Viral sungguh aiskrim sumi sekarang yea. Tak pasal saya pulak dok google resepi aiskrim yang selamat untuk anak saya makan. Yea la, kita ada pilihan kan. Bukan ke makanan yang berkhasiat itu lebih baik dan lagi best sebenarnya..
Di sini saya berkongsi kepada puan semua 7 resepi aiskrim yang berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk anak-anak anda semua.
1. Aiskrim Blueberry Yogurt
foto kredit: GoodtoKnow
Resepi
- 100g blueberry
- 75g granola
- 225g plain yogurt
- 2 sudu madu
Cara membuat aiskrim blueberry yogurt ini
- Masukkan blueberry di dalam mangkuk oven. Masukkan dalam oven 30-40 saat.
- Potong granola kecil-kecil.
- Campurkan blueberry dan yogurt dan gaulkan.. kemudian masukkan granola tadi.
- Masukkan campuran tadi di dalam bekas aiskrim dan bekukan.
- Masukkan di dalam peti ais beku.. siappp!
2. Aiskrim Coklat
foto kredit: rosechan
Bahan-bahan yang diperlukan
- 300ml plain yogurt atau greek yogurt.
- 4 sudu serbuk koko.
- Madu atau stevia secukup rasa.
Cara membuat aiskrim coklat ini
- Campurkan serbuk koko ke dalam yogurt.
- Tambahkan madu atau stevia untuk rasa manis.
- Bekukan di dalam bekas aiskrim
3. Aiskrim Melon
foto kredit: GoodtoKnow
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- 500mg tembikai (1/4 di potong kecil, 3/4 dimasuk dalam blender)
- 300mg honey dew
- 1 biji lemon
- Jus Apple (boleh anda beli di pasaraya hypermarket)
Cara membuat aiskrim melon ini
- Blender buah tembikai tadi.
- Masukkan ke dalam bekas ais krim dan bekukan selama 1 jam.
- Blender honeydew bersama apple juice dan jus lemon.
- Kemudian tuang di dalam bekas aiskrim yg telah dibekukan tadi, masukkan ke dalam peti semula.
- Bekukan sampai keras.
4. Aiskrim Dragon Fruit Smoothies
foto kredit: GoodtoKnow
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- 100mg dragon fruits
- 250mg plain yogurt
- Madu atau stevia
Cara membuat aiskrim dragon fruit smoothies ini
- Blender buah dragon fruits.
- Masukkan yogurt.
- Masukkan madu atau stevia sehingga rasa manis.
- Masukkan dalam bekas aiskrim
- Bekukan.
5. Aiskrim Strawberry Pelangi
foto kredit: GoodtoKnow
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- 50g buah strawberry
- Gula halus
- 1 sudu vanilla
- 500g yogurt
- 100g coklat putih
- 50g hiasan berwarna
Cara membuat aiskrim strawberry pelangi ini
- Campur strawberry dengan gula halus, lenyek-lenyek strawberry sehingga gula mencair.
- Campurkan yogurt dan bekukan.
- Setelah beku, dipkan aiskrim kedalam coklat putih yang telah dicairkan dan taburkan hiasan gula berwarna di atasnya.
6. Aiskrim Buahan Roket
foto kredit: realfood.tesco.com
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- Tembikai
- Honey dew
- Rock Melon
Cara membuat aiskrim buahan roket ini
- Potong 3 buah tadi dalam bentuk segi tiga.
- Cucuk buah tadi pada kayu pencucuk.
- Masukkan di dalam peti ais hingga keras
7. Aiskrim Milky Strawberry
foto kredit: GoodtoKnow
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- 450g yogurt strawberry
- 9 biji strawberry
Cara membuat aiskrim milky strawberry ini
- Potong buat strawberry saiz kecil.
- Masukkan ke dalam strawberry yogurt tadi.
- Masukkan ke dalam bekas aiskrim.
- Bekukan dan sudah siap semua proses.
Ok. Selamat mencuba semua orang dan harap anda akan dapat menikmati resepi yang dikongsikan ini.
Tambahan: Ais Krim Goreng Buatan Sendiri
Aku ingin nak bagitau anda semua bahawa hari ini merupakan kali pertama aku makan ais krim goreng. Aku tak beli di mana-mana bazar ramadhan pun tetapi custom made ataupun buatan sendiri jer. Selepas cuba baru tahu kesemuaan proses untuk membuatnya bukan susah sangat pun. Ringkas dan simple cara pembikinannya.
Jika anda berminat juga bolehlah baca seterusnya untuk mengetahui semua proses dan bahan-bahan yang perlu disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan bukannya banyak sangat pun. Hanya menggunakan Ais Krim Magnolia, Roti Gardenia dan Cawan yang mempunyai permukaan yang bulat.
Kena pandai memilih perisa ais krim kalau mau best. Agaknya kalau letak baskin robbin lagi best.
Ais cream Magnolia dengan citarasa kegemaran anda sendiri
Cawan yang mempunyai permukaan yang bulat
Resepi ais krim goreng buatan sendiri yang sedap
Aku tunjukkan beserta dengan gambar resepi ataupun cara nak buat ais krim goreng nie. Senang jer.
Langkah 1:
Ambik sekeping roti gardenia dan letakkan sejemput ais krim di atasnya. jangan letak banyak sangat nanti meleleh pulak bila nak tekan dengan cawan. takut bocor jer. Ais krim tu korang letak kat tengah-tengah. Jangan sengit.
Langkah 2:
Korang ambik sekeping lagi roti gardenia tu lapikkan di atas roti yang telah diletakkan ais krim tadi. Selepas itu korang ambik cawan seperti gambarajah di atas tadi dan tekan kuat-kuat supaya roti tersebut menjadi sepertimana gambarajah di bawah.
Korang buatlah dua atau tiga biji pastu bila dah siap jangan lupa masukkan dalam peti sejuk untuk proses pembekuan. Tak kisahlah berapa lama korang nak simpan. Bila dah sampai time korang nak masak keluarkan dari peti sejuk itu. pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan roti yang telah dibekukan itu. Jangan lupa letak minyak banyak sikit supaya roti tersebut betul-betul tenggelam, tetapi awas jangan lama sangat takut jadi hangit pulak. ambik masa dalam dua atau tiga saat jer.
Siap Dah!!!
Siap sudah resepi simple dan ringkas dari aku. Bukannya susah sangat kan. tak perlu tunggu cik puan isteri buat. Encik suami pun boleh buat kalau mahu. Takkan lah tak pandai jugak.hahaha..
Selamat mencuba resepi ais krim goreng…
Artikel berkaitan:
Kali Pertama Buat Kek