Apa Itu Bantuan Sara Hidup?
Ia merupakan kesinambungan dari bantuan sebelumnya iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Tujuannya adalah untuk melegakan beban rakyat dengan memberi bantuan kewangan kepada rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah atau kurang upaya.
Setelah pertukaran kerajaan pada tahun 2018, ramai orang ingat bantuan kewangan ini akan dibatalkan. Nasib baik kerajaan baru sudah memutuskan untuk teruskan program bantuan ini demi kebaikan semua rakyat.
Bantuan Diberikan Dari Fasa ke Fasa
Bantuan Sara Hidup Rakyat akan terus diagihkan kepada golongan B40 yang layak menerimanya pada tahun 2019. Ia telah diberikan kepada rakyat dari fasa ke fasa.
Cara Untuk Memohon
Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan.
Cara Pertama: Kunjung Cawangan LHDN yang Berdekatan
Anda boleh memohon Dana Bantuan Hidup Rakyat dengan berkunjung ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Anda boleh terus buat pertanyaan di kaunter dan juga permohonan terus di sana.
Sekiranya anda ingin muat turun borang dulu dan isi sebelum pergi ke pejabat LHDN, boleh anda download borang dengan link ini.
Cara Kedua: Daftar Secara Online di Laman BSH
Cara pertama ialah anda boleh pergi ke laman portal rasmi BSH dan buat permohonan secara online.
1. Pilih “Permohonan Baru”.
2. Lepas tu isi semua maklumat yang diperlukan, lepas tu tekan butang “hantar” untuk buat permohonan.
Bantuan Sara Hidup Rakyat dibahagi kepada 3 kumpulan utama. Mereka perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Golongan yang layak menerima BSH adalah:
- Keluarga dengan gaji atau pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM2,000 akan menerima bantuan hidup RM1,000.
- 2. Keluarga dengan gaji atau pendapatan bulanan dari RM,2001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan hidup sebanyak RM750.
- 3. keluarga dengan gaji atau pendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima menerima bantuan hidup RM500.
- 4. Di samping itu, bagi golongan B40 yang merupakan keluarga berpendapatan rendah, jika mereka mempunyai anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun, setiap anak akan mendapat bantuan sebanyak RM120.
- 5. Setiap keluarga maksimum boleh dapat bantuan untuk 4 anak. Bagi keluarga yang mempunyai orang kurang upaya, mereka tidak dikenakan atas pembatasan umur.
BSH 2019 adalah terhad kepada keluarga yang sudah berumahtangga (iaitu tuan rumah yang sudah berkahwin, atau orang tua yang berumur 60 tahun ke atas), tetapi untuk golongan muda yang bujang, mereka tidak layak untuk dapatkan bantuan ini.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan dalam talian (hanya terpakai kepada mereka yang tidak memperoleh BSH dari fasa 1 pada tahun 2019, iaitu orang yang kena membuat permohonan semula):
1. Layan ke portal BSH.
2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
3. Isi nombor kad pengenalan anda, lepas tu klik “Semak”.
4. Ikut dengan mesej JPN untuk isikan nama, jatina, umur secara automatik.
5. Lepas tu, anda kena isi maklumat lain yang diperlukan seperti alamat, nombor telefon, status perkahwinan dan lain-lain.
6. Isi maklumat anak-anak. Maksimum boleh isi 4 maklumat anak-anak.
7. Isi maklumat bank akaun anda termasuk nombor akaun bank supaya pihak berkenaan boleh membuat pindahan wang scara terus ke dalam akaun bank anda.
8. Muat naik salinan dokumen sokongan yang berkaitan
Mengikut laman web rasmi BSH, jika pemohon kehilangan sijil perkahwinannya, dia boleh menggantikannya dengan dua jenis dokumen:
- Umat Islam boleh digantikan oleh kad nikah.
- Atau orang lain boleh menggunakan sijil lahir anak kerana ada nama ibu bapa pada sijil lahir anak.
9. Isi maklumat Waris (benefisiari)
Apabila pemohon meninggal dunia, penerima boleh memohon pencen sebanyak RM1,000.
Penerima manfaat adalah terhad kepada mereka yang mengisi kekeluargaan, termasuk ibu bapa, suami isteri, anak-anak, adik-beradik, dan cucu.
10. Masukkan captcha seperti ditunjukkan. Captcha disediakan untuk mengurangkan akses spam dari orang lain.
11. Klik untuk cek kotak itu untuk menunjukkan bahawa maklumat yang anda isi adalah betul.
12. Simpan atau Hantar.
Klik Simpan untuk menyimpan.
(Jika belum habis isi, anda boleh mengemas kini data sekali lagi lain kali)
Jika anda sudah selesai mengisi, anda boleh klik Hantar dan hantar permohonan anda secara langsung kepada pihak berkenaan.
BR1M vs BSH
BSH telah dikemaskini dari BR1M dan jadi nama baru BSH. Boleh anda rujuk ke jadual bawah dan buat bandingan sendiri dengan BR1M dan BSH.
Macam mana saya terima duit itu?
Bayaran BSH akan dimasukkan terus ke bank akaun penerima bantuan wang itu masing-masing. Anda akan dimaklum apabila bantuan ini akan dibayar.
Bagaimana boleh saya tahu sama ada duit itu sudah transfer ke akaun bank saya?
Boleh anda cek status di portal rasmi BSH itu.
Mengapa tidak terima duit dalam akaun bank saya?
Bagi BSH 2019, pembayaran bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah adalah melalui akaun bank isteri. Tetapi terdapat sebilangan penerima BSH telah salah daftar nombor akaun bank suami dan ini menyebabkan kegagalan untuk LHDN mengkreditkan wang ke dalam akaun kerana nombor akaun itu bukan di bawah nama isteri.
Jika anda ingin buat semakan bantuan sara hidup pada telefon bimbit anda, boleh anda muat turun aplikasi BSH Rakyat ke dalam telefon anda.
BSH ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah yang termasuk warga emas, ibu tunggal, guru dan mereka yang masih bujang.
Elaun-elaun perkhidmatan yang diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai Gred 48 adalah termasuk dengan Bantuan Sara Hidup (COLA) juga.
Bagi bantuan hidup untuk bujang, kerajaan akan mengkaji semula jumlah bantuan sara hidup untuk bujang dan mengemukakannya kepada kabinet untuk membuat keputusan akhir.
Untuk sebarang butiran lanjut, boleh anda hubungi: 1800-88-2747
Atau hantar ke e-mel: [email protected]
Baca juga: Cara dan Proses untuk Memohon RUMAWIP