Hari ini semasa dalam perjalanan balik dari Bukit Malawati, kami singgah di Kampung Assam Jawa untuk menikmati cendol yang sangat terkenal di daerah Kuala Selangor. Pada mulanya agak terkejut apabila pertama kali dengar nama tu, macam mana rupa Cendol Bakar ni.
Apa Sebenar Cendol Bakar
Betulkah cendol boleh dibakar dan makan? Lepas tu baru tahu Cendol Bakar sebenarnya adalah nama asal tuan punya kedai yang bernama Bakar. Bukan seperti yang disangka, cendol perlu dibakar dulu lepas tu baru boleh makan.
Pertama kali bila saya sampai ke kedai tu, nampak amat meriah sekali di tempat ini. Tak hairanlah terdapat ramai orang yang singgah di sini, macam pesta pulak rasanya.
Kalau kedai ini bukan diperkenalkan oleh kawan saya, maka saya tak akan singgahlah kat sini. Ruang parking sudah penuh pada masa kami sampai dan hujan juga mula turun. Tapi semua tu tak jadi masalah, alang- alang dah sampai rugi kalau tak turun menikmati cendol yang menjadi sebutan ramai ni.
Cendol di sini ada berbagai rasa yang boleh anda cuba. Ada 6 jenis perisa campuran yang membuatkan Cendol Bakar itu luar biasa dan lain dari cendol yang dijual di lain tempat. Di antara jenis cendol yang dijual adalah seperti berikut:
- Cendol VIP – RM 2.00
- Cendol VVIP – RM 2.50
- Cendol Tapai – RM 3.00
- Cendol Pulut Tapai – RM 3.50
- Cendol Durian – RM 3.00
- Cendol Durian Pulut – RM 3.50
Apa yang jelas adalah kaedah memanggang gula Melaka yang menjadikan cendol ini istimewa dan tidak sama dengan cendol orang lain. Sirapnya amat kaya dan lembut tetapi halus dalam kemanisannya.
Sapa, yang dapat bergaul sempurna dengan sirap, menambahkan perasaan cendol itu. Manakala ais halus yang dicukur memberikan makanan ini jadikan satu tekstur yang agak mewah.
Variasi tapai dan pulut sangat lazat dan dibuat untuk hidangan pencuci mulut yang agak seronok.
Selain dari makan cendol yang disenarai di atas tu, ada juga gerai yang menjual makanan sampingan seperti, keropok lekor, kepak ayam, sata ikan, otak-otak, meehon sup dan lain-lain.
Kalau anda ada singgah di sini, memang meriah dengan makan kesemuaan makanan yang terdapat di sini. Yang penting anda perlu siapkan duit yang mencukupi saja.
Sata Ikan
Terdapat gerai makanan lain di sini juga yang menjual makanan tradisional Melayu seperti lempeng pisang bakar. Jadi, jika anda bukan suka sangat makan cendol, boleh juga anda dapat makan makanan lain yang ada di sini. Apa yang paling baik adalah anda boleh pesan makanan di gerai lain dan makan bersama dengan cendol yang sejuk. Perasaan memang amat best sekali!
Servis Pandu Lalu Disediakan
Mungkin disebabkan oleh tempat ni selalu penuh dan ramai orang yang datang ke sini perlu tunggu lama dan ada yang tidak dapat tunggu cuma balik saja, maka wujudnya perkhidmatan pandu lalu yang turut disediakan untuk semua orang yang ingin bungkus cendol yang sedap tu.
Jadi sekarang pesanan sudah jadi banyak mudah. Apa yang anda perlu buat adalah seperti anda pesan McDonald secara pandu lalu. Anda boleh pesan dari dalam kereta, dan dengan pantasnya dalam masa yang singkat, cendol yang dipesan oleh anda akan siap dibungkus. Bayar duit dan anda sudah boleh tinggalkan tempat ni dan pandu balik untuk menikmati cendol yang anda beli tu.
Service Pandu Lalu tu memang banyak special bagi saya. Sebab saya belum pernah ada jumpa cendol tempat lain yang ada sediakan perkhidmatan macam di sini. Dengan ada servic ini, jadi senanglah untuk semua pelanggan yang ingin beli cendol, tak payah susah payah nak cari parking lagi. Dan ada yang dapat cari tempat parking tapi tiada tempat duduk untuk makan pula. Menarik juga idea ni.
Kaunter Pandu Lalu
Lebih kurang setengah jam kami menikmati Cendol Bakar. Lepas tu balik ke Shah Alam, sebab ada kerja nak diselesaikan dengan rakan-rakan. Kepada sesiapa nak cari lokasi kedai ni, alamat dan gps ada disediakan di bawah.
Baca juga: Bandung Cincau Paling Istimewa
Lokasi Untuk Pergi ke Restoran Cendol Bakar
Anda patut cuba cendol bakar itu sekiranya anda berada di kawasan yang berdekatan ini. Jika nak pergi, tempat ini adalah sangat mudah dicari.
Sekiranya anda datang dari KL, Sungai Buloh, atau Ijok dan hala ke Kuala Selangor, anda pasti dapat melihat restoran yang besar ini di tepi jalan. Ia mempunyai satu tanda papan besar di mana tiada orang yang akan terlepas tanpa perhatikan kewujudan papan itu.
Maklumat tambahan untuk anda;
- Nama Cendol Bakar telah didaftarkan sebagai harta intelek TM
- Cendol percuma untuk fakir miskin dan OKU
Alamat:
Cendol Bakar
Route 54 (just off Jalan Teluk Piah Kanan)
Kuala Selangor, Selangor
GPS: 3.30344, 101.29778
Masa Buka:
- Hari bekerja: 11 pagi – 6 petang
- Hujung Minggu: 10 pagi – 7 malam
Baca juga: Kuih Tradisional Sabah