Tempat Makan Yang Sedap Di Pulau Pinang

Laksa Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Saya baru tiba di Kuantan pada malam tadi. Masih terasa kepenatannya sebab dah banyak jam memandu dengan tidak berhenti-henti. Tetapi azam yang kuat untuk update blog mengenai lokasi percutian musim sekolah menyebabkan saya menggagahkan juga diri untuk menulis entri ini.

Saya sempat ke Balik Pulau, Pulau Pinang pada hari Isnin. Tujuan utama adalah untuk merakam moment matahari terbenam sebagaimana yang dirakam oleh saudara Staibaqhang di entri beliau yang bertajuk Sunset Balik Pulau.

Sunset Balik Pulau

Antara tempat yang selalu aku shot sunset ialah Pantai Malindo. Pantai Malindo terletak di Daerah Barat Daya, Kawasan Balik Pulau. Pantai Malindo bukanlah pantai yang diselaputi pasir pantai yang putih tetapi pantai ini sebenarnya pantai ini ialah pantai paya bakau. Pantai Malindo berada dihujung Kuala Sungai Burung.

sunset

Keistimewaan pantai ini ialah tedapat jeti menaikan tangkapan ikan. Persatuan Nelayan Kuala Sungai Burung menjadikan kuala ini sebagai tempat menghimpun hasil tangkapan ikan. Terdapat juga beberapa kedai makan di sekitar kawasan ini. Antara yang menarik ialah mee udang, rojak buah dan laksa Penang.

Pantai Malindo merupakan antara tempat sunset terbaik di Balik Pulau kerana keadaan pantainya yang menghadap terus matahari terbenam. Jika keadaan sedikit jerubu kita akan dapat melihat matahari yang bulat merah terbenam di ufuk Timur.

Kedai Untuk Makan Laksa

Kami ke sana berpandukan penunjuk arah jalan iaitu adik ipar saya sekeluarga. Kiranya saya follow kereta mereka. Menurut biras saya, terdapat sebuah kedai laksa yang sangat sedap di Balik Pulau. Jadi, kami ke sana kerana dua tujuan iaitu untuk makan laksa sedap dan juga untuk merakam sunset moment.

Kami tiba di Balik Pulau pada kira-kira jam 6,45 petang.Perut sudah lapar, jadi kami mengambil keputusan untuk mencari kedai laksa yang dimaksudkan terlebih dahulu.Berikut adalah signboard kedai laksa tersebut.

banner laksa janggus
banner laksa janggus

Disebabkan saya asyik mengambil gambar di sekitar kedai Laksa Janggus ini, wife sayalah yang bertugas untuk memesan laksa dan minuman untuk kami.Beliau order dua mangkuk laksa bersaiz besar untuk kami berdua dan semangkuk laksa bersaiz kecil untuk Haris Iman.Hadif Firdaus dan Hana Arissa pula berkongsi makan bihun sup.Di bawah adalah rupa bentuk laksa bersaiz mangkuk besar yang saya maksudkan.

laksa janggus
laksa janggus

Sangat-sangat berbaloi untuk memandu dari Ipoh ke Balik Pulau jika hanya semata-mata untuk makan laksa yang dikatakan sedap ini.

Terbukti rasanya memang sedap!

Bagi penggemar laksa, saya sangat menyarankan anda untuk merasai sendiri keenakan Laksa Janggus Kampung Perlis Balik Pulau.

Saya tidak dapat menyatakan harga untuk semangkuk laksa kerana wife saya bayar sekali dengan air minuman serta bihun sup. Jadi beliau tidak pasti mengenai kos sebenar untuk semangkuk laksa besar dan semangkuk laksa kecil.

Tetapi, dari congakan saya, harga untuk semangkuk laksa kecil di sekitar RM2.50 manakala harga semangkuk laksa bersaiz besar adalah di sekitar RM3.50. Anda boleh berkongsi mengenai ketepatan harganya di ruangan komen jika ada di antara anda yang pernah berkunjung ke sini.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri keenakan Laksa Janggus, anda hanya perlu mencarinya di Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya tidak berapa pasti dengan lokasi yang betul-betul tepat kerana saya juga dipandu oleh seseorang untuk ke sini. In Syaa Allah, saya akan update lokasi tepat kedai ini kemudian. Buat sementara, anda boleh menghubungi pemilik kedai jika anda masih tidak menjumpai di mana lokasi kedai laksa sedap di Balik Pulau ini.

hubungi laksa janggus
hubungi laksa janggus

Kami selesai menjamu selera lebih kurang pada jam 7.45 malam. Sudah terlepas waktu sunset. Nampaknya perlu ke sini lagi dengan perancangan yang lebih baik agar dapat merasai lagi keenakan Laksa Janggus Balik Pulau dan dalam masa yang sama dapat merakam sunset moment di Balik Pulau.

Baca juga: Cara Untuk Mengenali Durian Musang King

Nasi Kandar Beratur

Selepas saya memperkenalkan Laksa Janggus Kampung Perlis di Balik Pulau, salah seorang dari kami menyuarakan keinginan untuk merasai keenakan Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang pula.

Alang-alang sudah berada di Penang, apa salahnya mencuba nasi kandar antara yang popular di Pulau Mutiara ini.

Saya pernah membaca mengenai Nasi Kandar Beratur di dalam sebuah blog dahulu tetapi sudah terlupa di blog yang mana. Apa yang saya ingat, lokasi Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang ini terletak berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling.

Selepas gagal di dalam misi untuk merakam sunset moment, saya fikir ada baiknya untuk mendapatkan bahan lain untuk blog selain daripada Laksa Janggus. Tanpa berlengah, terus saya cari lokasi dengan set iPhone maps untuk tuju ke lokasi Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang.

google map penang

Dengan bantuan iPhone Maps, bukan susah sangat untuk keseluruhan perjalanan dan kami berjaya menemui lokasi Nasi Kandar Beratur dalam masa yang singkat saja. Lokasinya memang betul-betul berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling.

nasi kandar beratur
nasi kandar beratur
nasi kandar beratur 2
nasi kandar beratur 2

Tapi apabila tiba di sana, saya ada sikit mengagumkan. Sebab pada mulanya saya menganggap Nasi Kandar Beratur ini merupakan sebuah restoran menjual nasi kandar yang besar. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Nasi Kandar Beratur hanya merupakan sebuah gerai nasi kandar yang kecil dan biasa-biasa sahaja.

nasi kandar beratur 3
nasi kandar beratur 3

Disebabkan perut sudah kenyang diisi dengan Laksa Janggus, kami ambil keputusan untuk tapau sahaja Nasi Kandar Beratur. Lagipun jarak antara Penang dan Ipoh cuma di sekitar 160 kilometer dan hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 1 jam 50 minit.

Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang
Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang

Sebaik tiba di Ipoh, perut sudah kembali lapar dan tanpa membuang masa saya terus mengadap nasi kandar beratur.

Komen saya, rasanya memang sedap dan kena dengan citarasa seorang penggemar nasi kandar seperti saya. In Sya Allah, jika berkesempatan ke Penang, saya akan mencuba lagi Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang ini.

Jika anda seorang penggemar nasi kandar, saya sarankan supaya anda merasai keenakan Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang ini. Seperti yang telah dinyatakan, lokasinya berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling di Penang.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *