Mcflurry Oreo

Pernahkah anda pesan dan makan Mcflurry yang dibekalkan oleh McDonald? Tak pernah? Pada sesiapa yang tak pernah makan makanan cuci mulut tu, silalah berkunjung ke McDonald ya. Terdapat bermacam-macam Mcflurry yang disediakan di restoran ini. Antaranya termasuk Mcflurry Cornetto, Mcflurry Oreo dan Strawberry.

mcflurry oreo
mcflurry oreo

Oreo Pilihan Kegemaran Aku

Dan apa yang paling aku suka ialah Oreo. Rasanya amat sedap sekali bila taruh di mulut. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak makan Mc flurry tu, boleh menjenguk ke McDonald dan dapatkan satu.

Sekarang bukan susah seperti dulu, dah banyak mudah nak beli sebab banyak restoran McDonald yang buka di merata-rata tempat. Terdapat juga Mcdonald yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu.

Pandu Lalu, Pandu Laju

Dulu aku sebut pandu laju sebabnya aku tak baca dengan betul-betul. Orang rumah aku ada tegur tapi aku buat endah tak endah je.. “Kenapa abang selalu sebut pandu laju?” “Betulah tu” aku balas pada dia. Rupa-rupanya perkataan yang betul adalah pandu lalu.. hehehe.. Minta maaf semua ya…

Sebut sampai sini, dah macam iklan lah pula yang saya perkenalkan. Sebenarnya siang tadi, aku ada pergi ke Giant Teluk Intan. Dekat bawah di pasaraya itu ada juga jual Mcflurry ni.

Tanpa fikir banyak aku terus belilah satu Mcflurry oreo yang merupakan minuman kegemaran aku. Boleh tahan juga awek yang jaga kaunter ni. Dia pula seorang saja. Kesian sikit bagi aku.

Sebagai seorang lelaki budiman, akupun membuat cubaan mengangkat kening dan menegur dengan cara berhemah.. ‘wink”wink’ ( sound effect bunyi angkat kening). Dia pun membalas dengan senyuman yang manis, tapi bukan lah bererti yang aku cuba nak mengorat dia. Memang tidak, apa yang aku mahu cuma nak beli Mcflurry itu saja. Percaya aku ya..

Selepas sudah dapat Mcflurry yang aku pesan tu, maka mulalah aku kacau–kacau denganya. Tiba–tiba dalam fikiran aku mengimbau kenangan lalu. Emmm bila agaknya kali pertama aku makan Mcflurry ini ya… oooo.. lama dah.. 7 tahun dah rasanya benda ni berlalu.. masa dulu aku mana pandai makan dengan benda–benda ni semua.. tak tahu pun…

Masa tu aku nak tengok wayang di Midvalley. Tengah duduk tunggu tu kawan aku yang aku ceritakan dulu. Dialah insan yang pertama bagi aku makan mcflurry ni. Masa tu aku datang ke KL untuk interview kerja. Bagus kawan aku ni.. sampai kerja pun dicarikannya.. tapi selepas aku kahwin terus tak dapat contact dah.. emmm..

Aku pun tersenyum sendirian sebab sedar tak sedar masa dah berlalu dengan pantas. Kalau aku masih tak rebut peluang yang sedia ada,  pasti aku akan ketinggalan pada masa kelak sebab  masa cepat sangat berlalunya.

Banyak benda yang mengajar untuk menambah pengalaman dalam kehidupan. Ha, itu baru makan Mcflurry saja fikiran aku dah jauh melayang ke tempat-tempat yang banyak jauh.

Aku pun cepat–cepat pergi dari Giant.. karang macam–macam barang rumah beli.. macam-macam pulak yang kenangan yang timbul. Setelah keluar dari Giant aku pun menuju tempat parking kereta..

“Bip”bip” bunyi kereta terbuka kuncinya setelah aku tekan ‘remote control’ untuk kereta aku. Lepas tu aku pun buka pintu belakang dan masukan semua barang. Kemudian buka pintu kereta depan pula dan duduk kat driver seat.

Tiba-tiba aku pun start enjin dan selepas itu pedal klac aku tekan. Ak masukkan gear dan jalan. Sebaik saja sampai umah buka pintu rumah. Aku terus buka TV, duduk atas sofa  dan capai balik Mcflurry yang beli tadi. Makan makanan cuci mulut dengan penuh hait ku hehehe.. sehari bersama Mcflurry…

p/s: korang pun ada kenangan tak dengan benda-benda macam ni?

DIY Mcflurry Oreo

Jika anda suka sangat dessert ini dan rasa harganya mahal jika makan setiap hari dan pembelajaan anda akan jadi over budget, maka boleh juga anda pertimbangkan untuk buat sendiri makanan cuci mulut ini.

Cara untuk membuatnya bukan susah sangat. Di sini ada panduan video yang boleh anda rujukkan untuk cara penyediaan makanan ini.

 

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • Aiskrim vanila: 3 cawan
  • Susu: 1/2 cawan
  • Half cream(susu dan krim ringan): 2 sudu
  • Oreo yang dihancurkan: 1/2 cawan

Arahan

Masukkan ais krim vanila, susu, half cream, dan 1/4 cawan oreo ke dalam pengisar dan campur sehingga rata. Tambah hancuran oreo yang tertinggal dan kacau. Hidangkan dengan jerami dan sudu.

Nota

Jika anda tidak suka oreo, boleh juga anda gantinya dengan gula-gula kegemaran anda.

Sekiranya anda ingin merasai persis seperti Mcflurry yang dijual di McDonald, beli galon lembut dari kedai ais krim tempatan dan gunakannya sebagai pengganti ais krim vanila.

Artikel berkaitan:
10 makanan yang paling menggemukkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *