Kenapa Lelaki Suka Pergi Siam

Hari Isnin dan Selasa baru ni pergi melawat Pak Sedara yang dok sempadan Malaysia – Thailand, tetapi dia lebih kepada belah Siam iaitu Golok. Memang sejak dari Tok belah ayah lagi semua pakcik dan makcik memang duduk Golok tapi warganegara Malaysia. Kalau orang Kelantan memang dah biasa dengan situasi macam nih.

Sampai Rantau Panjang petang Ahad, so rilek dulu rumah pak sedara, keesokan hari pergi rumah pak sedara belah Golok. Ni merupakan kali ketiga saya pergi ke sana. Kali terakhir adalah tahun 1985, sudah lama giler tu. Keadaan di tempat itu pun sudah berubah dengan banyak sama sekali.

Masa nak seberang ramai betul orang Malaysia yang berang ikut perahu. Maknanya adalah masuk ke tempat ini secara haram lah. Tapi yang pelik polis sana wat dek jer, sama juga dengan polis belah sini. Rupa macam mereka memang sudah biasa dengan situasi yang berlaku seperti ini. Masa masuk Golok dengan sepupu yang tak pernah jumpa, masuk macam biasa saja dengan tiada perasaan bersalah pun.

Suasana Yang Memang Berbeza

Sebaik saja sampai di sana, sudah tentu permandangan sudah 100 peratus berubah. Keadaan memang tak sama macam Malaysia dari segala segi. Kira Malaysia lebih teratur dari depa kat sana.

Saya berjalan keluar ke tanah Thailand dan saya tidak dapat mempercayai betapa berbeza segalanya adalah walaupun ia hanya dipisahkan dari tanah Malaysia oleh sebatang sungai saja. Terdapat motosikal teksi yang menawarkan untuk membawa saya ke pusat bandar yang agak jauh dari pejabat imigresen itu.

Sudah tentu saya akan berjalan. Saya tidak mahu melepaskan diri dengan hanya melompat ke atas sebuah motosikal dan menyembuhkan perjalanan saya ke pusat bandar.

Terdapat Anggota Tentara Yang Banyak

Saya perhatikan bagaimana Golok mempunyai kakitangan tentera dalam pakaian seragam yang ramai. Ada di antara mereka yang berdiri di bawah pengawasan sementara ada orang yang melakukan rondaan seolah-olah perang sedang melanda di tempat ini.

Terdapat beberapa jalan telah ditutup dan saya boleh nampak ada anggota tentera yang menjaga setiap barikade yang telah mereka sediakan.

Walaupun tak sama, tapi lelaki kat Malaysia memang suka pergi sana sebab “ada benda” yang tak ada kat Malaysia yang banyak orang tidak tahu.

Cerita banyak tak guna, ada beberapa keping gambar yang sempat snap untuk kenang-kenangan.

* Yang penting jangan anda semua fikir dengan apa yang bukan-bukan 🙂

ayam goreng
ayam goreng

Sebaik sampai saja di sana saya terus pergi cari makan steamboat goreng. Signboard dia salah kata sepupu seorang ni. Pulut ayam tu macam, satay dan makan dengan pulut.

gerai ketam

Harga ketam nipah pun boleh tahan jugak, order 2 ekor sotong bakar dan steamboat kena 240 baht kira-kira RM 24.00 lah.

Sayur-sayuran Yang Unik

Sayur-sayuran di Golok mungkin kelihatan sama dengan yang kita ada di Malaysia dan pelbagai jenis yang boleh anda dapat seperti di Malaysia juga.

Ttetapi jika anda melihat dengan teliti, anda akan mendapati beberapa perbezaan. Terdapat beberapa sayur yang tidak pernah saya lihat ada dijual di pasaran kita di Malaysia. Itu mungkin mengapa ia dipanggil Basil Thai. Ia adalah unik kepada negara mereka sendiri.

budak atas motor

Waktu pagi sedang breakfast depan kedai. Budak siam nak pergi sekolah sambil tunggu mak dia tapau roti canai.

Perniagaan di Sempadan Kelantan dan Narathiwat

Dasar antara kerajaan yang membolehkan orang Kelantan masuk ke Narathiwat (dan sebaliknya) tanpa memerlukan pasport membuat Golok menjadi sebuah bandar paling serupa dengan Malaysia di Thailand.

Rakyat Malaysia diketahui menjalani perniagaan di sini dan begitu juga orang Thai di Kelantan. Jadi ia benar-benar merupakan perniagaan yang seimbang antara kedua-dua belah sempadan.

pandangan siam

Waktu pagi sambil tunggu matahari muncul, tapi hanya cahaya jer yang dapat snap hehehe…..

jalan siam

Ada jugak kereta orang Penang masuk golok, agak-agak apa depa buat kat sini?

sami siam

Tok Sami siam balik lepas minta sedekah kat mek siam dua orang tu.

jalan keretapi

Sempat jugak praktis apa yang belajar masa kelas photografi hari tu.

bela burung

Orang Siam macam memang suka bela burung ni, saya perhatikan hampir setiap rumah pun ada sekurang-kurangnya satu sangkar burung.  Tapi burung yang saya nampak ni memang sata tak pasti apa sebenar nama burung ni.

Kenapa lelaki Malaysia suka pergi golok? Sebab kat sini banyak tukang urut yang boleh melegakan urat saraf. Kata sepupu, nak urut macam mana semua boleh, pakai minyak, pakai air, pakai gel semua ada. Kalau nak karaoke sajer pun tak der masalah. Pendek kata apa saja urutan yang nak depa ada sediakan.

Tapi…….saya masih ada iman tak terjebak pun dengan perkara-perkara negatif – Jangan salah sangka yer! cau……………………

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *