Kali ini saya nak kongsi tentang benda lain dari yang lain boleh? Selama ni saya selalu tulis pasal Shaklee jer kan. Nak buat macam mana, blog ni memang medium saya ‘cari makan’ dengan bisnes online Shaklee pun. Ahaks
Alhamdulillah
Bonus Shaklee bulan Mei dah masuk minggu lepas. Seperti biasa, bila dapat bonus Shaklee saya akan ambil sedikit dari bonus 4 angka yang saya dapat tu ke dalam pelaburan portfolio saham saya.
Syukur alhamdulillah, sebab seawal umur 20-an saya dah belajar dan telah didedahkan tentang saham. Nasihat saya, sebelum melabur dalam pasaran saham, cuba kumpul ilmu sedikit demi sedikit dulu.
Lepas tu berkawan dengan mereka yang dah melabur saham dan cari mentor kalau anda betul-betul serious nak melabur saham.
Saya tertarik nak kongsi tentang saham di blog saya ini sebab saya rasa bangsa melayu sangat ketinggalan dalam pelaburan saham. Ada memang ada, tapi sangat sedikit jika dibandingkan dengan bangsa Tiong Hua.
Saya masih baru dalam arena ini, tapi saya suka sangat nak berkongsi tentang apa yang saya tahu tentang saham walaupun ia sedikit. InsyaAllah sedikit sebanyak semoga bermanfaat kepada semua sebab kalau saya tak kongsi, siapa lagi bangsa saya yang sudi nak berkongsi. Ya tak?
Ok. Sebelum saya tunjuk cara nak mohon IPO di Maybank2u. Kita mesti tahu apa itu IPO? Dalam bahasa melayu, IPO bermaksud saham terbitan awam.
Kenapa wujud IPO? Ok. Dia macam ni. Katakan lah syarikat Pak Mat ada 1 je cawangan kedai jual tayar. Lepas tu dia nak kembangkan lagi bisnes dia dengan buka banyak lagi cawangan kedai tayar di tempat lain tapi pak mat ada kekangan dari segi kewangan.
Jadi, dia pun buka peluang kepada orang awam untuk sertai syarikat dia dengan bagi modal kepada dia untuk kembangkan bisnes itu. Bila ada untung, keuntungan itu akan di bahagikan kepada pelabur yang tolong bagi modal kepada dia tadi.
Sebelum masuk ke dalam ‘main market’ atau ‘ace market’ (atau bahasa senang, sebelum masuk ke dalam bursa malaysia) syarikat baru wajib buat IPO dulu iaitu dengan menawarkan saham kepada orang awam (macam early bird kot. hihi)
Sebab biasanya harga saham IPO lebih murah berbanding selepas hari pertama di senaraikan di dalam Bursa Malaysia. (tak semestinya tapi mostly begitu)
Bagi bangsa melayu, kita special sikit sebab kita boleh mohon IPO melalui MITI sebab ianya khas untuk bumiputera sahaja. Jadi, tak perlu bersaing dengan bangsa lain. Tapi masalahnya sekarang, bangsa kita tahu ke kelebihan yang kita ada ini?
Bagi mereka yang mohon melalui MITI, bukan 100% mereka yang mohon akan dapat, tapi % yang dapat lagi tinggi dan lagi senang nak dapat. Ok, katakanlah kita dah mohon tapi masih tak dapat. Jangan risau, kita boleh lagi mohon melalui Maybank2u, ATM dan sebagainya.
Tapi susah sikit nak dapat sebab kena berebut dengan bangsa lain sebab undian secara random akan di buat. Tiada pilih kasih dan bias bahkan penggunaan ‘kabel’ tidak dapat menolong kita di sini. Tapi, apa yang saya perhatikan. % orang yang mohon dalam kuantiti unit yang banyak akan tinggi % mereka untuk dapat.
Bagi saya, try je lah. Tak dapat pun tak apa. Duit akan dikembalikan. Boleh beli masa ‘murah’ di Bursa Malaysia nanti selepas saham itu di senaraikan di sana nanti.
Faham ke faham? Itu secara umum ye.
Contohnya, ni keputusan IPO boustead plantation hari itu. Saya ada mohon jugak, tapi tak dapat.

Ok. Finally kita sampai ke tajuk utama blog post ini. mhuahaha.
Hari itu saya mohon IPO icon Offshore Berhad. Mohon sikit jer dalam 3 lot.
Senang saja nak mohon IPO melalui Maybank2u ni. Mindset kita selalu anggap susah sebab kita tak tahu, kita tak ada ilmu dan tidak mahu ambil tahu. Sebab tu kita rasa susah. (sedikit motivasi di sini. :P)
Mula-mula kita login di maybank2u.com.my
Bila dah masuk ke paparan utama, klik kat bahagian ‘Investment’ dan page akan muncul macam ni kan?

Klik ‘eShare’
Lepas tu page akan muncul macam ni kan?

Sepatutnya click kat bahagian ‘IPO Application’
Disebabkan sekarang tiada IPO maka saya tak snap gambar situ. Saya just snap gambar status enquiry seperti gambar di atas ini sahaja.
Kat status enquiry ini, akan ditunjukkan percubaan kita dalam memohon IPO melalui Maybank2u. Sehingga hari ini, baru 3 kali saya try mohon. Dan baru 1 kali yang berjaya iaitu Icon Offshore Berhad.
Untuk details cara nak mohon beserta paparan snapshot step by step dengan lebih jelas, boleh rujuk sini. Sebab dulu pun saya baca dan belajar sikit-sikit dari sana dan blog-blog lain hasil menggoogle.
Chop!
Nak mohon IPO, pastikan ada akaun CDS dulu. Tiada akaun CDS? Haiyaaaa. Tunggu next blog post yer. InsyaAllah saya tunjuk cara-cara nak buka akaun CDS nanti.
Artikel berkaitan:
Bagus info ni, cara nak beli tu nampak mudah, cuma nak tau cara nak jual tu macam mane yek,? Kalau boleh detailkan lagi..tq
Bila dah mula trade di Bursa Saham, dah boleh jual bila-bila masa.