Tanda Kolesterol Tinggi dan Cara Untuk Menurunkannya

Kolesterol tinggi meningkatkan peluang serangan sakit jantung dan strok, bayangkan kalau ia terjadi pada anda?

Jadi, memang penting penurunan kolesterol untuk semua, ini termasuk golongan muda, dewasa and warga tua, juga individu dengan atau tanpa sakit jantung dan/atau strok.

Pengurangan kolesterol teramat penting untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Risiko sakit jantung bertambah dengan paras LDL yang tinggi. Manakala, risiko sakit jantung berkurangan dengan paras LDL yang rendah.

Paras kolesterol harus dikekalkan di bawah 200mg/dl seperti apa yang dicadangkan oleh kebanyakan doctor. Pengurangan kolestrol adalah satu cara untuk menjaga jantung anda dan disyorkan untuk menjamin hidup yang lebih sihat.

kolesterol tinggi
kolesterol tinggi

Apa yang menyebabkan kolesterol tinggi?

Diet dan gaya hidup boleh memberi kesan pada jumlah lemak dalam darah kita juga cara pengalirannya dalam badan. Semua yang dinyatakan di bawah boleh meningkatkan paras kolesterol anda atau mengbah nisbah kolesterol baik dan buruk:

Penyebab sekunder:

Setengah keadaan perubatan dan ubat yang ditetapkan juga boleh memberi kesan pada paras kolesterol anda. Sekiranya anda berasa bimbang bahawa ini mungkin adalah keadaan anda, hubungi doktor anda.

Secara khususnya, berikut adalah penyebab umum lemak darah yang tidak sihat (paras kolesterol dan trigliserida) yang harus diberi perhatian dan diatasi:

  • Kencing manis jenis dua
  • Kelenjar tiroid yang kurang aktif (Hipotiroid)
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah hati
  • Pengambilan alkohol

Kolesterol tinggi juga boleh diwarisi, tapi selalunya ia adalah akibat daripada pilihan gaya hidup yang tidak sihat, dan sebab itu ia boleh dicegah dan drawati.

Diet yang sihat, senaman yang tetap dan bertafakur sekali-sekala boleh memberi kesan yang berpanjangan dalam pengurangan kolesterol tinggi.

Simptom

Kolesterol tinggi tidak menunjuk apa-apa simptom. Ujian darah merupa satu satunya cara untuk mengesannya.

Menurun paras kolesterol anda secara semulajadi dan selamat

Anda baru dimaklum tentang kolesterol tinggi dan doktor telah memberi ubat yang tetap untuk menurunkan paras kolesterol tinggi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih bimbang akan kesan sampingan yang buruk dari pengambilan ubat yang diberikan.

Tak tentu dengan apa yang harus dilakukan? Anda memang sedang baca artikel yang betul. Selain dari memilih makanan yang betul dan bersenam, terdapat juga herba dan suplemen yang dapat membantu anda untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi.

Malah anda mempunyai banyak pilihan lain dan anda boleh mengabungkan pilihan ini untuk merancang satu pelan yang sesuai untuk anda dan gaya hidup anda.

10 Makanan Penurun Kolesterol:

Ayo, mari kita menggariskan panduan yang anda akan gunakan untuk membuat pilihan makanan. Proses pemilihan ini akan menjadi lebih senang selepas anda ketahui apa yang harus dimakan dan apa yang harus dihad atau dielak untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi. Anda memilih makanan dalam kategori yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Anda akan memerlukan panduan berikut untuk memilih makanan yang mengandungi: serat yang tinggi, lemak tepu yang rendah, kaya dengan asid lemak omega-3, dan lemak tak jenuh jamak juga lemak tak jenuh tunngal. Anda harus menghad atau mengelak sepenuhnya lemak trans and lemak jenuh dari diet anda.

1. Bawang putih

Salah satu herba terbaik untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi adalah bawang putih. Banyak kajian saintifik telah menyumbang maklumat yang menyakinkan untuk menyokong faedah bawang putih dalam penurunan kolesterol.

Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan seulas bawang putih ke dalam diet anda setiap hari. Kalau anda ingin mengambil dua ulas, pastikan anda memakannya semasa makan tengah hari and malam, dan jangan makannya dengan perut yang kosong.

Terdapat juga banyak herba yang lain untuk dipilih, tetapi kenalah mendapat nasihat terdahulu dari ahli herba atau pengamal perubatan ayurveda yang diperakui untuk memilih apa yang sesuai dengan sistem badan anda. Vitamin B patut diambil dari pelbagai suplemenvitamin yang sedia ada.

Kalau anda sudah mengambil multivitamin, ia seharusnya dah ada di dalam kandungannya. Kalau tidak, pilihan yang baik adalah mengamabil vitamin B-compleks yang telah memasukkan pelbagai vitamin B yang baik untuk saraf anda.

2. Halia

Jika anda didapati berkolesterol tinggi, rizom tumbuhan ini yang biasanya diguna sebagai rempah masakan mungkin dapat menurunkannya. Halia dah lama diguna untuk mengubati sakit kepala, loya, muntah, mabuk dan radang sendi.

Halia juga mengurangkan keradangan, dan ini mungkin sebabnya sesetengah penyelidik berpendapat bahawa ia bermanfaat untuk jantung dan dapat mengurangkan kolesterol tinggi.

3. Kacang

Semua kacang kaya dengan protein sayur, serat, lemah tak tepu yang menyihatkan jantung, vitamin E, magnesium, kalium, sterol semulajadi tumbuhan dan pelbagai zat tumbuhan yang bermanfaat. Pengambilan 30-50g kacang setiap hari berpotensi menurunkan kolestrol dengan purata 5%.

4. Bijian Chia dan bijian Flax

Bijian Flax berfaedah sebagai sumber terkaya asid alfa-linolenik (ALA), sejenis asid lemak omega-3 yang diperolehi dari tumbuhan. Ia juga diberi tempat pertama dari segi pembekalan lignan untuk keseimbang hormon.

Kedua-dua bijian Chia dan bijian Flax mengandungi serat larut and serat tak larut yang sangat tinggi, yang dapat menyokong penyingkiran toksin badan, memupuk kesihatan usus dan membantu pengurangan berat badan.

5. Soya

Kurangkan pengambilan lemak tepu adalah perubahan diet paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kolesterol darah. Pengambilan daging dan keju yang mengandungi lemak tepu boleh dikurang dan diganti dengan makanan soya yang membantu kesihatan jantung.

6. Minyak sayuran

Penggunaan minyak sayur cecair seperti kanola, bunga matahari, kesumba, dan sebagainya sebagai gantian kepada mentega, lemak haiwan atau lelemak semasa memasak atau menghidang dapat mengurangkan LDL.

7. Avokado

Avokado adalah salah satu sumber lemak tak jenuh tunggal terhebat yang bermanfaat kepada jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL sementara menurunkan LDL.

8. Oat

Jika anda ingin menurunkan kolesterol anda, caranya mungkin hanya dengan mengubah hidangan sarapan pagi anda. Menukar sarapan pagi anda ke dua hidangan yang mengandungi oat, boleh mengurangkan kolesterol LDL (buruk) sebanyak 5.3% hanya dalam masa 6 minggu.

Kunci kepada pemusnahan kolesterol ini adalah beta-glukan, sejenis bahan dalam oat yang menyerap LDL yang kemudiannya dikeluarkan dari badan sebagai kumuhan.

9. Teh

Teh, tak kira ais atau panas, membebaskan banyak sebastian antioksidan. Banyak kajian telah membuktikan bahawa teh dapat mengendurkan saluran darah and mengelak bekuan darah.

Flavonoid, antioksidan utama dalam teh, telah menunjuk berkesanannya dalam pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL yang mengakibatkan pembentukan plak pada dinding arteri. Antioksidan yang mujarab ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

10. Salmon dan ikan berlemak

Lemak omega-3 merupakan salah satu daripada keajaiban kesihatan semulajadi dunia dan telah terbukti kebekesanannya untuk membanteras penyakit jantung, demensia dan banyak penyakit yang lain. Kini, asid lemak ini dapat menambah satu lagi faedah ke dalam koleksi faedah kesihatannya: menurunkan kolesterol.

Menurut penyelidikan dari Universiti Loma Linda, menggantikan lemak tepu dengan omega-3 seperti yang terdapat dalam salmon, sardin dan hering dapat meningkatkan kolesterol baik sebanyak 4%.

Makanan yang harus dielak demi kolesterol tinggi

Unsur utama untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, termasuk kolesterol tinggi ialah mengurangkan keradangan. Makanan yang menyebabkan radang termasuk:

  • Semua jenis makanan yang diproses
  • Gula
  • Produk bijirin yang ditapis
  • Minyak sayur berproses
  • Produk tenusu konvensional (bukan organic, homogeny dan pasteur)
  • Produk haiwan ternakan ladang
  • Terlalu banyak kafein dan alcohol

Senaman:

Terdapat banyak penyelidikan tentang hubungan antara senaman dan pengurangan kolesterol. Dalam semua kajian, keputusannya amat mengalakkan walaupun anda hanya berjalan selama 30 minit sehari, berkebun atau mendaki.

Ideanya ialah melibatkan diri anda dalam aktiviti yang menyeronokkan supaya anda dapat mengekalkannya untuk jangka masa yang panjang. Factor ini sahaja sudah dapat membuat perubahan besar kepada penurunan angka kolesterol anda secara semulajadi.

Memang semua makanan, herbal dan suplemen, juga senaman dapat membantu penurunan kolesterol secara semulajadi dan anda tidak lagi perlu menggunakan ubat preskripsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *