Tips dan Teknik Untuk Ibu Hamil

Di sini saya ingin berkongsi sikit tips and teknik bagi ibu yang berhamil.

Berpuasa untuk Ibu Hamil

Ramadhan kali ini pada saya sendiri memang agak mencabar, saya berdoa supaya Allah memudahkan ramadhan kali ini kerana saya pun sedang hamil masuk 8 bulan. Rasa setiap tahun memang saya pregnant waktu ramadhan.. hihi anak berderet-deret kan. Tahun lepas saja yang kosong. Itu pun kelam kabut dengan hormon yang tidak stabil.

Tapi hari ini dah masuk hari ke-3, menipu jugak sebenarnya jika hendak kata saya tak larat dan lemah, memang lemah juga dan penat juga. Tapi memang kuatkan badan dan kuatkan semangat untuk menghadapi ramadhan ini.

Ok… bagi puan-puan yang juga hamil mari kita cari info cemana untuk terus bertenaga untuk berpuasa.

Baju Hamil Muslimah
Baju Hamil Muslimah

Semasa Sahur

Ketika sahur adalah lebih baik pilih makan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang cukup. Kedua jenis makanan ini dapat bertahan lebih lama di dalam pencernaan dan akan melambatkan kita untuk menjadi lebih lapar. Sebaiknya ibu hamil banyak mengambil daging. Daging adalah makanan yang mengandungi kalori dan protein yang tinggi dan boleh disimpan di dalam tubuh dalam waktu yang cukup lama.

Selain daripada daging, untuk ibu yang hamil mereka perlu mengambil makanan yang kaya vitamin C dan Zinc juga untuk menjaga ketahanan badan.

Jangan mengambil makanan manis semasa sahur agar tidak merasa cepat lapar akibat insulin shock.

Sebaiknya habis bersahur, minum air putih sebanyak-banyaknya. Sebaiknya dapat minum semalam 2 liter air. Dan ditambah dengan segelas susu suam. Minum segelas susu setiap sahur akan mengurangkan anaemia bagi ibu hamil.

Semasa Berpuasa

Pertama sekali betulkan niat kita untuk ikhlas berpuasa supaya puasa kita akan menjadi lebih ringan dan membahagiakan meskipun sedang hamil.

Dapatkan rehat yang mencukupi daripada hari biasa.

perempuan itikaf
perempuan itikaf

Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih contoh seperti membuat aktiviti berat ataupun fikir perkara yang berat. Elakan sebarang tekanan.

Segera berbuku puasa di anda mengalami perkara ini:

  • Muntah-muntah lebih daripada 3 kali dan takut terjadi dehidrasi.
  • Mengalami cirit birit yang teruk.
  • Lemah, kepala berpusing petanda kepada hipogliksemik
  • Mengalami peluh yang berlebihan terutama peluh yang dingin menunjukkan ibu hamil tidak kuat lagi untuk berpuasa.

Semasa Berbuka

Mulakan dengan minuman panas dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah, tetapi kena ingat juga supaya jangan minum terlalu banyak sangat, sebab kena control tahap gula juga. Elakkan minuman sejuk kerana ia menurunkan proses di perut.

Kemudian makan makanan yang berkarbohidrat mudah seperti kumar supaya mudah untuk diserap di dalam badan.

Selepas solat maghrib, baru makan makanan yang lengkap. Sebaiknya jangan banyak sangat, boleh sambung lagi selepas solat tarawikh.

Sebelum tidur boleh minum susu yang suam dan makanan biskut untuk menampung perut.

5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku

Bulan ini sudah masuk 7 bulan bagi kehamilan saya. Walaupun bayi dalam kandungan ini sudah merupakan anak ke-lima untuk saya, tetapi masih gerun lagi untuk bersalin. Pada masa kini sudah saya mula sekali lagi untuk refresh semula info-info untuk bersalin.

pregnant woman

Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang teknik untuk mengurangkan sakit semasa kontraksi berlaku.

Semasa contraction berlaku memang kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan kadang-kadang rasa itu memang tidak boleh tahan. Semasa saya bersalin anak pertama, ini memang berlaku pada tempoh yang panjang.

Masa tu contraction ada, tapi kurang kerap. Masa tu darah sudah turun dan saya terus pergi ke hospital untuk cek. Memang hospital tahan di wad. Beberapa hari juga saya perlu duduk dalam Hospital masa tu.

Keadaan macam ini memang biasalah bagi saya yang tiada sebarang pengalaman lagi. Jangan lupa itu merupakan persalinan anak pertama bagi saya buat masa tu.

Biar saya kongsikan 5 teknik untuk kurangkan sakit semasa kontraksi berlaku kepada semua ibu-ibu yang sedang hamil. Antara teknik-teknik adalah:

1. Berkedudukan tegak

Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yang berhampiran. Apa yang boleh anda buat adalah bagi badan anda bersandar pada kerusi, dinding atau katil hospital. Jika perlu, anda boleh juga melutut.

2. Duduk menghadap hadapan

Melaraskan posisi badan anda supaya duduk berhadapan kerusi belakang dan sandarkan diri pada bantal atau kusyen. Rehatkan kepada anda pada lengan disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakka dan rehatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih keadaan ini.

4. Posisi merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. COndongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan anda.

5. Teknik meniup

Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya, sebut … huf… huf… huf… seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut kaki anda dengan baik. Lepas siap sedia boleh bersandar badan ke hadapan. Dengan ini, boleh rehatkan kepala anda di atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

Teknik-teknik di atas, anda boleh mencuba mengikut kesesuaian anda sendiri. Boleh minta bantuan suami untuk mengurut bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan.

9 Manfaat Berenang untuk Ibu Hamil

Hari ini saya berpeluang untuk pergi ke homestay kawan saya yang terletak di Bukit Serdang. Bila sampai sana, tengok dengan mata saya sendiri rasa amat cantik sekali homestay yang kawan saya ada ini. Homestay dia ada kolam berenang lagi. Sementara anak-anak cuti sekolah ini, sebab kawan dah banyak kali panggil saya pergi, jadi kenalah layan saja kan? Setiba sana memang anak-anak pun banyak menyeronokkan diri berenang di sana.

swimming mom

Lepas dapat berendam di dalam kolam berenang, badan saya rasa macam best dan amat lega pula. Tambahan lagi, saya rasa macam badan ada dapat satu tenaga yang best. Jadi lepas habiskan satu hari di homestay kawan saya dan balik ke rumah sendiri, saya mula untuk cuba cari informasi pasal berenang untuk dikongsi bersama dengan puan-puan semua.

Okay. Di sini ingin berkongsi dengan anda semua tentang 9 manfaat berenang bagi ibu yang hamil. Selepas buat banyak kajian dalam internet, inilah 9 manfaat yang dapat saya kumpulkan. Jadi, terpaksalah pergi dengan kerap ke swimming pool untuk mendapatkan semua manfaat yang akan disebutkan di bawah ini.. hihi

1. Berenang menggunakan 2 otot besar di kaki, apabila ibu hamil berenang, ia akan melatih ototnya untuk digunakan semasa bersalin. Otot yang kuat akan melancarkan semua proses semasa bersalin.

2. Berenang dapat meningkatkan peredaran udara di dalam tubuh kerana semasa berenang berlaku pergerakan di mana ia melatih untuk bernafas dengan lebih baik ketika menyedut udara dan menghembus udara.

3. Meningkatkan daya tahan tubuh dengan akvititi yang dilakukan semasa berenang. Ini sangat baik untuk ibu dan juga janin.

4. Membakar kalori tubuh sehingga membuat ibu hamil tidak terlalu berlebihan kalori, berenang mampu membakar kalori tersebut.

5. Menyegarkan tubuh melalui berbagai gerakan ketika berenang, lebih baik lagi jika aktiviti berenang tersebut dilakukan dengan aktif dan teratur.

6. Melatih emosi dengan cara yang paling menyenangkan. Diakui bahawa bersenam boleh meningkatkan diri untuk beradaptasi dengan berbagai perasaan.

7. Melancarkan peredaran darah dalam badan ibu yang hamil dan dengan ini ibu tidak senang untuk menghadapi sebarang kesakitan tubuh badan.

8. Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru. Dengan fungsi jantung dan paru-paru yang sihat, maka ibu juga akan berasa kuat badan tanpa banyak kerisauan.

9. Membantu untuk tidur lebih nyenyak. Tidur yang nyenyak dan mencukupi setiap malam adalah amat penting untuk menjaga pertumbuhan bayi dalam perut yang sihat.

Bagaimana Atasi Kerap Kencing Semasa Hamil?

Opsss..Nak kencing lagi!. Hendak cerita malu. Namun itulah hakikatnya buat segelintir ibu hamil yang terpaksa berdepan masalah kerap buang air kecil semasa hamil. Malah sedikit tekanan seperti batuk dan bersin pun boleh membuatkan anda terkencing.

pregnancy

Jangan risau, ini adalah normal dan masalah biasa yang dialami oleh ibu hamil. Bahkan ia merupakan tanda-tanda awal kehamilan dan akan berlaku dengan kerap ketika anda sudah di hujung-hujung kehamilan.

Penyebab

1. Peredaran darah

Faktor utama ialah peredaran darah ke buah pinggang semasa tempoh hamil meningkat sehingga 60%. Peningkatan peredaran darah ini melibatkan pertambahan 25% urin. Rasa kerap kencing ini terjadi sekitar minggu ke 9 hingga ke 16 kehamilan dan ia akan berulang apabila anda berada pada trimester ke 3.

2. Tekanan pada rahim

Apabila rahim mula membesar, ia akan menyebabkan tekanan pada area pundi kencing. ini menyebabkan anda akan ke ke tandas dengan lebih kerap. Ada yang ke tandas 10 minit sekali terutama 3 bulan terakhir. Dengan kencing yang kerap anda perlu menggantikan kembali cecair yang hilang dengan kerap minum air kosong sehingga 8 gelas sehari demi memastikan diri tidak dehidrasi.

Bagaimana mengurangkan kekerapan ke tandas

1. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman ringan dan bergas. Kandungan kafein dapat meningkatkan rasa ingin membuang air kecil. Mengelakkan minuman berkafein juga adalah cara naikkan hb ke paras selamat.

2. Amalkan senaman kegel. Senaman ini dapat membantu menguatkan otot-otot di sekitar uretra. Ia bukan sahaja bagus untuk mengatasi masalah kerap kencing namun ianya sebagai persediaan melahirkan bayi kelak. Lakukan senaman ini 10 hingga 20 sehari, anda akan mudah bersalin. Insha Allah

3. Hadkan pengambilan air di waktu malam bagi mengelakan tidur anda terganggu dengan rasa ingin ke tandas. Anda boleh minum banyak air di waktu siang.

4. Gunakan panty liner. Anda juga boleh menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) atau tuala wanita bagi mengatasi waktu- waktu yang tidak dijangka terutama semasa berada diluar rumah. Tiadalah masalah seluar atau kain basah dengan tiba-tiba.

Jadi masalah kerap hamil ini bukanlah masalah besar yang perlu anda risaukan. Ia adalah normal kecuali jika kencing anda kotor atau terasa sakit semasa membuang air kecil. Anda perlu rujuk kepada doktor jika anda mengalami masalah ini.

Baca juga: Nutrisi Ibu Hamil Yang Membantu Kesihatan Ibu dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *