Kegunaan dan Khasiat Pokok Putat

Pokok putat laut biasanya dapat ditemui di kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Ia merupakan sejenis pokok yang tiada musim. Lain kata, pokok ini boleh berbunga dan berbuah buat sepanjang tahun tanpa kira musim. Ia adalah pokok yang tumbuh dengan saiz yang bukan besar sangat. Ketinggian pokok ini jarang melebihi 33 meter.

Putat mempunyai bunga putih mencolok dengan hujung merah jambu pada benang sari berfilamennya. Buah-buahan dan biji mengandungi saponin toksik. Jadi ada orang yang gunakannya untuk dihancurkan dan digunakan sebagai racun ikan.

Pokok putat merupakan tumbuhan liar yang banyak khasiatnya dan kegunaannya. Mungkin masyarakat kini kurang mengetahui akan khasiat putat ini ekoran pokok putat ini kurang popular. Tetapi jika dilihat manfaatnya untuk kesihatan kita, sudah tentu ia akan menjadi pilihan dan harus dikomersilkan untuk penggunaannya.

Bermula daripada daun putat hinggalah kepada buahnya, ia mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri. Rupa daunnya macam pucuk pokok asam gelugur.

pokok putat
pokok putat

Nama saintifik bagi pokok putat ialah Barringtonia spp. Terdapat kira-kira 40 spesies pokok putat ini di Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Tumbuhan ini kebiasaannya boleh didapati di kawasan lembah, tepi sungai dan tanah lembap seperti paya. Pokok putat ini boleh mencapai ketinggian sehingga 28 meter. Bagi pokok yang kecil. Ketinggiannya sekitar 15 meter.

Jenis-jenis Putat

  1. Putat Laut
  2. Putat Kampung
  3. Putat Darat
  4. Putat Sungai
  5. Putat Air
  6. Putat Gajah
  7. Putat Nasi
  8. Putat Hutan

Kegunaan dan Khasiat:

Daun Putat

  • Pucuk putat boleh dijadikan ulam.
  • Pucuk putat ini juga boleh dibuat kerabu.
  • Boleh melancarkan darah.
  • Boleh dicampurkan dalam laksa utara. (menambah keenakan laksa tersebut)
  • Daun muda putat laut boleh mengubat sakit perut dengan meramas-ramaskannya di dalam air dan meminum airnya
  • Daun yang segar dilayur dan diletakkan pada luka atau kulit yang berkudis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Pucuk putat ini juga turut dimakan oleh rusa.
  • Daun putat ditumbuk bersama-sama beras dan disapu pada bahagian terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air tersebut dan mencegah ia daripada merebak.
  • Daun putat juga boleh mencegah ketagihan dadah.

buah putat

Buah Putat

  • Buah ini juga digunakan untuk mencegah kegatalan kulit.
  • Buah putat yang muda boleh juga dibuat sambal.
  • Buah yang matang kurang sesuai digunakan dalam masakan kerana bersabut.
  • Bijih benih putat yang kering sangat berancun dan boleh menyebabkan kematian.

Kayu pokok putat laut boleh digunakan membuat kanu dan kerja pembinaan. Ia merupakan salah satu ulam yang pernah saya cuba. Rasanya sungguh sedap cicah dengan sambal belacan atau tempoyak dan makan dengan nasi yang panas fuhhh terangkat hihiih. Memang bertambah la nasi.

Pada masa dulu pokok ini banyak tumbuh dengan meliar di tepi sawah di kebanyakan kampung. Buahnya cantik dan menarik perhatian. Walaupun saya sudah tidak tanam pokok ini, tetapi kalau pergi ke pasar, mesti saya tidak lupa untuk beli pucuk putat dan pucuk kedondong untuk dijadikan sebagai ulam.

Adakah Ia Beracun?

Buah putat ini mengandungi racun yang tidak banyak. Ada orang yang gunakannya sebagai racun ikan. Mereka buangkannya ke dalam sungai dan ikan akan pening dan terapung di atas air.

Jus yang dikeluarkan dari buah itu boleh digunakan untuk melekat payung kertas dan membunuh kutu dan parasit.

Ulam ulaman

Terdapat banyak jenis ulam-ulaman di Malaysia dan mereka mempunyai khasiat dan rahsia kesihatan yang tersendiri masing-masing. Antara ulam ulaman yang lebih popular adalah pucuk putat, kangkung, asam gelugur atau asam keping, bawang merah, halia, dan lain-lain.

Untuk membuat ulam dari buah putat, pertama kita perlu membuang kulitnya. Kemudian, buah putat tersebut dapat dicincang dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk membuat ulam. Rasa buah putat yang lemak dan rangup akan memberikan kelembutan dan kekenyalan pada ulam.

Ramai yang pakai dengan pucuk putat sebab ia mempunyai khasiat yang boleh melancarkan perjalanan darah. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kulit dan mencegah serangan gatal-gatal. Sesetengah orang pakainya sebab ia dapat melicinkan kulit mereka.

Ada orang yang ambil daun putat yang matang untuk mengubati penyakit cacar air. Cara penggunaannya ialah mengambil 5 atau 6 helai daun dan ditumbuk dengan beras. Lepas tu disapu atau dipupuk pada bahagian badan yang terkena cacar.

Daunnya boleh direbus dan diminum sebab ia boleh menyejukkan badan. Bagi wanita yang mempunyai masalah penyakit keputihan, boleh juga mereka minum daun putat yang direbus itu.

Di samping itu, pucuk putat muda juga dijadikan ulam dan dimakan atau dihiris untuk ramuan nasi kerabu. Ada juga orang yang suka masukkan pucuk putat ke dalam laksa kerana ia dapat menambah cita rasa pada laksa. Jika makan cicah budu rasa juga sungguh sedap.

Pokok putat boleh ditanam dalam pasu di rumah jika anda dapat atau beli pokok putat kecil dari ladang. Dengan ini anda boleh dapat makan ulam yang segar. Sekiranya anda tanam di tanah rumah anda, anda perlu memangkas dengan kerap bagi ia rendang. 

Okey, ini sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikumpulkan mengenai pokok putat dan khasiat daun dan buahnya. Ada sesiapa tanam pokok putat ni? atau ada tanam di kampung?

Rujukan:

Artikel berkaitan:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *