Adakah anda tahu bahawa apa yang kita buat di awal pagi, akan memberi kesan sehingga ke petang hari?
The power of SMILE… anda perlu rasakan perkara yang sangat power ini bila anda lakukan. Walaupun ia cukup mudah dilakukan, tapi kesannya sangat menakjubkan.

istikhara for husband wife
Bagaimana untuk membuatkan anda tersenyum?
1. Menolong orang lain
Ini adalah antara perkara kegemaran saya. Bantu sahaja orang lain dalam apa-apa keadaan pun. Membantu kawan anda membeli barangan dapur, membantu orang tua melintas jalan. Membantu kawan siapkan assignment.
Percayalah, kepuasan yang sangat akan anda dapat.
2. Keluar dari rumah
Tidak kira anda jenis yang tidak suka keluar rumah. Bila anda keluar, memijak rumput dan menghirup udara segar di pagi hari, akan membuatkan anda tersenyum.
3. Belai diri anda dengan makanan kesukaan anda
Anda suka coklat? Anda suka pizza? Belai diri anda dengan beli dan makan makanan yang ada suka. Bila anda suka hormon dopamine akan dirembeskan oleh otak. Anda akan merasa sangat segar nanti.
4. Solat
Mula berkomunikasi dengan Allah. Percaya ini adalah momen yang sangat bernilai. Anda akan rasai ketenangannya. Solat memberikan anda satu ketenangan yang sukar untuk digambarkan.
5. Simpan gadget anda
unplugggg!! Putuskan sebentar diri anda dengan dunia internet dan online. Ada kajian mengatakan penggunaan device yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan, kurang tidur dan stres. Tinggalkan sebentar dunia online, hidup lah di alam realiti.
6. Petik bunga
Anda boleh beli bunga di kedai bunga. Mungkin suami anda kata, membazirkan sahaja beli bunga nanti dia akan layu dan mati. Tetapi jika ada seseorang memberikan sejambak bunga pada anda… apa yang berlaku?? Senyuman lebar akan terukir.
7. Dengar
Dengar apa? Dengar apa yang orang cakap? Bunyi hujan? Bunyi burung-burung? Pergilah ke satu tempat yang sunyi dan dengar sajalah bunyi-bunyi alam semulajadi yang amat mengagumkan.
8. Minum minuman kegemaran anda
Mungkin kadang-kadang anda terhidrasi. kembalikan bendalir badan anda dengan minum air banyak. Adalah lagi bagus untuk minum minuman yang kurang manis dan memberikan anda tenaga seperti performance drink Shaklee.
9. Cari sumber inspirasi
Anda boleh buat carian dalam Google untuk kata-kata motivasi daripada internet. Anda juga boleh membaca buku-buku tulisan penulis yang hebat. Anda akan rasakan, satu tenaga akan mengalir di dalam diri anda.
10. Meditasi
Fokus kepada pernafasan anda.
Tumpu perhatian kepada fikiran anda. Perhatikan apa yang anda fikir sepanjang hari ini.
Fokus kepada emosi anda. Apa yang anda rasa selama ini? Gunakan momen ini untuk memperbetulkan apa yang anda fikir dan apa yang anda rasa.
Ok…. semua ni adalah baik untuk anda merawat anda sendiri. Sayangilah diri anda sebaik-baiknya. Dengan sayangi diri sendir, percayalah ini akan memberi sinar untuk anda sepanjang hari.
Leave a Reply