10 Cara dan Petua Hilangkan Batuk dan Sakit Tekak

Tidak kira umur atau jantina anda, sakit tetak dan batuk yang berterusan boleh benar-benar mengganggu badan dan minda anda. Malangnya, kita semua terjejas dan ditimpa oleh penyakit yang sangat biasa pada masa ini dalam kehidupan kita. Jadi, apa itu batuk dan mengapa ia berlaku?

batuk coughing

Apa yang Menyebabkan Sakit Tekak dan Batuk?

Sakit bekak dan batuk adalah refleks yang membantu membersihkan saluran pernafasan anda. Saraf di saluran pernafasan menjadi terangsang oleh alergen, keadaan perubatan, permakanan ubat-ubatan, dan perengsa lain. Semua ni boleh menyebabkan pengusiran udara yang kuat dari paru-paru.

Walaupun kebanyakan batuk adalah berkaitan dengan virus, terdapat juga beberapa jenis batuk lain yang perlu kita berikan perhatian.

Mereka boleh menjadi tanda amaran bahawa anda mempunyai kesihatan yang terjejas seperti asma, pedih ulu hati atau bahkan kanser.

Jenis Batuk

  • Batuk akut – apabila ia berlaku kurang dari 3 minggu
  • Batuk Kronik – apabila ia berterusan selama lebih dari 8 minggu (jika anda sudah lama batuk untuk tempoh ini, berhenti membaca sekarang dan pergi jumpa doktor!)
  • Batuk Subacute – berterusan antara 3 dan 8 minggu
  • Batuk Produktif – jika anda batuk dahak
  • Batuk kering – jika tidak ada pengusiran dahak
  • Batuk Malam – berlaku hanya pada waktu malam
batuk bayi
batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk dan Sakit Tekak

Selepas mengetahui jenis-jenis batuk yang ada, perlulah kita lawan dengannya untuk kembali kepada keadaan yang sihat. Di sini saya berkongsi dengan anda 10 petua yang boleh membantu anda hilangkan batuk dan sakit tekak bagi semua orang dewasa, kanak-kanak, dan bayi.

1. Mandi Dengan Air Yang Panas

Mandi panas dapat membantu batuk dengan melembutkan rembesan di hidung. Sesetengah doktor berkata strategi beruap ini dapat membantu mengurangkan batuk, selesema, dan juga alergi. Ia amat membantu juga bagi bayi yang batuk. Mandi dengan air panas yang boleh diterima oleh bayi akan kurangkan kesusahan yang bayi mengalami dengan batuk mereka.

Humidifier juga boleh membantu. Humidifier adalah peranti yang meningkatkan kelembapan dalam bilik tunggal atau seluruh bangunan. Di dalam rumah yang kering, rembesan hidung boleh menjadi kering dan tidak selesa. Meletakkan kelembapan di udara boleh membantu kurangkan batuk anda. Tetapi kena berhati-hati dengan memakai humidifier supaya tidak jadikan bilik terlalu lembap juga.

2. Minum Air Yang Banyak

Pastikan badan selalu dalam keadaan terhidrat membantu mengurangkan lendir yang berlebihan dan mengurangkan refleks batuk anda. Minum air yang cukup juga membantu mengekalkan membran mukus lembap. Ini amat berguna pada cuaca yang panas apabila rumah sangat panas dan kering.

minum air
minum air

3. Pakai Minyak Pati(Essential Oil)

Anda boleh titik beberapa titisan minyak kayu putih atau minyak pokok teh dengan menggosok minyak pati pilihan anda di leher dan sinus anda. Anda juga boleh menitik satu atau dua titisan di dada. Ulangi dua kali sehari, terutama sebelum tidur. Minyak pati dapat menlegahkan tekak dan anda akan berasa selesa dengannya. Ia juga amat sesuai untuk dipakai pada badan bayi jika bayi anda juga mengalami batuk.

essential oil
essential oil

4. Cengkih Bawang Putih

Rebus bawang putih dalam susu dan minum. Minum segelas susu ini setiap malam selama 2-3 hari, dan anda pasti akan melihat perbezaannya. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat dan ia dapat menghilangkan kesakitan di mana anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada batuk anda dengan mudah.

bawang putih
bawang putih

5. Halia, Peppermint, Dan Madu

Anda boleh mengambil:

  • 3 sudu besar halia yang dicincang
  • 1 sudu kecil peppermint kering
  • 1 cawan madu
  • 4 cawan air

Campurkan semua ni dan minum. Boleh anda minum ubat herba ini sekali dalam setiap 3 atau 4 jam.

halia peppermint madu
halia peppermint madu

Halia mempunyai sifat antibiotik yang kuat. Jika diambil dengan madu, ia berfungsi sebagai ubat penghilang rasa sakit semula jadi dan pernafasan batuk pada bila-bila masa sepanjang hari. Peppermint membantu halia dalam menghapuskan jangkitan kerana ia merupakan agen antimikrobial. Ia juga melegakan saluran sinus dan sensasi gatal di kerongkong anda.

6. Menggunakan Bantal Panas

Gunakan bantal dan masukkan kacang merah di dalamnya. Panaskan dengan microwave selama 3 minit dan letak di bawah leher anda semasa tidur. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan bantal haba elektrik dan menyesuaikan diri dengan haba yang anda selesa dan tidur dengannya. Haba yang dibekalkan dari bantal haba akan mengawal sistem imun anda dan akan membuat anda pulih dari batuk dengan cepat. Bayi juga boleh dirawat seperti demikian. Cuma anda kena pastikan bantal yang dipakai tidak terlalu panas yang mungkin mencederakan kulit bayi.

bantal panas
bantal panas

7. Kunyit

Kunyit adalah ubat yang telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Batuk dan sakit tekak adalah salah satu penyakit yang biasa orang pakai kunyi untuk jadi herba rawatan semula jadi. Kunyit mempunyai sifat-sifat untuk membersihkan lendir dan mengeluarkan penyumbatan pada tekak kita. Ia merupakan ubat penawar yang paling tua yang digunakan untuk hilangkan batuk dan sakit tekak yang dahsyat.

kunyit
kunyit

8. Minum Teh Chamomile

Chamomile dikenali dengan sifat pemulihannya. Teh Chamomile sangat berharga untuk mengurangkan kekambuhan batuk. Minum chamomile sebelum tidur adalah sangat membantu dan amat dicadangkan untuk minum dengannya jika batuk tidak memberi sebarang peluang untuk anda rehat pada waktu tidur. Chamomile membolehkan anda masuk tidur dan ia sangat diperlukan apabila anda mendapat sakit batuk yang teruk.

chamomile tea
chamomile tea

9. Campuran Badam

Beberapa tradisi purba percaya badam membantu melegakan masalah bronkial, termasuk batuk. Mereka mengesyorkan campuran beberapa sudu kacang almond yang halus dengan secawan jus oren dan menghirup sebagai rawatan batuk semula jadi. Makan badam setiap hari juga boleh mengurangkan kolesterol anda.

almond
almond

10. Pergi Jumpa Doktor

Jika batuk dan sakit tekak anda tidak sembuh dalam masa yang panjang, terutamanya untuk bayi, baiklah pergi jumpa doktor dan dapatkan ubat yang diperuntukkan oleh doktor. Makan ubat dengan mengikuti arahan yang diberikan oleh doktor untuk hilangkan batuk anda.

Rujukan:
Webmd.com

2 Comments on “10 Cara dan Petua Hilangkan Batuk dan Sakit Tekak”

  1. Sangat bermanfaat 🙂

    Bagi saya, saya pakai cara berkumur dengan air masin suam yang dapat membantu untuk mengurangkan kerengsaan di kerongkong saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *