Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah agensi pelaburan yang menjamin keuntungan dan pengawalan risiko yang baik. PNB yang ditubuhkan diatas inisiatif membantu rakyat Malaysia kepada minat melabur, telah menubuhkan pelbagai portfolio pelaburan yang terjamin dan memberi pulangan positif kepada setiap pelaburan. Antaranya ialah melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dijadikan modus operasi pelaburan yang selamat.
Melabur Dengan Pinjaman ASB
Dengan kewujudan pinjaman tersebut, ia menjadikan satu pinjaman yang boleh menjanakan keuntungan yang lumayan di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkannya untuk melabur kerana ia memang satu bantuan kewangan yang diberikan untuk memudahkan anda membuat pelaburan scara selamat dan konsisten.
Pelaburan ASB boleh terus dilanggan secara tunai dari agensi ASB yang berdaftar, dengan membuka akaun dan membeli harga unit serendah RM10 Sehingga RM250,000.00 setiap akaun.
Dengan jaminan pulangan serta pelaburan yang konsisten, ASB adalah pelaburan yang perlu direbut oleh setiap rakyat Malaysia.
Namun, bagaimana kita ingin merebut peluang ini dengan segera? Untuk melabur serendah RM50,000 dalam masa yang singkat mungkin menjadi halangan. Jesteru, sebagai menyokong usaha ini; banyak agensi kewangan (bank) membantu memberi kemudahan pinjaman untuk dilaburkan ke ASB.
Dapat ASB Loan dari Bank-Bank yang Menawarkan Pinjaman Tersebut
Terdapat beberapa bank di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan untuk menawarkan pinjaman ASB. Antara institusi bank yang boleh anda membuat pinjaman tersebut termasuk CIMB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional(BSN) dan RHB Bank. Pinjaman yang anda layak mohon adalah sampai ke tahap RM200,000 dan anda boleh membuat bayaran balik sampai 30 tahun.
Disiplin simpanan adalah kunci dalam kejayaan pelaburan ASB setiap pelaburan. Pinjaman yang dibuat ini akan terus di simpan ke akaun ASB anda dan bayaran pinjaman dipotong setiap bulan oleh pihak Bank.
Contoh:
Pinjaman dari Bank A sebanyak RM50,000 untuk ASB selama 5 tahun. Kemudian nilai pelaburan ASB RM50,000 akan dibeli atas Nama anda. Setiap tahun anda akan peroleh keuntungan 6% (anggaran) dari nilai pelaburan tersebut.
Pinjaman RM50,000 yang dipinjam dari Bank perlu dibayar secara ansuran berdasarkan tempoh yang dipersetujui.
Ingat, setiap tahun anda hanya boleh keluarkan dividend dari ASB sahaja. Bukan yang RM50,000 itu ya.
Untuk menikmati kemudahan ini, anda boleh terus ke mana-mana bank yang berdaftar untuk membuat pinjaman ASB.
Pinjam atau Beli Dengan Wang Tunai?
Patutkah saya beli unit ASB dengan wang tunai atau meminjam untuk membeli unit ASB? Anda perlu ada rancangan yang baik sebab ini akan menentukan kadar pulangan daripada pelaburan ASB anda.
Jika anda membeli unit ASB dengan wang tunai, anda akan mengutip dividen lebih kurang 7.25%. Macam ini ia tidak memberikan anda leverage sebab anda bukan meminjam untuk melabur.
Sebaliknya, sekira anda membeli unit ASB dengan pinjaman ASB, anda akan dapat meningkatkan kadar pulangan anda lebih daripada 10% setahun kerana leverage terlibat. Seperti yang kita bincang di atas tadi, ia adalah mungkin bagi Bumiputera untuk memohon pinjaman ASB pada kadar antara 5.10% – 5.35% dengan tempoh maksimum 30 tahun untuk melabur dalam unit ASB yang membayar 7.25% dividen setahun.
Maka ia adalah lebih bijak bagi anda pinjaman untuk melabur dalam ASB daripada beli secara wang tunai.
ASB Agih Dividen Pada Blogger
Mesti terdapat ramai antara kawan-kawan blogger kita ni yang membaut pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera(ASB). Betul kan? Jadi mesti ada antara anda yang sudah tidak rasa sabar untuk tunggu meraih keuntungan pada tahun depan.
Bagi aku, pelaburan ini bukan sesuatu rahsia di mana aku sudah tiga tahun membuat pinjaman untuk melabur masuk ke ASB ini. Kiraan keseluruhan pinjaman yang aku buat adalah sebanyak RM 50,000. Sekarang ni sudah nak masuk tahun ke empat berkira dari masa permulaan aku melabur dalam ASB ni.
Rugikah Buat Pinjaman Untuk Labur dalam ASB?
Ada sesetengah orang kata bahawa membuat pelaburan dalam pinjaman untuk ASB ini adalah satu pelaburan yang rugi, sebab kita kena bayar dengan wang yang lebih kepada bank yang bagi kita pinjaman duit tu.
Perkiraan matemaki aku bukan pandai sangat, jadi aku tidak fikir terlalu banyak. Apa yang aku buat cuma ambil duit yang boleh saya dapat dan masukkan untuk pelaburan saja dulu, tidak perlu khuatir terlalu banyak perkara.
Itupun sebab bos tempat kerja lama aku dulu yang paksa aku masuk untuk berlabur. Kalau tak haram aku tak masuk, mana nak cekau duit bayar masa tu.
Bos pada masa itu kata boleh labur dengan membuat potongan gaji bulanan aku. Jadi aku tiada pilihan dan tidak fikir dengna banya, aku ikut apa yang dicadangkan oleh bos saja.
Selepeas dah tandatangan kontrak untuk membuat pelaburan, pelaburan aku dimulakan seterusnya. Dengan itu gaji aku kena potong sebanyak RM300+ setiap bulan untuk labur ke dalam ASB. Sabar punya pasal sekarang dah 3 tahun aku melabur dalam ASB yang saya mulakan dengan ikut apa yang bos aku cadangkan.
Sedar tak sedar dividen yang aku kumpul sudah cecah lebih kurang RM 11,000 dari tahun pertama sampai sekarang. Aku rasa amat nasibnya aku ada buat pelaburan ini dengan mengikuti cadangan daripada bos ku. Sekarang setiap kali bila aku buka dan tengok buku ASB aku boleh senyum dengan senang hati.
Sendiri Jadi Taukeh
Tahun ni aku berhenti kerja sebab aku sudah rasa tidak seronok dengan kerja yang aku buat sepanjang masa ni. Aku mula untuk membuat perniagaan sendiri sekarang dengan membuka sebuah kedai runcit yang kecil. Hehehe, tak pernah aku berhasrat untuk jadi usahawan tapi sekarang jadi pula.
Raya puasa tahun ni aku dengan ahli lembaga syarikat yang terdiri dari mak dan abang aku. Hehehe (termasuk aku le tu) kami buat Kuih Bangkit yang merupakan kuih tradisional di rantau ini.
Alhamdullilah berkat usaha dan kesabaran melalui pelbagai rintangan dapat le untung kasar dalam RM70,000 dan ditipu oleh orang dalam RM16,000. Memang satu pengalaman yang baik yang dapat dibelajari oleh aku tu.
Lepas rasa sedih dan fikir untuk beberapa hari. Aku ceriakan aku sendir dengan bercakap kepada sendiri bahawa tak apalah, apa yang sudah lalu biarkan lalu saja. Apa yang penting adalah bangkit dan berjuang dengan bersemangat.
Jadi aku pun tambah pelaburan ASB aku dengan duit yang dapat tadi dalam RM15,000. Dengan pelaburan yang baru, jadi dalam buku ASB aku sekarang sudah meningkat kepada RM26,000. Aku rasa amat bestnya. Aku tak pasti sama ada dividen yang mereka kira atau tidak untuk tahun yang akan datang.
Yang aku tahu RM15,000 daripada duit aku sendiri tambah dengan RM50,000 dari pinjaman yang aku buat dulu, maka target aku tahun depan adalah untuk mendapatkan RM50,000 duit sendiri.
Sebab aku sudah masuk RM12,000 secara berperingkat dalam SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM) untung–untung boleh dapat BMW (kalau ada rezeki) dapat jual dengan lebih banyak duit masuk dalam ASB. Macam ini pelaburan aku akan semakin meningkat dari tahun ke tahun, dan dividen yang dapat juga akan jadi lebih banyak dari tahun ke tahun. Dengan ini bolehlah aku jadi senang dengan dapat wang untuk belanja pada masa kelak.. hehehe..
Kalau target aku adalah untuk dapat pelaburan aku sebanyak RM100,000 (termasuk pinjaman loan ASB) jadi kalau setahun dapat keuntungan 7%, maka aku boleh dapat RM7,000. Keuntungan ini memang bagus sebagai pendapatan pasif yang boleh aku pakai untuk buat hal lain. Macam ini betul-betul rasa best…
Pinjaman loan ASB ni yang bestnya adalah kalau aku mati waris aku masih boleh dapat RM50,000 yang aku pinjam tadi tanpa perlu membuat bayaran balik. Jadi bila umur aku sudah masuk 40 lebih aku sudah boleh dapat berapa? Emmm tak dapat aku kira sekarang.. (sebab tak reti nak kira formula dia) hehehe.. yang penting melabur adalah satu aktiviti mengutip wang untuk masa depan.. tak sabar tunggu bulan 1.. boleh update buku… syukur….
Pelaburan ASB : Untung Atau Rugi?
Selepas membuat satu pembayaran di Maybank, tetiba mataku tertarik pada katalog berkaitan jadual pinjaman ASB Maybank. Jadi aku pun belek – belek la jadual pembayaran tu untuk pinjaman RM200,000 selama 20 tahun. Jadi pembayaran bulanan ialah RM1315.00 sebulan berdasarkan kadar pinjaman asas 6.6%.
Cara Kira Keuntungan Pelaburan ASB
RM1315.00 X 12 bulan = RM15780.00 —– jumlah bayaran untuk setahun
Jumlah Dividen pada tahun 2011 ialah 8.8% jadi RM200,000 X 8.8% = RM17600
Jumlah keuntungan yang diperolehi = RM17600 – RM15780 = RM1820
Jadi aku buat anggaran untuk dividen pada tahun 2012 ialah 8% jadi,
RM200,000 X 8% = RM16000
Anggaran keuntungan ialah RM16000 – RM15780 = RM220.00 —– untung tak?
Dividen tu dikira untuk cover balik modal yang dikeluarkan. Itu aku kira dividen 8% saja.
Apa yang aku faham pegawai bank tu cakap installment bulanan dengan RM1,315 tu tidak dianggap sebagai komitment kerana bank akan ambik balik sijil RM200,000 kalau kita tak mampu untuk bayar balik. Lagipun, RM200,000 tu akan menjadi milik waris kita sekiranya kita meninggal dunia dan mereka tidak perlu membuat installment lagi..
Beza personal loan dengan Pelaburan ASB melalui pinjaman
Jom fikir sejenak sebelum membuat keputusan…
Sebelum nie kita pernah membuat personal loan kan umpamanya RM30,000 selama 20 tahun dan installmentnya lebih kurang RM350(maaf saya cuma membuat anggapan yang agak-agak jer).
Boleh kita cuba guna strategi seperti nie. Kita buat pinjaman peribadi atau personal loan RM30,000 tetapi kita ambik RM15,780 untuk buat pelaburan ASB dengan membayar installment selama setahun sekaligus. Jadi kita tak perlu guna duit gaji kita untuk bayar loan ASB tu langsung.
Apa yang diperlukan adalah kita hanya bayar RM350 installment personal loan jer. Jadi, adakah kita akan untung jika kita loan RM200,000 dengan cuma perlu membuat bayaran RM350 jer setiap bulan?
Lepas buat bayaran pinjaman ASB untuk tahun pertama dengan menggunakan duit personal loan RM15,780, balance masih ada lagi RM14,220(boleh enjoy dengan belanja balance tu la). Kita juga boleh buat payment dulu untuk setahun kalau tidak mahu bayar secara monthly installment.
Tahun kedua bayar loan ASB guna dividen tahun pertama iaitu RM16,000. Jumlah untung setelah bersih ialah RM220(dividen 8%).
Kesimpulannya kita hanya bermodal RM15,780 jer untuk dapatkan RM200,000 pada 20 tahun akan datang dengan monthly installment lebih kurang RM350 sebulan(bayar balik untuk personal loan).
Dengan skim macam ini, berbaloikah? Adakah untung atau rugi untuk membuat pelaburan ASB tu? Bagi saya, pelaburan ini nampak untung la, sesiapa yang cakap tak untung mungkin dia tak pandai membuat kiraan kot?
Artikel berkaitan: