Skim Pinjaman TEKUN Yang Ditawarkan Oleh Kerajaan

TEKUN adalah kata pendek untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga. Dulu institusi ini lebih dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Ia adalah satu agensi di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dan sekarang ia sudah dijadikan nama TEKUN Nasional.

pinjaman tekun

Tujuan bagi kerajaan Malaysia menubuhkan agensi ini adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada semua bumiputera yang ingin memulakan perniagaan atau memajukan lagi bisnes mereka. Pinjaman ini boleh dimohon oleh banyak perniagaan peribadi termasuk mereka yang uruskan ladang tani, ternak lembu & kambing, wanita suri rumah, buat rumah, buka kedai rumah, oku, graduan, siswazah, pesara tentera, perniagaan online, ibu tunggal, bisnes food truck, dan sebagainya.

Kenapa Buat Pinjaman dari TEKUN dan bukan Bank?

Kebanyakan bank hanya akan memberikan pinjaman perniagaan kepada perniagaan persendirian/individu yang sudah buat bisnes dengan minimum 3 tahun (36 bulan) dan mempunyai rekod & penyata akaun sebagai bukti. Sudah tentu rekod-rekod itu perlu mengagumkan bank untuk luluskan pinjaman.

Jika rekod akaun tidak bagus, walaupun anda mempunyai 5 tahun rekod perniagaan, cukup pasti pinjaman anda tidak akan diluluskan.

Jadi, dengan sebab ini ramai peniaga sudah tukar untuk mendapatkan pinjaman TEKUN yang mempunyai syarat-syarat bukan sangat ketat seperti bank.

Hukum, Syarat-Syarat & Kelayakan Untuk Memohon

  • Pemohon mesti seorang warganegara Malaysia Bumiputera
  • Pemohon mesti di antara umur 18 – 45 tahun
  • Pemohon mesti memiliki sijil pendaftaran Suruhanjaya Malaysia (SSM)
  • Pemohon mesti membuat bisnes sepenuh masa
  • Pemohon perlu sediakan rangka pelan perniagaan yang padat dan ringkas
  • Pemohon diminta untuk mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman sebagai komitmen untuk berniaga. (Syarat ini dikecuali bagi pemohon di kalangan siswazah)
  • Dokumen-dokumen perniagaan tertentu yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional perlu disediakan
  • Tidak layak bagi seseorang yang diisthiyarkan muflis atau bangkrap

Jika anda kena blacklist oleh bank atau CTOS, anda juga boleh cuba untuk memohon. Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tertentu, anda juga layak untuk dapatkan pinjaman itu.

Laman Rasmi

Laman URL: https://www.tekun.gov.my

Alamat:
TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tel: 03-9059 8888
Emel: [email protected]

Tempoh Kelulusan

Tempoh untuk mendapat kelulusan untuk pinjaman adalah tertakluk kepada skim yang dimohon dan jumlah yang dipinjam.

Berapa lama proses?

Biasanya ia akan ambil masa dari 7 sampai 30 hari untuk dapat kelulusan.

Jadual untuk Jenis Skim Pinjaman Yang Ditawarkan

skim pinjaman tekun

Jadual Bayar Balik Setiap Bulan

proses bayaran tekun

Selain daripada ini, juga terdapat skim pembiayaan usahawan bagi bekas tentera yang ingin menjalani perniagaan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera dan PERHEBAT. Maklumat selanjut boleh didapat di sini.

Mohon Tanpa Halangan dari Pemimpin Politik

Sebelum ini, proses kelulusan pinjaman memerlukan mengesyorkan daripada pemimpin politik melalui agen. Sekarang bagi mereka yang memohon pinjaman TEKUN tidak perlu lagi mendapatkan tandatangan daripada mana-mana pemimpin parti politik seperti apa yang diamalkan sebelum itu.

Keputusan itu dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan birokrasi dan gangguan politik dalam proses kelulusan pinjaman. Oleh itu TEKUN Nasional boleh terus maju dan memberikan perkhidmatan cepat dan servis yang bagus kepada rakyat.

Mekanisme kelulusan pinjaman yang paling sesuai adalah melalui ketua kampung yang akan menentukan kelayakan pemohon. Mungkin terdapat keperluan pinjaman TEKUN untuk melewati kepala kampung. Saya masih ingat banyak cerita dari bank bahawa pinjaman diberikan kepada orang Melayu di kampung.

Elakkan Salah Guna Pinjaman TEKUN Ini

Walaupun pinjaman tersebut bertujuan untuk membantu peniaga yang perlukan bantuan wang untuk bisnes mereka, tetapi ada juga orang yang berjaya memohon pinjaman itu dan salah guna atas perkara yang lain.

Pernah dengar cerita dari seorang banker berkata bahawa terdapat satu golongan peniaga dari sebuah kampung yang telah berjaya memohon pinjaman TEKUN berkumpulan dari bank mereka. Tapi setiap tahun mereka melaporkan bahawa perniagaan mereka telah dijalani dengan baik dan meminta lebih banyak pinjaman untuk pengembangan perniagaan.

Walau bagaimanapun, mereka sentiasa menangguhkan bayaran balik ansuran sambil meminta lebih banyak wang dan sesetengahnya langsung tidak bayar balik pembiayaan. Akhirnya, pihak bank memutuskan untuk membuat lawatan dan menilai keadaan sendiri.

Para bankir terkejut bahawa sebenarnya mereka mendapati tidak ada perniagaan langsung yang dijalankan. Apa yang didapati adalah rumah besar, perabot mewah, dan kereta baru.

Oleh itu, adalah satu perkara yang bijak untuk mengetahui latar belakang sesuatu cadangan sebelum memberikan pinjaman TEKUN kerana banyak sebab latar belakang dari pemohon yang tidak dipublikasikan.

Cara Bayar Balik

Selepas kelulusan, anda perlu mula untuk membuat bayaran balik setiap bulan. Anda boleh semak status pinjaman TEKUN atau semak baki pinjaman TEKUN Nasional di portal TEKUN untuk mengetahui amaun yang perlu anda bayar.

Bolehkan saya membuat permohonan pinjaman tekun atas talian?

Tidak. Pihak berkenaan tiada kemudahan seperti ini lagi di portal mereka. Anda perlu ambil borang permohonan untuk isi dan sediakan kesemua dokumen yang diperlukan.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan pembiayaan Tekun Nasional dari mana-mana Pejabat Wilayah TEKUN Nasional, Pusat Perniagaan TEKUN, TEKUN Mobile Van atau di mana-mana Ekspo yang TEKUN Nasional mengambil bahagian.

Apa kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman ini?

Kadar faedah yang dikenakan atas peminjam adalah 4% setahun.

Perlu penjamin(guarantor) atau cagaran?

Tidak. Ini adalah pinjaman tidak bercagar dan tidak perlukan penjamin.

One Comment on “Skim Pinjaman TEKUN Yang Ditawarkan Oleh Kerajaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *