Petua Diet untuk Kurus Badan

Kawan-kawan aku ada yang bertanya dengan aku tentang petua diet untuk kurus. Hehe… aku rasa dia orang sudah tanya soalan tersebut kepada orang yang salah. Walaupun badan aku kurus, akan tetapi badan aku kurus bukan disebabkan aku mengamalkan diet yang tertentu.

Elakkan Makan Kek
Elakkan Makan Kek

Apa nasihat yang boleh aku berikan adalah cuba anda elakkan pengambilan makanan seperti cookies, kek atau pelbagai makanan yang dibekukan. Biasanya makanan yang dibekukan mengandungi lemak trans yang tinggi.

Anda kena perbanyakkan pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran (aku sendiri pun kurang makan sayur… yuckk! tak sedap… haha….).Sayur-sayuran dan buah-buahan bagus untuk tubuh badan kerana mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Apa kata anda menggantikan penggunaan majerin atau butter dengan minyak sayuran. Minyak sayuran sebenarnya memiliki kandungan lemak trans yang lebih rendah.

Aku cadangkan, cuba anda atur pola pemakanan kepada tiga sessi sahaja, iaitu:

  • Sarapan pagi.
  • Makan tengah hari.
  • Makan petang/malam.

Cuba elakkan mengambil makanan yang terlalu berat selepas pukul 6 petang. Kenapa aku kata macam tu…? Ini kerana kebiasaannya pada waktu selepas tu, aktiviti kita semua lakukan sudah berkurangan.

Jadi, pembakaran dalam tubuh pun berjalan lambat. Bila anda makan dengan berlebihan selepas waktu tersebut, ini akan mengakibatkan penimbunan kalori pada tubuh.

Petua Diet untuk Kurus sahaja tidak cukup

Berikut aku nak kongsikan tips, pengalaman dan pandangan aku tentang petua untuk kurus:

Pertama – Genetik

Faktor yang paling utama yang menyumbang kepada bentuk badan yang kurus mungkin disebabkan genetik keluarga. Dalam keluarga ayah aku, atuk, nenek, adik beradik dan juga ayah aku, tiada seorang pun yang gemuk atau obesiti. Mak dan ayah aku juga sama kecil macam aku.

Dua-dua adik aku pun turut sama kurus. So, kat sini aku boleh simpulkan, kalau anak-beranak cicak tak mungkin melahirkan seekor komodo pula kan? ahha….

Sarapan Pagi
Sarapan Pagi

Kedua – Sarapan

Okay, ni pula berkaitan dengan amalan aku. Aku selalu ingat cikgu aku pernah cakap, jangan abaikan sarapan pagi. Dia kata, kadar metabolisme badan adalah paling tinggi pada waktu pagi. Sebab itu kita harus mementingkan sarapan pagi sebagai sumber tenaga untuk aktiviti kita.

Bila aku amalkan apa yang cikgu aku cakap, aku jadi jarang makan waktu tengah hari. Kalau aku makan pun, mesti aku lewatkan sedikit waktu makan dan kuantiti yang aku ambil mesti sedikit je. Aku tak suka makan banyak-banyak waktu tengah hari sebab nak elakkan rasa mengantuk.

Ketiga – Aktiviti dan Buat Senaman

Bersenam setiap hari mesti ada bantuan untuk kuruskan badan. Aku suka berjalan kaki bila-bila masa saja. Kalau nak pergi mana-mana, kalau jarak destinasi yang aku nak pergi itu cuma dalam 1 kilometer saja, memang aku akan pilih berjalan.

Kadang-kadang jarak sehingga 3 kilometer pun aku lebih cenderung untuk berjalan kaki. Tapi kalau dah jarak 2 marhalah, aku bukannya gila nak pilih berjalan kaki lagi… huhu….

Hari cuti, aku kerap juga keluar pergi window shopping. Dah macam perempuan pula kan..? haha…. Biasanya aku jalan kaki sorang-sorang je. Jalan kaki antara 2 hingga 3 jam. Aku jarang jalan dengan orang lain sebab aku risau diorang akan letih nanti. Walaupun kadang-kadang aku tak beli apa-apa pun, dah jadi tabiat aku jalan kaki lama-lama.

Boleh ikut piramid makanan ini supaya anda dapat makan dengan makanan yang berkhasiat setiap hari dan mengukuhkan kesihatan badan kita selalu.

Experiment Ini Boleh Yakinkan Anda Boleh Kurus!

Kebelakangan ini saya tengok banyak berita yang muncul di kaca television dan di dada akhbar tentang peningkatan angka rakyat obesiti yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Tapi saya seolah-olah tidak percaya sebab saya lihat orang di sekeliling saya semuanya sihat-sihat dan normal sahaja belaka.

Mungkin di luar sana saya tak pasti. saya memang nak bantu sangat sangat mereka yang mempunyai masalah obesiti ini dengan menggunakan kepakaran dan ilmu yang saya ada dalam nutrisi dan pemakanan.

Adakah anda salah seorang daripada berjuta rakyat obesiti yang di maksudkan?

Malaysia Gemuk
Malaysia Gemuk

Tadi saya terpanggil nak buat satu experiment berkenaan tindak balas lecithin Shaklee terhadap minyak(lemak).

Mula-mula saya letak sedikit minyak dalam air.

cawan 1

Lepas tu saya masukkan sebiji demi sebiji lecithin shaklee ke dalam tompokan minyak dalam piring ni untuk lihat tindak balas lecithin terhadap minyak.

Secara teori saya tahu yang lecithin ni boleh bakar lemak dan boleh memecah lemak tapi secara praktikalnya saya tak tahu macam mana.

Jadi saya ambil kesempatan ini untuk buat sendiri experiment simple ni dan lihat secara ‘live’ apa yang terjadi jika seseorang itu telan 3 biji lecithin setiap hari.

cawan 2

Yang ni keadaan selepas saya titis kan cecair 1 biji lecithin di tengah-tengah piring tu.

Sebaik titisan itu terkena minyak, tompokan minyak itu terus berpecahhh dan meninggalkan ruang kosong di tengah-tengah piring dalam masa tak sampai seminit punnnn.

Imaginasi saya waktu ni ibarat seperti minyak ini ‘takut’ kepada lecithin. hihi. Mereka cuba ‘lari’ dari bercampur dengan lecithin.

cawan 3

Seterusnya saya titiskan kesemua ketiga-tiga biji kapsul lecithin tu dan saya kacau sehingga sebati. Selepas kacau selama 1 hingga 2 minit memang terbukti yang lecithin ni memang memecah lemak degil.

Lecithin telah berjaya mengelakkan tompokan minyak itu daripada berkumpul.

Sebab itu lah kalau anda telan lecithin ini, anda diwajibkan minum air masak dengan banyak sebab nak buang lemak-lemak yang sudah berjaya di hancurkan oleh lecithin ini melalui sistem perkumuhan (yang ni saya akan guide, jangan risau)

Ada customers saya kata yang najis nanti akan nampak berminyak (kesan daripada lemak degil yang telah dihancurkan oleh lecithin / omega guard dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar)

Berminyak macam mana tu? ewww. Hehe gurau jee.

Anda kena cuba sendiri baru ‘puas hati’ bila nampak lemak yang selama ini bersarang kat setiap inci tubuh anda telah hilang dan berjaya di buang dengan jayanya.

Untuk set kurus lengkap, boleh rujuk entry ini sebab saya ada kongsi sebelum ni tentang cara nak kurus dengan cepat, mudah dan berkesan.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *