Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelaburan ASB : Untung Atau Rugi?

Selepas membuat satu pembayaran di Maybank, tetiba mataku tertarik pada katalog berkaitan jadual pinjaman ASB Maybank. Jadi aku pun belek – belek la jadual pembayaran tu untuk pinjaman RM200,000 selama 20 tahun. Jadi pembayaran bulanan ialah RM1315.00 sebulan berdasarkan kadar pinjaman asas 6.6%.

Pelaburan ASB

Pelaburan ASB

Cara Kira Keuntungan Pelaburan ASB

RM1315.00 X 12 bulan = RM15780.00 —– jumlah bayaran untuk setahun

Jumlah Dividen pada tahun 2011 ialah 8.8% jadi RM200,000 X 8.8% = RM17600

Jumlah keuntungan yang diperolehi = RM17600 – RM15780 = RM1820

Jadi aku buat anggaran untuk dividen pada tahun 2012 ialah 8% jadi,

RM200,000 X 8% = RM16000

Anggaran keuntungan ialah RM16000 – RM15780 = RM220.00 —– untung tak?

Dividen tu dikira untuk cover balik modal yang dikeluarkan. Itu aku kira dividen 8% saja.

Apa yang aku faham pegawai bank tu cakap installment bulanan dengan RM1,315 tu tidak dianggap sebagai komitment kerana bank akan ambik balik sijil RM200,000 kalau kita tak mampu untuk bayar balik. Lagipun, RM200,000 tu akan menjadi milik waris kita sekiranya kita meninggal dunia dan mereka tidak perlu membuat installment lagi..

Beza personal loan dengan Pelaburan ASB melalui pinjaman

Jom fikir sejenak sebelum membuat keputusan…

Sebelum nie kita pernah membuat personal loan kan umpamanya RM30,000 selama 20 tahun dan installmentnya lebih kurang RM350(maaf saya cuma membuat anggapan yang agak-agak jer).

Boleh kita cuba guna strategi seperti nie. Kita buat pinjaman peribadi atau personal loan RM30,000 tetapi kita ambik RM15,780 untuk buat pelaburan ASB dengan membayar installment selama setahun sekaligus. Jadi kita tak perlu guna duit gaji kita untuk bayar loan ASB tu langsung. Apa yang diperlukan adalah kita hanya bayar RM350 installment personal loan jer. Jadi, adakah kita akan untung jika kita loan RM200,000 dengan cuma perlu membuat bayaran RM350 jer setiap bulan?

Lepas buat bayaran pinjaman ASB untuk tahun pertama dengan menggunakan duit personal loan RM15,780, balance masih ada lagi RM14,220(boleh enjoy dengan belanja balance tu la). Kita juga boleh buat payment dulu untuk setahun kalau tidak mahu bayar secara monthly installment.

Tahun kedua bayar loan ASB guna dividen tahun pertama iaitu RM16,000. Jumlah untung setelah bersih ialah RM220(dividen 8%).

Kesimpulannya kita hanya bermodal RM15,780 jer untuk dapatkan RM200,000 pada 20 tahun akan datang dengan monthly installment lebih kurang RM350 sebulan(bayar balik untuk personal loan).

Dengan skim macam ini, berbaloikah? Adakah untung atau rugi untuk membuat pelaburan ASB tu? Bagi saya, pelaburan ini nampak untung la, sesiapa yang cakap tak untung mungkin dia tak pandai membuat kiraan kot?

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh