitif dengan memohon jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan mempunyai latar belakang pekerjaan yang kukuh.

Pinjaman Peribadi CAshPlus

Kelayakan

Untuk layak memohon pinjaman, anda haruslah seorang pemegang MyKad dan mempunyai pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM 2,000. Anda layak memohon jika anda berumur di antara 21 hingga 60 tahun.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

Untuk Pemohon Yang Berpendapatan Tetap

  • Salinan Kad Pengenalan kedua-dua belah
  • Penyata gaji 3 bulan terakhir
  • Penyata KWSP/Borang cukai pendapatan/Surat pengesahan majikan

Untuk Pemohon Yang Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan kedua-dua belah
  • Sijil pendaftaran syarikat
  • Penyata akaun bank 3 bulan terakhir/Borang EA

Pembiayaan Tunai CIMB Xpress-i

Pembiayaan Tunai CIMB Xpress-i adalah pembiayaan peribadi yang disediakan untuk para pemohon yang bekerja di Syarikat-Syarikat Antarabangsa, Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan yang terpilih. Kadar keuntungan bermula pada kadar tetap 24.00% setahun. Tiada cagaran dan penjamin diperlukan untuk permohonan pinjaman ini. Tempoh pinjaman adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun.

CIMB Bank Xpress-i
CIMB Bank Xpress-i

Had maksimum pinjaman adalah RM 50,000 dengan tempoh pembayaran balik 10 tahun. Walau bagaimanapun, jumlah kelayakan pinjaman anda bergantung pada gaji gaji bersih anda. Peminjam boleh memohon sehingga 8 kali dari gaji kasar.

Biasanya, pemotongan bayaran balik pinjaman ini tidak melebihi 60% daripada keseluruhan jumlah potongan gaji secara arahan tetap. Seperti semua pinjaman kerajaan, pembayaran pinjaman ini secara akan dipotong secara arahan tetap melalui perkhidmatan Biro Angkasa. Pinjaman ini mempunyai skim perlindungan insurans Takaful yang akan melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan.

Pinjaman Peribadi Xpress-i

Kelayakan

Anda mestilah seorang kakitangan Syarikat Antarabangsa, Syarikat Milik Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun Kerajaan yang terpilih. Pemohon hendaklah berumur di antara 21 hingga 60 tahun dan berpendapatan sekurang-kurangnya RM 800 sebulan untuk layak memohon pinjaman ini. Hanya pemohon berstatus Penduduk Tetap dan Warganegara Malaysia layak untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Bank ini.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Salinan fotokopi Kad Pengenalan kedua-dua belah
  • Penyata gaji 3 bulan terakhir (Salinan yang telah disahkan)
  • Penyata bank menunjukkan kemasukan gaji
  • Penyata Pendapatan Lain

Ciri-ciri dan Manfaat Produk-Produk Pinjaman Peribadi CIMB Bank

  • Pinjaman tersedia dalam sistem perbankan konvensional dan Islam.
  • Pinjaman mempunyai tempoh pembayaran balik fleksibel di antara 1 hingga 5 tahun untuk pinjaman pembiayaan tunai dan sehingga 30 tahun untuk pinjaman pembiayaan ASB.
  • Pilihan pakej pinjaman tanpa cagaran atau bercagaran. Pinjaman bercagar memerlukan cagaran minimum RM 10,000 atau dijamin dengan sijil ASB/ASB2.
  • Jumlah pinjaman minimum adalah RM 5,000 dan maksimum RM 100,000, bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon. Jenis pinjaman seperti pinjaman pembiayaan ASB menawarkan jumlah pinjaman sehingga 100% daripada margin pembiayaan.
  • Pakej pinjaman yang ditawarkan mempunyai pilihan kadar faedah terapung atau tetap.

CashLite

Nikmatilah kebebasan kewangan dan dapatkan wang tambahan dengan hanya satu panggilan telefon! Hubungi bank anda hari ini di talian 03-22817000 (10.00 pagi-6.00 petang Isnin-Jumaat).

CIMB Bank CashLite
CIMB Bank CashLite

Dapatkan wang tunai dari had kredit kad kredit CIMB Bank anda dan bayar semula secara ansuran tetap.

  • Tempoh pembayaran balik fleksibel 12, 24 36 atau 48 bulan
  • Tiada dokumentasi, penjamin atau cagaran diperlukan
  • Tiada caj pinjaman wang tunai dikenakan

Ciri-Ciri Pinjaman

Jumlah pinjaman: 75% dari baki had kredit kad kredit anda.

Contoh:

Had kredit kad kredit: RM 15,000, baki tertunggak: RM 5,000,

Maka pinjaman yang boleh didapat:

(RM 15,000 – RM 5,000) x 75%  = RM 7,500

 

Tiada caj pemprosesan dan tiada tempoh yang ditetapkan tetap untuk pinjaman. Anda boleh membuat pembayaran penuh pinjaman lebih awal selepas ansuran pertama anda, dengan memberikan notis 30 hari melalui panggilan ke perkhidmatan pelanggan CIMB Bank. Baki faedah bulanan akan dibatalkan dengan pembayaran penuh prinsipal pinjaman anda.

CIMB CashLite mempunyai 2 jenis kadar faedah yang berbeza:

Jenis A: kad kredit dengan pembayaran penuh pinjaman tepat masa

  • 4.99% setahun untuk tempoh pinjaman 12 bulan
  • 5.99% setahun untuk tempoh pinjaman 24 bulan
  • 6.99% setahun untuk tempoh pinjaman 36 bulan

Jenis B: kad kredit dengan pembayaran balik pinjaman tepat masa tetapi bukan pembayaran penuh

  • 6.99% setahun untuk tempoh pinjaman 12 bulan
  • 7.99% setahun untuk tempoh pinjaman 24 bulan
  • 8.99% setahun untuk tempoh pinjaman 36 bulan

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan perkiraan faedah pinjaman CIMB CashLite. Walaupun pihak bank menyatakan ianya adalah pada kadar 4.99% setahun, perkiraannya tidak semudah yang anda sangkakan.

Contohnya, jika anda meminjam 10k dengan kadar faedah pinjaman 4.99% untuk tempoh 3 tahun, pembayaran balik bulanan anda kepada CIMB Bank adalah lebih kurang RM 350 (RM 75 untuk faedah + RM275 untuk ansuran bulanan)

Dalam perkiraan jumlah faedahnya sahaja, faedah tahunan akan berjumlah 12 x 75 = RM 900, yang mana dalam peratusan adalah lebih kurang 9% setahun.

CIMB Bank menggunakan teknik ini untuk menarik para pelanggannya untuk memohon pinjaman ini. Mereka akan mempromosikan produk pinjaman mereka ini dengan menghebahkan pengenaan kadar faedah rendah 4.99% setahun, yang mana adalah sangat mengelirukan.

Ejen-ejen promosi CIMB Bank tidak akan memberitahu anda perkiraan faedah pinjaman yang sebenar atau mungkin mereka sendiri tidak mengetahuinya.

Oleh yang demikian, para peminjam perlu berhati-hati. Kadar faedah sebenar bukanlah 4.99% setahun tetapi hampir kepada 9% setahun.

Boleh anda rujuk ke laman CIMB Bank dan hubungi mereka jika anda perlukan pinjaman ini. Jika anda lebih sukakan bank yang lebih popular di rantau ini, maka anda juga boleh pertimbangkan untuk memohon pinjaman peribadi dari Maybank juga.

5 Comments on “Pinjaman Peribadi dari CIMB Bank”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *