Berat Badan – Naik Senang Tapi Turun Susah

Sebenarnya lepas raya ni ada satu masalah yang paling aku menyampah. Masalah ini nampak kecil tapi ia sebenarnya memang besar bagi aku. Sebab aku dah cuba untuk mengatasinya tetapi apa yang jelas sekali adalah saya GAGAL.

Masalah ini cukup sinonim dengan aku yang dari dulu lagi berjuang. Berjuang tidak kira masa dan yang lebih menyedihkan lagi, roihani aku cukup lemah untuk mendapatkan apa yang telah aku perjuangkan.

rutin

Iya. ini bukan masalah duit (sebab masalah duit memang takkan lari dari kita)… sebaliknya ini masalah BERAT BADAN. Dalam keadaan yang sungguh stress ini, ia cukup membuatkan aku rindu kembali kepada Ramadhan.

Mungkin ada yang akan kata “bukan berat badan yang dikejar, tapi fadhilat Ramadhan”… aku tidak nafikan tentang hal itu, tapi rutin bulan Ramadhan tu cukup untuk membuatkan badan aku sihat dan cergas. Pagi makan sikit saja, dan lepas tu badan jadi ringan. Walaupun haus, nanti masa berbuka baru minum balik.

Lepas tu malam pergi terawikh. Skill yang ada kat sini, kalau nak terawikh dalam keadaan yang elok, janganlah bantai makan bagai nak rak masa berbuka. Kalau penuh perut, memang tak ke mana perut tu masa sujud nanti.

So nak tak nak, kenalah makan sket je sebelum terawikh. Jadinya terawikh nanti… badan punyalah fit, selesa lagi.

Sampai satu masa dalam bulan Ramadhan, berat badan aku turun ke 79 kilogram. Pada aku itu dah cukup baik walaupun berat badan yang aku nak 72 kilogram.

Tapi sekarang semuanya dah hancus. Lepas je raya sampailah ke hari ini, berat badan aku dah naik ke 83 kilogram. 4 kilo naikkkk…. memang tension tahap gaban.

Apa pun, macam yang aku kata kat atas tadi… masalah ini cukup sinonim dengan aku. Sebab masalah ini timbul bukan disebabkan orang lain… tapi dari diri sendiri. Diri sendiri yang takde disiplin.

Nak buang 4 kilogram dari badan… ibarat nak buang satu kampit beras 5 kilogram yang kita beli di kedai runcit dari badan kita. Memang pelik tapi itulah jangkaan kasar yang kita tak perasan. Nampak tak?

So sekarang ni aku nak buat satu rutin sendiri selama sebulan bermula dari esok. Mungkin jadi atau mungkin juga tidak. Tapi aku nak cubalah…. sebabnya aku dah tak pergi gym lagi.

Apa pun, sekurang-kurangnya rutin tu dapat membuatkan aku menulis di blog ini setelah sekian lama dihimpit masalah MALAS. Dipendekkan cerita, aku nak buat satu laporan harian untuk pembaca blog ini.

Kalau ada sesiapa yang nak follow, jomlah kita turunkan berat badan ramai-ramai. Manalah tau kalau ada yang di antara kalian yang berat badan dah naik… bolehlah kita buat sama-sama… ye tak?

Nak Kuruskan Badan Boleh?

Anda mempunyai masalah berat badan? Aku pernah melihat orang atau jurujual yang menjual apa yang dikatakan ubat yang boleh menurunkan berat badan, atau ubat kurus lah. Tah macam-macam di canangnya, boleh turunkan berat badan lah, boleh kuruslah dan macam-macam lagilah.

Lagipun orang yang menjual ubat nih memang pandai menggunakan kata-kata untuk mematikan jawapan dari mangsanya. Menyebabkan akhirnya mangsa itu akan dengan mudah mengeluarkan wang dan membelinya tanpa menyiasat apakah betul dakwaan jurujual itu.

Pokok utama kenapa anda menjadi gemuk, memerlukan jawapan dari anda sendiri. Antara faktor-faktor yang utama yang membawa kepada kegemukan kepada anda ialah:

1. Diet makanan seharian – pemakanan seseorang yang gemuk selalunya memakan makanan yang manis, berlemak (seperti daging ayam) dan mengandungi kaborhidrat yang tinggi. Semua ini penyumbang kepada kegemukan yang nyata. Ini kerana lebihan gula akan ditukarkan kepada lemak dan begitu juga karbohidrat akan dipecahkan menjadi lemak supaya dapat disimpan.

2. Faktor keturunan – jika kita lihat dalam rangkaian salahsilah keturunan seseorang akan ada ahli keluarga yang mempunyai masalah berat badan. Maka tidak hairanlah jika anda mungkin akan menjadi pembawa genatik tersebut.

3. Faktor penyakit – mungkin anda mengidap penyakit yang tidak atau belum dikesan.

4. Faktor kesan sampingan – jika anda mengambil ubat untuk penyakit anda yang tertentu bagi tempoh yang berterusan mungkin akan menyebabkan ketidak seimbangan keatas nisbah serapan zat mineral yang akan mengakibatkan kegemukan.

Jika anda dapat mencari jawapan apakah penyebab kepada kegemukan anda, mungkin anda perlu mengatasi masalah itu dengan mengubah cara hidup dan diet anda. Ia memerlukan kesabaran dan keyakinan diri yang tinggi keranan ujian berhadapan dengan makanan yang lazat-lazat masa kini amatlah berat dan teruja.

#P/S: Amalan berpuasa selalu dapat membantu menurunkan berat badan dengan syarat berbukan ala kadar dan kurangkan makan waktu malam.

Perut Hudoh

Biasa mendengar perkataan ‘Perut Hudoh’? mungkin bagi mereka yang berasal atau pernah menetap di negeri pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu biasa mendengar dua patah perkataan ini, secara asasnya perkataan perut hudoh bermaksud seseorang yang mempunyai bentuk perut yang tidak menarik sama ada terlalu buncit, atau perut penuh dengan lebihan lemak atau mungkin juga perut yang mempunyai penuh parut seperti panau, kurap, parut luka dan sebagainya.

perut huduh
perut huduh

Pengertian pertama tadi mungkin jarang digunakan oleh sesetengah masyarakat Kelantan, bagi perkataan ‘perut hudoh’ ini lebih kerap disamakan dengan seseorang yang mempunyai perasaan khianat dan jahat dalam tingkah laku perbuatannya, ataupun mempunyai hati yang busuk serta mempunyai tujuan dan agenda tersendiri dalam setiap perbuatan dan tingkah lakunya.

Dan penulis percaya dalam kehidupan seharian memang terdapat individu yang mempunyai sifat ‘Perut Hudoh’ ini, dan kebiasaannya individu sebegini pandai melakonkan watak-watak baik, alim dan mesra terhadap mangsa yang sudah dikenalpasti, individu seperti ini hanya menunggu mangsa dan saat yang sesuai sahaja untuk bertindak merampas, menguasai dan seumpama dengannya apabila peluang tersebut muncul.

Dan kebiasaannya mereka yang Perut Hudoh ini bukannya individu jauh atau orang lain daripada mangsanya, dalam banyak-banyak kes ianya berlaku di kalangan saudara mara, sahabat handai dan rakan karib.

Kenapa penulis menulis entry sebeginipada petang-petang hari begini? kerana penulis baru sahaja mendapat perkhabaran daripada kampung penulis mengenai adanya gejala perut hudoh sedang berlaku terhadap kepentingan penulis dan ahli keluarga penulis di kampung, dan macam yang disebutkan di atas, si pelaku perut hudoh tersebut bukanlah orang lain malahan di kalangan saudara mara sendiri.

Dan bila difikirkan lama-lama, memang jelas setiap tindakan individu terlibat yang seakan-akan baik selama ini ternyata mempunyai motif lain sebenarnya.

Apa-apa pun lebih baik memiliki perut yang hudoh dari segi fizikal dan luaran daripada memiliki fizikal dan luaran yang cantik tetapi busuk dan hodoh di dalamnya.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Berat Badan – Naik Senang Tapi Turun Susah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *