Web Analytics
10 Sukan Berkesan untuk Penurunan Berat Badan

10 Sukan Berkesan untuk Penurunan Berat Badan

1. Step-aerobics

step aerobic
step aerobic

Kalori yang dibakar – 800 cal/jam

Ia merupakan satu gaya aerobik yang merangkumi naik turun sesuatu ampuhan (contoh : tangga) dan gerakan langkah. Gerakannya sama seperti menaiki tangga, dan menari merupakan satu cara tambahan untuk meningkatkan kadar degupan jantung, supaya ia menjadi senaman kardio yang baik. Bahagian utama yang difokuskan ialah kaki, peha, dan punggung. Sekiranya anda mampu merutinkan diri anda dengan senaman ini selama satu jam setiap hari, anda akan mendapat hasil yang anda inginkan dalam masa 2 minggu.

2. Berbasikal

berbasikal
berbasikal

Kalori yang dibakar – antara 500 dan 100 cal/jam

Bergantung pada kelajuan kayuhan, berbasikal boleh menurunkan banyak kalori. Selain itu, ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan sekiranya ia dilakukan bersama yang tersayang dan rakan-rakan pada setiap petang.

3. Berenang

berenang
berenang

Kalori yang dibakar – 800 cal/jam

Berenang merupakan salah satu senaman terbaik untuk menurunkan berat badan. Hal ini berikutan ia melibatkan keseluruhan penggunaan tubuh badan. Selain itu, berenang juga mempunyai kesan psikologi yang positif, berikutan otot badan digerakkan tanpa perlu mengampuh berat badan di dalam air. Tambahan lagi, berenang amat baik untuk kesihatan jantung dan paru-paru, selain melawan kehadiran selulit dan membuatkan kulit kita cantik tanpa kehadirannya.

4. Tenis

tenis
tenis

Kalori yang dibakar – sehingga 500 cal/jam

Ia merupakan senaman kardio yang hebat. Tenis memberikan tona yang cantik kepada lengan dan kaki dalam masa yang singkat. Selain itu, ia memberi kesan yang positif terhadap abdomen, satu penyelesaian untuk sesiapa yang menginginkan perut yang kempis tanpa memerlukan usaha tambahan. Amalkan 3 kali seminggu bermain tenis, ia memberi hasil yang amat mengagumkan dalam masa 8 minggu.

5. Elliptical

Elliptical
Elliptical

Kalori yang dibakar – antara 300 dan 500 cal/jam

Bagi sesiapa yang mempunyai elliptical di rumah, ini masanya untuk anda gunakan ia sebaiknya. Gunakan ia selama 30 minit sehari sudah mencukupi bagi memperoleh perut yang kempis dan lengan yang menarik. Berikutan ia merupakan aktiviti di dalam rumah/gim, berikan keseronokan pada latihan anda dengan memainkan muzik sambil bersenam.

6. Berlari

berlari
berlari

Kalori yang dibakar – sehingga 600 cal/jam

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, lari! Sama ada anda lari di taman atau di atas treadmill, berlari boleh mempercepat membuang berat badan tambahan dan selulit. Ia merupakan senaman yang ideal untuk sesiapa yang mahu kekal sihat dan kelihatan cantik. Ia tidak memerlukan wang yang banyak, kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja; dalam taman, tepi blok perumahan, dalam stadium. Satu cadangan penulis ialah anda hanya perlu melabur untuk sepasang kasut yang berkualiti bagi tujuan senaman ini. Hal ini kasut yang sesuai bertujuan bagi mengelakkan sebarang masalah sendi dan untuk melindungi pergelangan kaki anda.

7. Berjalan

berjalan
berjalan

Kalori yang dibakar – 360 cal/jam

Terdapat pepatah menyatakan “Walking makes beautiful legs”… Ya, berjalan memberi anda lebih daripada sekadar kaki yang cantik. Ia merupakan satu senaman kardiovaskular yang berkesan membantu anda kekal cantik dan menbantu sistem pencernaan anda. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa jua, tanpa mengira usia, tempat dan tiada penyangkalan tentang kebaikannya.

8. Menari

menari
menari

Kalori yang dibakar – antara 600 dan 800 cal/jam

Menari melatih keseluruhan tubuh anda sama seperti berenang. Ia merupakan cara untuk anda relaks apabila anda mempunyai masa senggang. Ia merupakan senaman yang berkesan sekiranya diamalkan selam satu jam sehari.

9. Senaman melalui DVD

Kalori yang dibakar – antara 200 dan 400 cal/jam

Walaupun ia tidak seperti menari, berenang, dan berjoging, senaman melalui DVD boleh membantu menurunkan berat badan. Kelebihan senaman cara ini ialah anda boleh melakukannya di rumah dan sekaligus mempunyai pelatih perseorangan yang membantu anda untuk bersenam. Satu kelemahannya ialah anda cenderung untuk berhenti awal dan menjadi bosan.

10. Menunggang kuda

menunggang kuda
menunggang kuda

Kalori yang dibakar – antara 200 dan 600 cal/jam

Walaupun aktiviti ini sukar untuk diamalkan kerana ia memerlukan kuda sebagai elemen utama, namun ia mampu memperbaiki postur badan, mencantikkan perut, kaki, dan peha. Menunggang kuda merupakan satu aktiviti golongan bangsawan dan semestinya ia memerlukan kos yang tinggi. Namun sekiranya anda mempunyai masa dan wang ringgit, cuba aktiviti ini sekurang-kurangnya sekali.

Anda akan ingin tahu juga kalori makanan yang biasa anda makan setiap hari.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment