Kaedah Perancang Keluarga (Family Planning)

Salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kaedah perancangan keluarga dengan anda semua selepas menerima banyak pertanyaan mengenai persoalan tersebut dalam inbox email saya.

Mungkin pertanyaan tersebut kesan daripada penangan entri saya yang bertajuk tanda-tanda awal kehamilan sebelum ini. Jadi atas dasar tidak mahu menghampakan permintaan peminat, maka hari ini dengan rendah hatinya saya menulis mengenai topik ini berdasarkan pengalaman sendiri.

perancang keluarga
perancang keluarga

Kalau rasa kebanyakan daripada isi saya tu nanti menyimpang daripada sudut sains dan apa yang anda tahu, tolong jangan gelakkan saya tau. Kita belajar dan kongsi sama-sama. Lagi pun dah namanya ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, jadi confirm-confirmlah lebih banyak teorinya berbanding fakta. Ye dak

Cara Pencegahan Kehamilan

Okey untuk pengetahuan korang semua, mencegah kehamilan sebenarnya boleh dilakukan dengan beberapa cara, dan antara cara yang popular ialah penggunaan alat-alatan, pengambilan ubat-ubatan atau dengan menggunakan prosedur pembedahan.

penghamilan

Usah risau, anda mempunyai banyak pilihan yang boleh anda pilih. Jadi istilah kaedah perancangan keluarga yang tak sesuai untuk kamu memang tak wujud, sebab anda boleh memilih kaedah perancangan keluarga yang lain pada sebilang masa.

Pil Marvelon

Berbalik kepada topik, saya sebenarnya bermula dengan menggunakan Pil pencegah hamil berjenama Marvelon sebagai amalan perancang keluarga. Malangnya pengambilan pil tersebut menyebabkan haid menstruasi saya tidak teratur dan kadang kala keluar lebih banyak atau sedikit berbanding dengan masa haid biasa. Lebih memburukkan keadaan bila berat badan saya juga turut naik mendadak dengan pengambilan pil tersebut.

Hah… bab ni tak boleh main-main. Serius bila dah bersangkut-paut dengan berat badan, saya rasa tiada wanita yang boleh berkompromi dengannya. Pada saya, lebih baik untuk saya beranak lagi satu daripada berat badan terus naik.

Betul tak ibu-ibu sekalian?

Tukar ke Suntikan

Jadi keputusan saya ialah bertukar kepada kaedah perancangan keluarga cara suntikan pulak. Ya, jujur saya akui kaedah perancangan keluarga yang satu ini memang mudah kerana anda tak perlu risau pasal terlupa memakan ubat segala, lebih-lebih lagi dos suntikan mengambil masa yang cukup lama untuk diperbaharui.

Tapi apa yang menjadi masalah ialah suntikan ini justeru menjadikan kitaran haid saya semakin kacau-bilau sehinggakan ada masanya ia tidak datang untuk beberapa bulan. Huh… yang ni naya, silap-silap boleh Menopause awal gamaknya. Tapi nak buat macam mana, mudah punya pasal.

Sehinggalah saya menggunakan kaedah perancangan keluarga secara semulajadi dan Azal iaitu sekitar awal tahun 2007. Secara peribadi saya suka sangat dengan kaedah perancangan keluarga alah ni, cuma yang menjenuhkan adalah aktiviti merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun daripada tidur pada setiap pagi.

Letih dowh…

Lebih-lebih lagi kalau masa tu anak saya meragam. Memang ke lautlah jawabnya. Berita yang baik adalah keberkesanan kaedah perancangan keluarga yang satu ini sangat tinggi, iaitu sekitar 90% bergantung kepada tahap disiplin korang. Kira okeylah tu kan.

Tapi macam yang selalu orang tua-tua katakan, kalau dah Allah jadikan begitu, begitulah. Mungkin sudah rezeki… kami dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang comel pada tanggal November 2009, walaupun masa tu saya masih lagi mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Comel punya family planning kan 🙂

Dan sekarang ini saya lebih selesa dengan kaedah meletakkan Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (Progesterone IUD) yang lebih selamat dan mampu bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.

Keberkesanannya? Cukuplah kalau saya katakan ianya Marvellous…

Kaedah Perancang Keluarga yang lain.

1. Implan pencegah kehamilan

  • Alat berwarna putih yang seakan-akan batang mancis yang mengandungi etonogerstel.
  • Diimplan di bawah kulit lengan.
  • – Perlu ditukar 3 tahun sekali.

Keburukan

  • Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
  • Gangguan hormon yang menyebabkan kitaran haid menjadi tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.

2. Cervical Cap

  • Getah berbentuk seperti topi yang direka menyerupai serviks.
  • Digunakan bersama spermisid bertujuan membunuh sperma.

Keburukan

  • Perlu dikeluarkan dengan kadar segera iaitu tidak melebihi 2 hari.
  • Dimasukkan oleh mereka yang pakar.
  • Tidak mampu menghalang risiko jangkitan serviks.

3. Diafragma

  • Getah yang diperbuat untuk menjadikan bentuk kubah dan boleh dimasukkan ke dalam vagina untuk menutupi serviks wanita.
  • Sama seperti Cervical Cap, ianya digunakan bersama-sama dengan spermisid iaitu dengan cara menyapu bahan tersebut pada kawasan sekitar Diafragma.

Keburukan

  • Sama seperti Cervical Cap.

4. Menyusukan

  • Kaedah ini boleh mencegah kehamilan kerana teknik penyusuan yang betul boleh melambatkan kitaran ovulasi dan haid.
  • Amat berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhnya.

Keburukan

  • Tidak sesuai untuk mereka yang inginkan kaedah perancangan keluarga yang lama.

5. Kondom

  • Diperbuat daripada polyurethane.
  • Sesetengah kondom diperbuat daripada membran semulajadi.
  • Boleh didapati dalam dua bentuk iaitu untuk lelaki dan wanita.
  • Menghalang penyakit bawaan seksual.

Keburukan

  • Boleh terkoyak.
  • Peratus kegagalan adalah tinggi.

6. Mengikat tiub

  • Proses ini mengalami peletakan satu cincin pada tiub fallopio atau sebahagian daripada tiub fallopio itu akan dipotong supaya sperma lelaki tidak akan sampai bertemui dengan telur wanita.
  • Tidak mempengaruhi keinginan dan keupayaan seksual pesakit.
  • Ia perlu dilakukan pada minggu pertama untuk menstruasi atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.

Keburukan

  • No turning back! fikir semasak-masaknya kerana selepas melakukan kaedah perancang keluarga ini, anda tidak boleh mengandung lagi.
  • Prosedur yang mengambil masa.

7. Vasektomi

  • Prosedur ini dilakukan dengan mengikat/memotong vas deferens lelaki.
  • Sama seperti prosedur mengikat tiub, prosedur ini tidak akan mengganggu keupayaan dan keinginan seksual pesakit.
  • Lebih murah berbanding mengikat tiub fallo

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *