Salam untuk semua pembaca yang mengunjungi ke laman ini. Di sini saya ingin bertanya kepada anda semua sama ada anda pernah makan ais krim dengan kuantiti yangbanyak, dan lepas tu hasilkan perasaan bimbang berat badan akan naik mendadak datang membuak-buak dalam kepala anda?
Mempunyai perasaan sperti ini memang melucukan, betul? Tapi apa yang lebih baik adalah anda jangan gelak tahu. Sebab kalau anda ingin nak tahu, itu merupakan dilema yang dihadapi oleh golongan hawa terutamanya bagi mereka yang serius dan rajin berdiet ketika duduk menghadap ais krim. Asyik duduk dan risau dengan jumlah kalori yang ada di dalamnya.
Mereka boleh mempunyai fikiran dan risau sedemikian seemuanya adalah disebabkan oleh penyebaran berita negatif mengenai ais krim yang kita baca di suratkhabar, TV, social media, dan lain-lain bahan bacaan selama ini.
Adakah Ais Krim Gemukkan Badan Kita?
Tapi persoalannya betulkah pandangan tersebut? Adakah benar ais krim akan menjadikan badan anda gemuk? Untuk mendapatkan jawapan, jom mari kita masuk ke dalam kelas diet yang diberikan oleh saya untuk mengkaji kebenaran statement tu, betulkah ais krim menggemukkan badan kita.
Terlebih dahulu mari kita berkenalan dengan kandungan dalam sebatang ais krim yang biasa kita boleh dapat di mana-mana gerai runcit.
Nutrisi Ais Krim
Ais krim mengandungi beberapa mineral penting seperti protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas, dan vitamin A. C dan D.
Selain daripada mengandungi susu, ais krim juga sebenarnya kaya dengan air, gula dan lemak tepu, serta beberapa komponen bioaktif lain seperti protein susu, laktosa, asid-asid lemak dan juga kalsium yang amat tinggi.
Jadi, Macam Banyak Nutrisi Yang Ada Dalamnya
Tetapi malangnya, selama ini kita terlalu banyak disogokkan dengan kandungan lemak tepu, gula dan kalori dalam ais krim sahaja. Sedangkan apa yang menjadi intinya tidak kita ketahui.
Betul, kita telah mengetepikan kandungan kalsiumnya yang amat tinggi.
Adakah anda tahu kalsium bukan hanya membantu badan kita untuk mempunyai tulang yang kuat tetapi ia juga membantu mengawal rasa lapar pada badan kita?
Okey, untuk pengetahuan semua, Kalsium adalah agen pelangsingan badan yang cukup efektif untuk melangsingkan badan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh para penyelidik di University of Texas Southwestern Medical Center, mereka yang mengambil pil kalsium secara berkala, relatifnya mengalami penurunan berat badan yang lebih ketara berbanding dengan mereka yang hanya mengamalkan diet untuk makanan harian mereka.
Malah mereka turut menegaskan bahawa pola makan rendah kalsium hanya akan menghentikan kemampuan tubuh untuk membakar lemak.
Tak faham? Begini, kalsium membantu meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu membakar lebih banyak kalori meskipun korang tak mengubah sebarang jadual aktiviti anda. Senang cerita pembakaran 2 kali ganda.
Aloha…
Ini bermakna ais krim bukanlah salah satu faktor yang boleh membuatkan badan anda menggelebeh seperti yang duk dicanang-canangkan oleh Mak Limah selama ini. Apa yang memeranjatkan adalah sepinggan nasi dan kentang khabarnya jauh lebih ‘berbahaya’ berbanding dengan makan secawan ais krim rendah lemak yang sedap tu. Jadi tunggu apa lagi, jom makan ais krim bersama-sama dengan saya selepas habis baca entri ini.
Walaupun ais krim tidak akan mengemukkan badan seseorang, tapi kalau anda sudah sampai tahap pagi, petang, siang dan malam juga makan aiskrim, rasanya tak elok sangat kot. Sebab semua makanan perlu kita makan dengan kuantiti yang cukup sudahlah, jika lebih mesti datang kesan sampingan buruk yang tidak diingini.
Jadi, adalah baik kita makan dengan terkawal dan bukan sampai tiap-tiap masa pun nak makan ais krim saja. Lagi, pemakanan juga perlu seimbang baru badan kita boleh dapat nutrisi yang diperlukan maka baru kita boleh selalu hidup dalam kehidupan yang sihat.
Macam Mana Ais Krim Jadikan Seorang Gemuk?
Tiada sesuatu makanan yang akan membuat seseorang “gemuk”. Mengambil kalori yang terlalu banyak dan tidak dapat penuh dibakar oleh seseorang akan menyebabkan peningkatan berat badannya.
Ini tidak kira apa makanan yang menyebabkan kalori yang berlebihan pada badan kita. Keberatan seseorang boleh tambah juga sekiranya dia makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terlalu banyak, atau dia makan apa-apa gabungan makanan yang mempunyai protein yang tinggi.
Jika anda makan lebih daripada apa yang badan anda mampu bakar, maka berat badan anda akan meningkat dan anda juga akan jadi gemuk. Sekiranya anda teruskan makan seperti ini, maka anda akan jadi semakin gemuk.
Ais krim cenderung mempunyai kiraan kalori yang lebih tinggi bagi setiap hidangan daripada kebanyakan makanan lain. Jadi seseorang boleh makannya dengan lebih dan dapat kalori yang terlalu banyak yang boleh menggemukkan badan.
Artikel berkaitan: