Fakta, Khasiat dan Kebaikan Telur Ayam

Telur ayam boleh dikatakan makanan utama dan memang ia juga banyak dimakan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ini. Terdapat banyak restoran yang mempunyai menu atau resepi dengan menggunakannya.

telur ayam kampung

Telur ayam dipakai dengan begitu luas adalah disebabkan ia mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya walaupun sesetengah pihak menyatakan telur ayam mempunyai kaitan dengan kadar kolesterol dan sebagainya.

Makanan ini merupakan salah satu sumber yang baik bagi semua orang untuk mendapatkan vitamin, nutrien dan protein.

Telur ayam mempunyai hubungan yang rapat dengan Persekutuan Persatuan Petani Ternak Malaysia atau Federation Of Livestock Farmers Associations Of Malaysia (FLFAM).

Ia ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mewakili kepentingan petani dan penternakan dan ia merupakan sebuah organisasi swasta bukan keuntungan yang meliputi komuniti dari persatuan ahli negeri dan daerah di seluruh Malaysia.

Fakta dan Maklumat Tentang Telur Ayam

Adakah anda tahu bahawa telur ayam merupakan antara makanan yang mengandungi kualiti protein yang paling tinggi? Telur besar mengandungi hanya 70 kalori dan 5 gram lemak.

Secara purata, seekor ayam betina akan bertelur sebanyak 300 – 325 biji setahun. Ayam betina akan pusing telurnya hampir 50 kali setiap hari untuk mengelakkan kuning telur dari melekat ke sisinya.

Ayam betina itu memerlukan 24 hingga 26 jam untuk membentukkan sebiji telur. Selepas ia bertelur, pembentukan telur baru biasanya akan bermula dalam masa 30 minit sahaja.

Gred Untuk Telur Ayam

Di Malaysia, telur dibahagikan kepada gred yang berlainan. Gred ini ditentukan dengan keberatan telur yang dihasilkan. Semakin berat telur itu, semakin tinggi gred nya dan sudah tentulah semakin mahal harganya. Sebaliknya, semakin rendah gred nya semakin murah harganya.

Harga

Telur adalah produk dominan di Malaysia. Purata harga untuk 1 kotak yang mengandungi 10 biji telur ayam di Malaysia dijual dengan harga di antara RM4 sampai RM10.

Boleh rujuk ke jadual di bawah untuk mengetahui macam mana telur-telur itu dibahagi kepada gred yang berlainan mengikut keberatan mereka dan harga jualan pasaran.

Telur ayam mentah bertahan berapa lama?

Telur dianggap sebagai makanan yang mudah rosak. Jadi, adalah baik untuk anda simpankannya di dalam peti sejuk untuk mengelakkan mereka daripada menjadi buruk dalam masa yang singkat.

Jika simpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan 30-45 hari. Jika biarkan di dalam kotak dan letak di tempat dapur, ia boleh tahan selama lebih kurang 10-14 hari.

Bagi telur rebus, sama ada dikupas atau tidak, ia masih selamat untuk dimakan dalam satu minggu selepas dimasak.

 

telur ayam
telur ayam

Mitos Tentang Telur Ayam

Telur ayam boleh dimanfaatkan untuk lauk pauk dalam makanan harian kita. Tetapi ada juga orang yang tidak makan telur dengan sebab-sebab yang mereka rasa benar tapi tidak dapat disahkan. Di sini, mari kita baca sikit mitos yang ada padanya.

1. Telur mempunyai bakteria yang boleh membawa penyakit

Ada orang yang elakkan untuk makan telur ayam sebab mereka takut bakteria dan salmonella yang ada pada telur boleh membawa penyakit kepada mereka.

Tetapi sebenarnya, hanya 1 dari setiap 20,000 telur yang mungkin mengandungi bakteria. Oleh itu, kebarangkalian untuk telur mengandungi salmonella adalah sangat kecil yang kurang dari 0.005%. Pada kadar ini, jika anda seorang pengguna biasa, anda mungkin mengalami telur yang tercemar sekali setiap 84 tahun. – Sumber

2. Kuning telur tidak berkhasiat

Sesetengah orang tidak makan kuning telur sebab mereka rasa ia tidak berkhasiat langsung.

Tetapi sebenarnya kuning dan putih telur mengandungi vitamin dan mineral yang berlainan. Putih telur merupakan sumber utama protein, riboflavin dan selenium tetapi kebanyakan nutrien telur dan hampir separuh daripada proteinnya adalah terdapat dalam kuning telur.

Jadi adalah baik bagi anda makan kuning dan putih telur sekali.

3. Telur separuh masak lebih berkhasiat

Tiada bukti menunjukkan bahawa telur yang masak mempunyai kandungan protein yang lebih kurang daripada telur separuh masak. Kajian menunjukkan kedua-duanya mempunyai protein yang sama saja.

4. Telur berwarna coklat dan putih ada perbezaan dari segi nutrisi

Sebenarnya tiada perbezaan dari segi nutrisi untuk telur berwarna coklat dan putih. Cuma satu perbezaan ialah warna telur itu dan ia adalah disebabkan oleh ayam betina yang menetaskan telur itu. Ayam betina dengan telinga putih bertelur dengan telur warna putih manakala ayam betina dengan telinga merah bertelur dengan telur berwarna coklat.

5. Telur ayam jantan?

Ada orang yang katakan ayam jantan punĀ  boleh bertelur. Tetapi sebenarnya ayam jantan tidak dapat bertelur. Ini semua cuma mitos saja.

Kebaikan Makan Telur Ayam

Sekarang mari kita lihat dan membuat semakan satu persatu untuk mengetahui apa yang ada pada telur ayam ini.

1. Kuning telur dapat membantu perkembangan otak manusia. Kuning telur biasa adalah kaya dengan vitamin-B kompleks. Vitamin ini merupakan nutrisi yang diperlukan untuk membantu perkembangan otak janin sekiranya ibu mengandung memakannya.

Diet yang tinggi dengan vitamin ini juga mampu membuatkan seseorang itu rasa gembira. Ini disebabkan ia dapat membantu badan seseorang untuk menghasilkan hormon “gembira”.

2. Sumber protein yang terdapat dalam sebiji telur merupakan sumber protein yang baik. Diet yang mengandungi telur ayam dalam makanan adalah sumber yang baik untuk membina otot.

3. Maksud disebalik kuning telur. Menurut American Egg Association, warna kuning telur yang berbeza menunjukkan makanan yang dimakan oleh ayam itu. Ayam kampung yang makan makanan dengan pelbagai jenis mempunyai kuning telur yang lebih pekat berbanding ayam ternak di ladang ayam.

4. Putih telur adalah berbeza antara satu sama lain juga. Putih telur yang lutsinar atau cerah dengan putih telur yang agak keruh ialah usia telur tersebut. Telur lama mempunyai putih telur yang cerah dan jelas manakala telur baru mempunyai putih telur yang keruh.

5. Terdapat juga perbezaa antara kulit telur. Beza warna kulit telur ayam ini bergantung kepada keturunannya. Biasanya, kalau di Malaysia ni, telur ayam kampung berwarna putih manakala ayam telur berwarna coklat.

6. Telur yang kaya dengan sulfur. Telur ayam juga tinggi dengan kandungan sulfur. Nutrien yang membantu penyerapan vitamin B sehinggalah fungsi hati. Sulfur ini juga membantu menghasilkan kolagen dan keratin yang menghasilkan dan mengekalkan rambut yang bersinar, kuku yang kuat dan kulit yang berseri.

Kebiasaannya, ayam kampung atau ayam organik mempunyai telur yang lebih berkhasiat dan baik. Hal ini kerana faktor pemakanan ayam ini yang lebih bersifat semula jadi tanpa bahan kimia dan sebarang hormon untuk mempercepatkan kegemukan atau cepat bertelur.

Manfaat Untuk Ibu Hamil

Telur adalah serba boleh dan sumber protein yang baik yang membekalkan asid amino untuk keperluan anda dan bayi. Mereka mengandungi banyak jenis mineral dan vitamin, termasuk choline yang baik untuk perkembangan otak bayi.

Makan telur secara teratur akan mengimbangi tahap kolesterol dalam badan ibu semasa hamil. Pengambilan berapa biji telur sehari adalah bergantung kepada tahap kolesterol dalam badan ibu hamil. Adalah dinasihatkan untuk makan tiga hingga empat biji telur seminggu jika tahap kolesterol anda adalah normal.

Cara Menetas Telur Ayam

Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk menetas telur ayam. Antara cara-cara yang biasa dipakai oleh orang ramai termasuk:

Dengan Lampu

Ini merupakan cara yang paling biasa pakai bersama dengan inkubator. Inkubator adalah peranti elektrik yang digunakan untuk memberi suhu dan kelembapan yang dikekalkan bersama-sama dengan aerasi untuk menetas telur.

Inkubator bertindak sebagai ayam pedih yang duduk di telur dan menyediakan haba badan untuk menetas anak ayam. Lampu yang mempunyai kuasa 80-watt digunakan sebagai sumber haba di dalam kotak .

Dengan Mesin Tetas

Mesin tetas adalah mesin yang direka dengan tujuan untuk menetas telur. Pada dasarnya, ia membolehkan anda menetaskan telur tanpa perlukan ayam.

Dengan Kardus

Boleh semak video ini macam mana tetas telur dengan pakai kardus.

Cara Mengenal Telur Ayam Tiruan

  • Telur ayam palsu biasanya bersaiz lebih besar.
  • Kulit telur palsu lebih berkilat daripada telur yang benar.
  • Kulit luar untuk telur palsu akan lebih kasar daripada telur sebenar.
  • Apabila goncangnya, anda akan dengan bunyi cecair kerana air di dalamnya tidak gel bersama-sama dengan agen pemejalan.

Apa itu Omega Tiga?

Telur yang berlabel “Omega-3” mengandungi lemak Omega-3 yang banyak dikaitkan dengan kesihatan yang baik. Tetapi bergantung kepada jenama yang anda beli, mereka mungkin tidak mempunyai jenis lemak Omega-3 yang dikaitkan dengan kesihatan otak dan jantung.

Adakah semua telur halal?

Dari perspektif pemikiran Shafi’i, semua telur adalah halal.

Bagaimanapun, ada juga peraturan umum lain untuk ini. Sekiranya sejenis telur terbukti sebagai contoh oleh penyelidikan saintifik untuk membahayakan penggunaan, maka ia jadi tidak halal lagi. Kerana Islam pada umumnya melarang semua perkara-perkara yang berbahaya kepada manusia.

Apa bezanya telur ayam Arab dan telur ayam kampung?

Telur ayam Arab berasal dari jenis ayam brakel kriel-silver yang dibekalkan dari Belgia sementara telur ayam kampung berasal dari ayam kampung yang diternak di kebanyakan kampung di rantau ini.

Campur Dengan Sprite

Bagi sesetengah orang Indonesia, mereka percaya bahawa telur ayam yang dicampur dengan sprite boleh Meningkatkan keghairahan seksual, menyembuhkan impotensi dan boleh meningkatkan tempoh persetubuhan untuk pasangan suami isteri. Tetapi ini semua tiada bukti yang ketara.

Di Malaysia, terdapat ramai orang yang mesti beli satu sarang telur setiap bulan. Pembelian itu adalah untuk keperluan setiap keluarga. Kebanyakan menu sarapan pagi adalah berasaskan telur bagi ahli keluarga sebelum mereka pergi ke sekolah atau kerja.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Fakta, Khasiat dan Kebaikan Telur Ayam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *