Tip Membancuh Teh Dengan Betul

Tak payah risau ok, hari ni saya tidak akan buka sedikit pun topik yang menjurus kepada tutorial atau yang sama waktu dengannya, sebaliknya menukarkan entri tersebut kepada cerita teh yang selalu anda semua duduk hirup pada masa pagi buta tu.

Sebelum itu saya nak tanya sikit, adakah anda semua sedar bahawa kebanyakan penggemar teh sebenarnya hanya tahu menikmati rasa dan aroma teh tanpa mengetahui cara-cara membancuh teh dengan betul?

bancuh teh
bancuh teh

Saya memang serius dengan hal ini dan tidak tipu tentang pasal ni. Lagi pun bukan saya seorang yang kata macam tu, kalau korang tak percaya bolehlah pergi tanya doktor pakar.

Menurut kajian pakar, kebanyakan penggemar teh hanya mementingkan rasa dan aroma tatkala menikmati setiap hirupan. Namun cara membancuh teh yang baik agar mendapatkan khasiatnya secara total, kurang dipraktikkan.

Dengar tu…

Dan bersempena dengan itu… (cheewah ayat memang tak boleh blah) saya dengan senang hatinya memberikan beberapa tip mudah bagaimana membancuh teh dengan betul yang gigih saya kutip dari belakang rumah. Tipu okey, sebenarnya daripada majalah Nur.

Jom layan.

1. Kacau teko

Sebaik saja teko mendidih, surut beberapa air di sekitar teko kosong dan cawan teh dan kemudian buangnya air tu. Ini dapat memanaskan teko dan cawan sedikit dan juga akan bersihkan semua sisa buih dari bekas yang terdapat sebelum ini. Sebab pada umumnya tiada siapa yang mencuci teko teh dengan sabun sebab semua yang ada adalah daun teh saja.

2. Gunakan air matang

Air matang dan bersih adalah air yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada pencemaran dan bahan-bahan lain yang boleh mengubah rasa teh secara dramatik. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk air mengandungi beberapa kandungan mineral semulajadi, kerana ia dapat meningkatkan rasa teh.

3. Tuang air panas yang mencukupi

Untuk mendapatkan rasa yang enak, cuci daun teh dengan menuangkan air panas secukupnya pada bancuhan pertama. Kemudian ditapis beberapa saat sebelum airnya dibuang. Hal ini dilakukan bagi membuang debu yang masih terdapat pada teh dan menjadikan rasanya lebih enak.

4. Jangan guna air yang baru didih

Elakkan daripada menggunakan air yang baru mendidih untuk membancuh teh. Sebaiknya gunakan air panas yang bersuhu antara 80 – 90 darjah Celsius kerana ia dapat mengelakkan bahan anti oksida dalam teh daripada rosak.

Selalu kalau saya bancuh air teh, mesti guna air panas yang baru dimasak. Lepas ini kena tunggu air tu turun suhu sikit baru digunakan untuk bancuh teh.

5. Menuangkan Teh

Untuk mengelakkan tumpahan teh dari bahagian atas teko, sentiasa letakkan satu tangan pada tudung agar penutup tidak tergelincir. Tuangkan dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan untuk tuang air teh yang terlalu banyak.

Jika anda mahu, anda boleh menggunakan penapis supaya daun teh tidak berkumpul di dalam cawan. Apabila semua orang sudah duduk di tempat masing-masng, maka sudah tiba masanya untuk semua orang menikmati teh yang disediakan oleh anda.

6. Minumlah segera setelah dibancuh

Dengan minum teh segera lepas ia dibancuh membolehkan anda menikmati teh yang mempunyai potensi anti-oksidan dengan penuh. Minum teh semasa ia masih panas juga membolehkan anda menikmati sepenuhnya bau dan aroma dari teh itu.

7. Jangan biarkan teh yang telah dibancuh berada di dalam teko dengan masa yang panjang

Kesalahan terbesar yang dilakukan oleh orang ramai apabila membuat teh panas adalah kebanyakan daripada mereka biarkan teh berada di dalam teko terlalu lama. Jika anda biarkan teh terlalu lama ia akan kehilangan rasa dan menjadi sangat pahit.

Teh yang telah dibancuh adalah baik untuk diminum dalam masa yang singkat supaya dapat rasa yang terbaik apabila ia berada di suhu yang mengeluarkan aroma yang paling baik. Jadi pastikan anda memberi perhatian kepada masa semasa anda minum teh.

8. Jangan minum teh yang telah dibancuh lebih 24 jam

Elakkan daripada meminum teh yang telah dibancuh lebih daripada 24 jam. Teh basi lazimnya akan membuatkan kita cirit-birit. Jadi, anda kena tahu bahawa minum air teh yang telah disimpan boleh menyebabkan sakit perut.

cawan teh
cawan teh

9. Simpan serbuk teh dalam bekas tertutup supaya aromanya dapat dikekalkan

Pastikan serbuk teh anda disimpan di tempat yang kering dan jauh dari kelembapan yang berlebihan. Kelembapan boleh mengurangkan jangka hayat teh secara mendadak, dan boleh menyebabkan bentuk acuan.

Macam bukan susah sangat,  kan? Jadi lepas ni kalau korang agak-agak inginkan rasa teh dan khasiatnya yang sebenar, jangan lupa untuk praktikkan tip membancuh teh yang disenaraikan seperti di atas.

P/s: Saya sekarang tengah berfikir rupa dan bentuk air matang seperti yang terdapat pada isi pertama.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *