Simptom Penyingkiran Kafein

Kafein yang disingkirkan daripada tubuh seseorang mampu melemahkan seseorang yang tidak mendapat kafein. Bagi anda yang menggemari minuman kopi akan sedar bagaimana minuman tersebut boleh mengakibatkan ketagihan. Simptom penyingkiran kafein akan terasa dalam beberapa jam sahaja selepas ianya dikeluarkan dari tubuh.

kafein kopi
kafein kopi

Berikut ialah senarai simptom penyingkiran kafein yang tidak akan menyebabkan anda ditimpa kematian.

1. Sakit kepala

Penyakit ini adalah antara tanda-tanda kafein yang paling biasa didapati selepas Penyingkiran Kafein. Ia akan terasa bermula di bahagian belakang mata dan menuju ke bahagian atas depan kepala. Sakit kepala akan mereda dan hilang selepas otak menyesuaikan diri dengan peningkatan aliran darah di dalamnya.

2. Mengantuk

Kafein mempunyai fungsi menghalang reseptor untuk adenosina, satu neurotransmitter yang boleh membuat anda merasa mengantuk. Jadi anda akan selalu berasa bersemangat selepas minum kopi yang mengandungi kafein.

Selepas berhenti minum kopi, anda akan rasa senang jadi letih walau pun duduk dengan tegak. Mata tak dapat dilelapkan kerana terjaga keletihan.

3. Senang marah

Sekiranya anda sering minum minuman berkafein dan jadikan ia sebagai satu habit dari sebahagian kehidupan anda, anda mungkin telah mengembangkan kebergantungan pada perangsang. Berhenti minuman kafein boleh jadi cabaran yang hebat bagi anda, dan anda mungkin akan menjadi senang marah.

Kesan sampingan berhenti dengan pengambilan kafein selalunya kurang parah jika anda mengurangkannya dengan beransur-ansur dan bukan berhenti secara tiba-tiba.

Anda akan menjadi orang yang sensitif.  Belajar untuk kawal kemarahan anda. Asingkan diri anda dalam bilik jika perlu.

4. Lesu

Anda akan menjadi malas untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Untuk mengurangkan lesu dan keletihan, elakkan minuman yang berasaskan kopi dengan syrup dan krim manis. Anda juga harus mengehadkan penggunaan pemanis tambahan anda. Boleh anda cuba mengganti satu cawan kopi dengan satu cawan air di mana ia boleh membantu untuk memulihkan tenaga anda.

5. Sembelit

Anda akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar kerana tiada rangsangan kafein terhadap usus. Orang yang sering mengambil kafein boleh mengalami sembelit ringan selepas mengurangkan pengambilan kafein mereka.

Mereka boleh merawat sembelit dengan memakan makanan yang kaya dengan serat dan juga pastikan badan mereka slalu terhidrasi dengan minum air yang cukup.

6. Murung

Anda akan kelihatan murung dan gemar bersendirian. Penyingkiran kafein macam boleh mengambil semua harapan untuk hidup bagi sesetengah orang.

Murung buat sementara adalah okay, tetapi jika anda sudah berjuang dengan kemurungan ini boleh jadi masalah yang besar dan mungkin anda perlu pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang tepat.

7. Sakit otot

Anda akan mengalami beban di bahagian otot sehingga kelihatan berat untuk bergerak.

Walaupun penyingkiran kafein secara amnya tidak berbahaya, tetapi apabila otot anda terjejas dengan rasa sakit atau ketidakselesaan, ia boleh membuat sukar bagi protein untuk memecah di dalam badan anda. Ini boleh membawa kepada kesakitan dan kelemahan otot yang serius.

Apa yang boleh anda buat adalah kurangkan minuman kopi dengan perlahan-lahan, dan gantikan kopi dengan minuman lain yang tidak mempunyai kafein.

8. Kurang fokus

Aktiviti anda akan terganggu kerana tidak dapat fokus dengan baik.

Apabila kita berhenti minum kopi, kita akan rasa kehilangan kesan tenaga yang bermanfaat ini dan menyebabkan kesukaran untuk menumpukan perhatian. Jika anda mengalamai situasi seperti ini, adalah baik anda henti bekerja dan pergi rehat buat sementara. Lepas situasi menjadi baik baru teruskan kerja.

9. Selesema

Kemungkinan besar kesan sampingan seperti selesema jarang berlaku dan dikekang kepada mereka yang sebelum ini minum minuman kafein yang banyak.

Jika anda menghidapi selesema, anda akan mengalami hidung tersumbat, sinus tersekat dan muntah. Jika keadaan terlalu serius, maka perlulah anda pergi jumpa doktor untuk dapat rawatan yang betul.

10. Insomnia

Anda akan mengalami kesukaran untuk melelapkan mata.

Sesetengah orang tidak boleh tidur selepas sinkirkan minuman kopi. Ini kerana badan mereka akan melalui perubahan akibat ketiadaan kafein dalam sistem. Ini disebabkan oleh gangguan kitaran tidur akibat penyalahgunaan kafein. Insomnia adalah satu gejala yang mungkin akan dialami lewat dalam proses penyingkiran.

Tempoh penyingkiran kafein

Bagi anda yang baru mengambil kafein secara ringan, gejala ini akan berlaku selama beberapa hari sahaja. Bagi anda yang sudah lama mengambil kafein sehingga 1000mg akan mengalaminya sehingga tempoh 2 bulan. Walau bagaimana pun paling lama tempoh yang pernah direkodkan ialah sekitar 7 hari sahaja.

Tips meringankan kesakitan

Sekiranya anda mengalami simptom penyingkitan kafein, ianya dapat dilegakan dengan mengambil langkah-langkah di bawah ini :

1. Makan ubat tahan sakit. Pilih ubat yang sesuai seperti aspirin, tylenol dan ibuprofen bagi mengurangkan sakit otot dan sakit kepala.

2. Minum banyak air. Terhidrat begitu penting ketika proses penyingkiran akan menolong anda berasa lebih selesa.

3. Banyakkan rehat. Ia dapat membantu merancang kelancaran penyingkiran kafein anda.

4. Bersenam. Aktiviti bersenam akan membuat anda berasa lebih baik. Senaman menyebabkan pembebasan dopamin, yang kini berkurangan jika tiada kafein.

5. Makan secara sihat. Meningkatkan diet anda menerusi makan banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan akan membekalkan badan anda dengan nutrisi yang diperlukan.

Dalam apa jua keadaan, ingatlah bahawa menarik diri daripada kafein amatlah sukar dan mengambil masa. Tidak lama kemudian anda akan bebas dari kafein dan akan dapat merasai kehidupan tanpa pengaruh harian kafein.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *