Kenali Masalah Dan Penyebab Keputihan Wanita

Tajuknya cukup happening, iaitu kenali masalah keputihan wanita(vaginal discharge) dan penyebab keputihan wanita. Mari kita layan maklumat tentang keputihan di bawah ni sampai lebam biji mata.

Apakah itu keputihan?

Keputihan ataupun dikenali sebagai Leucorrhoea/Fluor Albus di kalangan pakar perubatan ialah keadaan di mana vagina mengeluarkan cecair. Pada dasarnya masalah keputihan di kalangan wanita dibahagikan kepada 2 jenis iaitu keputihan Fisiologis dan keputihan Patalogis.

keputihan wanita
keputihan wanita

Apa itu Keputihan Fisiologis?

Keputihan fisiologis adalah keputihan yang biasa dihidapi oleh wanita normal dan tidak perlu dibimbangkan. Keputihan jenis ini terjadi ketika memasuki masa subur, iaitu sebelum dan selepas menstruasi.

Malah ianya juga boleh terjadi akibat daripada perubahan hormon yang berlaku, semasa hamil, berat badan berlebihan, kesan ubat antibiotik, stress atau ketika wanita mendapat rangsangan seksual.

Sifat keputihan normal adalah seperti di bawah:

  • Warna keputihan telus atau bening.
  • Tiada sebarangan kegatalan di sekitar kulit.
  • Cuma sikit cairan yang keluar dan tidak bergumpal.
  • Tiada bau dikeluarkan.
  • Tiada perasaan sakit disertai pada kawasan alat kelamin.

Bagi para wanita sekalian, sila jangan panik melompat-lompat sehingga lantai rumah runtuh sekiranya anda mengalami masalah keputihan dengan ciri-ciri di atas. Sebab untuk pengetahuan anda, masalah keputihan jenis ini sebenarnya biasa terjadi kepada wanita setiap bulan.

Tapi jika anda rasa tickled dengan keputihan tu, apa kata anda basuh Miss V dengan air suam ataupun air bersih secara berkala.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Keputihan Patologis?

Ini merupakan keputihan wanita yang lebih serius yang ingin saya bincangkan di sini. Keputihan yang luar biasa dan wajib anda ketahui kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, ianya boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk wanita yang sedang hamil.

Ciri-ciri keputihan wanita yang abnormal adalah seperti berikut:

  • Cairan yang keluar pekat dan berbau hanyir.
  • Biasanya lendiran keluar seperti susu basi, kekuningan, dan boleh berubah warna kepada kehijauan atau keabu-abuan.
  • Menimbulkan bau yang tidak sedap.
  • Keputihan likat dan liat.
  • Vagina terasa sakit jika ditekan, kadang kadang akan disertai rasa sakit semasa buang air kecil.
  • Luka pada rahim.
  • Menyebabkan rasa gatal dan ketidakselesaan pada rahim.
  • Jumlah cairan banyak dan kadang-kadang menggumpal.

Dengan hanya membaca list di atas pun sudah boleh menegakkan bulu roma kita. Cuma bayangkan apa terjadi sekiranya anda menghadapi keadaan seperti demikian.

Jadi kalau rasa-rasa masalah keputihan anda sudah jadi seperti di atas, cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar. Jangan biarkan masalah tu menghantui anda lelama sangat.

Warna Yang Boleh Didapati

Terdapat banyak warna yang berlainan yang boleh didapati sekiranya mendapati keputihan. Antara warna yang biasa ditemui termasuk darah merah, kuning, hijau, putih susu, kelabu dan coklat.

Boleh rujuk ke jadual ini untuk mengetahui sama ada keputihan anda itu serius atau tidak.

Warna

Penyebab

Gejala-Gejala

Rawatan Yang Diperlukan

Putih susu tidak berbau

Keputihan biasa

Tiada

Tidak perlu sebarang rawatan

Putih yang pekat macam keju

Jangkitan yis faraj

Faraj rasa gatal, macam bakar, dan ada kesakitan. Sesetengah wanita mengalami kesakitan apabila kencing atau bersetubuh dengan ada bercak darah, bengkak atau ruam di sekitar vulva.

Pergi jumpa doktor kesihatan anda

Putih, kuning atau kelabu

Vaginosis bakteria

Berbau seperti telur busuk, gatal dan bengkak

Keadaan ini tidak biasa. Perlu anda jumpa doktor kesihatan anda.

Kuning, hijau yang pekat

Trichomoniasis

Berbau seperti telur busuk

Keadaan ini tidak biasa. Perlu anda jumpa dengan doktor kesihatan anda.

Coklat, merah darah

Menstruasi atau haid yang tidak teratur

Kesakitan panggul atau pendarahan faraj

Perlu anda pergi jumpa dengan doktor untuk dapat rawatan

Hijau, kuning

Gonorrhea

Kesakitan panggul

Pergi jumpa doktor kesihatan anda untuk dapatkan rawatan

20 Keadaan yang mungkin menyebabkan keputihan wanita

  1. Jangkitan yis faraj
  2. Actinomycosis
  3. Artritis reaktif
  4. Kanser endometrium uterus
  5. Kehamilan ektopik
  6. Kencing manis semasa mengandung
  7. Displasia serviks
  8. Herpes genital
  9. Kanser serviks
  10. Kebimbangan yang terlalu lebih
  11. Papillomavirus manusia genital
  12. Trichomoniasis
  13. Saat hamil
  14. Gonorrhea
  15. Keradangan rahim
  16. Penyakit radang pelvik
  17. Urethritis
  18. Jangkitan chlamydia
  19. Vaginitis atropik pascamopause
  20. Vulvovaginitis

Faktor penyebab keputihan abnormal di kalangan wanita

Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa sebab yang menyebabkan keputihan abnormal berlaku. Di antaranya ialah:

  1. Tekanan yang dialami dalam kehidupan.
  2. Keletihan yang keterlaluan.
  3. Jangkitan dari mikroorganisma yang termasuk Parasit Trichomonas Vaginalis, Bakteria Gardnella, Kulat Candida atau Monilia. Ada juga yang diakibat oleh virus yang berpunca dari penyakit kelamin.
  4. Benda asing yang masuk ke dalam vagina.

Cara Mengatasinya

Kebanyakan jangkitan keputihan boleh dirawat dengan antibiotik. Dengan dapatkan satu dos antibiotik pada mulut sudah cukup.

Cara lain untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan antibiotik dalam bentuk krim atau gel faraj, terutama jika anda mempunyai kesan sampingan yang memburukkan keadaan apabila anda mengambil antibiotik melalui mulut. Juga, krim faraj boleh menjadi lebih menenangkan untuk lapisan perut yang meradang dan sakit.

Macam Mana Mengelakkan Keputihan?

Jika cuma keputihan biasa, anda tidak perlu buat apa-apa pun. Bagi keputihan yang serius, boleh anda bercegah dengan petua-petua berikut:

  • Elakkan memakai seluar yang ketat untuk masa yang panjang.
  • Pakai seluar kapas sepanjang hari. Kapas membolehkan kawasan kelamin anda dapat “bernafas.” Jangan pakai seluar dalam pada waktu malam semasa tidur.
  • Selepas pakai tandas, sentiasa lap dari depan ke belakang. Ini boleh membantu mencegah bakteria daripada masuk ke kawasan rektum dan faraj anda.
  • Tukar detergen pakaian atau pelembut kain jika anda fikir ia mungkin menjengkelkan kawasan kelamin anda.
  • Kurangkan mandi dan cuci badan dengan air yang sejuk.
  • Mandi setiap hari dan pastikan kawasan kelamin lap dengan kering.
  • Elakkan semburan kebersihan feminin dan elakkan untuk memakai kertas tandas yang berwarna atau mempunyai pewangi.

2 Comments on “Kenali Masalah Dan Penyebab Keputihan Wanita”

  1. Skadar bkongsi …arini baru pas jupe doktor since sakit da seminggu lebih dan keputihan jadi abnormal da dekat sebulan sampai bercampur darah..tak tahu dari mane dtg darah nun.bkn period..upset sket bile doktor kate die takut ada masalah ngan serviks..means nk elakkan simptom kanser serviks..but its ok tis friday sy uat pap smear lak..2 minggu g amik result bendalir n tisu yang kuar tu..i juz think positif..da kawin dan ada anak ni lagi kene alert..mudah ngat cik V tu kene jangkitan..

    when keputihan jadi tak normal memang tak leh uat pe langsung,uncomfortable.bkampung dlm toilet tak tahu bape jam nak bersihkan keputihan tu dari merebak.look at the mirror.doktor suprise cane sy leh uat n cek sendiri..leh tahu ada yg tak kene pada cik V tu..sy amik cermin kecik n peksa sendiri..amik bendalir n membran darah tu then satu persatu sy bg tahu doktor..em first keputihan tu memang teruk..jupe doktor td mujur da bkurang..alhamdulillah….b4 jupe doktor pun sy search online supaya lebih yakin memang ada yg tak kene pada cik V tu..emm sume berjalan lancar tadi..

    doakan xde bad news utk sy ek kwn2..

  2. Masalah keputihan ni masalah yg biasa terjadi dengan kaum wanita. Tak kira la bujang ataupun yang sudah berkahwin. Tapi kena usaha cari cara macamana nak hilangkan atau atasi masalah keputihan tu. Kalau jenis keputihan teruk, berbau dan gatal2 kena jumpa doktor secepat yg mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *