Pelbagai Tapes Untuk Kegunaan Harian

Terdapat pelbagai pita gam yang kita pakai setiap hari untuk kegunaan yang berlainan. Antara pita yang biasa kita pakai termasuk pita penanda lantai, pita pelekat foil aluminium, hook and loop tape, dan banyak lagi tape yang lain.

Pita Penanda Lantai (Floor Marking Tape)

Floor marking tape ataupun pita penanda lantai dibuat daripada plasticized polyvinyl chloride (PVC) dan disaluti dengan pelekat getah asli gred premium dan daya tahan lasak. Floor marking tape direka untuk tujuan membuat tanda di lantai untuk membezakan sempadan-sempadan tertentu. Ianya banyak digunakan di tapak pembinaan, kawasan proses pengeluaran kilang dan gudang.

floor marking tape
floor marking tape

Ciri-ciri Floor Marking Tape

  • Kekuatan tegangan  yang baik serta anti-lelasan / haus.
  • Daya cengkaman yang kuat serta kuasa melekat yang cemerlang
  • Berwarna cerah, boleh didapati dalam satu warna ataupun dengan jalur campuran
  • Penebat haba yang baik dan rintangan yang tinggi kepada minyak, kimia dan air.

Kebaikan Floor Marking Tape

  • Boleh dibuang ataupun ditanggalkan dengan mudah dan tanpa meninggalkan sebarang sisa pelekat pada lantai
  • Sesuai digunakan di dalam dan luar kawasan rumah atau kilang.
  • Fleksibiliti yang sangat baik dan lekatan yang baik pada permukaan yang tidak rata serta bentuk yang tidak sama
  • Warna terang atau berjalur untuk menarik perhatian serta memberi amaran untuk aspek keselamatan.
pita penanda lantai
pita penanda lantai

Skop Penggunaan Floor Marking Tape
Pita ini digunakan secara meluas. Contohnya di gelanggang badminton, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola sepak, pita penanda lantai digunakan untuk menanda garisan sempadan.

Untuk kilang pula, floor marking tape digunakan untuk menanda sesuatu kawasan yang penting. contoh tempat yang disediakan dengan alat pemadam api, menanda sempadan lorong khas untuk berjalan agar tidak dihalang dengan benda-benda dan sebagainya.

Sebelum adanya marking tape, untuk tujuan membuat tanda-tanda sempadan, kita akan menggunakan cat. Ini memakan masa dan kos tinggi. Bayangkan sekiranya anda sentiasa perlu membuat penanda di lantai, betapa senangnya jika menggunakan tape ini. Yang lama senang ditanggalkan dan yang baru senang diaplikasikan.

Aluminium Foil Tape Untuk Industri

Pita pelekat foil aluminium, salotap foil aluminium ataupun aluminium foil tape diperbuat daripada foil aluminium sebagai bahan sokongan dan bersalut pelekat akrilik.

Aluminium foil tape ditutup dengan selapis pelindung kertas yang di-siliconized. Ia mempunyai ketahanan yang sangat baik terhadap kakisan kimia kerana perlindungan lapisan nipis aluminium oksida yang disalut pada permukaan foil aluminium.

aluminium foil tape
aluminium foil tape

Ciri-ciri Aluminium Foil Tape

  • Kekuatan tegangan yang baik dengan prestasi tahan kakisan kimia yang stabil
  • Lapisan aluminium yang agak lembut dengan pelekat agresif memberikan ketahanan yang luar biasa
  • Mudah untuk digunakan kerana sifat mulur yang menghalang pita daripada menjadi tidak kemas ketika penggunannya
  • Permukaan yang berkilat membolehkan penggunaanya di sesuatu tempat senang dikesan.

Kebaikan Aluminium Foil Tape

  • Permukaan aluminium foil tape tahan kebasahan, ikatan dan kelekatan.
  • Aluminum foil tape mempunyai rintangan yang sangat baik ke atas api dan  cahaya ultra-ungu (UV).
  • Tahan untuk kegunaan luar rumah.
  • Pengaliran haba yang baik dan pantulan cahaya yang cemerlang disebabkan oleh unsur-unsur kimia perak dalam foil aluminium
  • Kalis air memberi kemampuan yang sangat baik sebagai perlindungan terhadap wap, debu dan karat.

Kegunaan Aluminium Foil Tape

  • Pita pelekat foil aluminium digunakan untuk melekat papan, panel dan menyambung paip untuk proses pembinaan dan-himpunan
  • Khas digunakan untuk menutup dan memasang saluran paip dalam peti sejuk dan peralatan pemanasan
  • Digunakan secara meluas dalam automotif, perkakas elektrik isi rumah dan sesuai untuk gentian kaca salur balut
  • Amat sesuai untuk penyaman udara, kejuruteraan penebat haba, alat perkakasan dan pengecapan panas.

Baca juga: Jenis Tape Untuk Kereta Dan Cara Menghilangkan Sisa Double Tape

Penggunaan Hook and Loop Tape Semakin Meluas

Hook & Loop tape ataupun pelekat Hook & Loop tape dihasilkan pada tahun 1948 oleh George De Mestral – seorang jurutera elektrik Switzerland. Semenjak itu, Hook & Loop tape boleh didapati dan pada masa sekarang kepelbagaian ukuran panjang boleh didapati. Name Hook & Loop tape diambil daripada nama kilang pertama yang menghasilkan serta memasarkan pita pelekat tersebut.

velcro tape 4 inches

Ciri-ciri Hook & Loop Tape

Ia boleh digunakan dalam bidang yang luas. Contohnya, anda boleh gunakan pelekat Hook & Loop untuk mengetatkan kasut anda (tidak perlukan tali untuk ikat kasut). Tape ini juga amat kukuh dan ini membolehkannya mampu menyokong berat yang tertentu.

Ia diperbuat daripada bahan ringan dan senang digunakan. Boleh dipasang pada kasut, wayar, pakaian dan sebagainya.

Polyester dan nylon merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Hook & Loop tape. Ini menjadikan ianya sangat tahan lama dan boleh dicuci dengan mudah.

Baca juga: Pelbagai Kegunaan Untuk Reben Yang Boleh Anda Dapati

velcro tape 1 inche

 Kelebihan Hook & Loop Tape

Ramai isi rumah menggunakannya sebagai pengikat di permaidani, langsir atau tirai tingkap. Bagi yang mempunyai komputer, printer, scanner, keyboard di rumah atau pejabat pastinya terdapat banyak wayar. Untuk mengemaskan kesemua wayar supaya tidak berselerak, pita pelekat Hook & Loop amat sesuai.

Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), tape ini banyak digunakan di pakaian mereka agar senang untuk mereka pakai.

Jika anda tidak ingin menggerudi lubang di dinding rumah tetapi masih ingin menggantung gambar ataupun objek kecil, Hook & Loop tape merupakan pilihan terbaik. Anda hanya perlu lekatkan pelekat Hook & Loop di dinding dan terus boleh gantung gambar atau objek. Ramai suka melekat pita ini di dinding untuk gantung papan tanda kecil, nota, keychain dan lain-lain lagi.

Video klip dibawah menunjukkan cara penggunaan pelekat hook & loop tape.

Saiz Dan Kuantiti Hook & Loop Tape

Saiz & PACKING
Warna
Gulung/Kotak
25 mm x 25m Black / White / Brown / Red / Light Orange / Violet / PurpleLight Yellow / Light Green / Forest Green / Blue 40
50 mm x 25 m 20
100 mm x 25 m 10
150 mm x 25 m 6

Zoom Permukaan Gam Yang Melekat (Adhesive)

Banyak antara kita yang tidak pernah terfikir apa yang menyebabkan pita pelekat boleh melekat. Tahniah kerana anda terfikirkannya. Boleh anda baca seterusnya untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Kenapa Permukaan Gam Melekat?

Apakah bahan dalam gam yang membuatkannya melekit dan boleh melekat?

Sebenarnya terdapat dua jenis gam, iaitu gam semulajadi dan gam sintetik (yang dibuat atau artificial). Kedua-duanya mempunyai kandungan yang berbeza dan pelbagai namun memegang konsep yang sama.

Iaitu, gam terdiri daripada hasil gabungan molekul yang panjang dan besar. Contohnya, protein. Setiap molekul pula mempunyai daya menarik yang tersendiri.

Walaupun kecil dan tidak berapa kuat, namun setelah bergabung dengan molekul yang lain dalam jumlah yang besar, daya tersebut menjadi kuat hasil daripada gabungan semua tenaga itu. Sebab itulah, gam menjadi melekit.

Apakah aspek yang diambil kira untuk membuatkan sesuatu gam itu melekat dengan kuat atau sebaliknya?

Molekul yang digunakan, kerana kekuatan daya tarikan sesuatu molekul adalah berbeza dengan molekul yang lain (dipole bond.. dll) dan jumlah molekul yang digunakan.

Apakah gam yang paling asas?

Adunan tepung dan air. Walaubagaimanapun, gam yang pertama sekali ditemui bukanlah tepung dan air ni tau..

Adakah semua jenis gam melekit?

Tidak. Ada dua jenis mekanisma gam untuk melekit. Pertama, secara mekanikal, dan yang kedua secara kimia. Kebanyakan gam yang melekit ialah gam yang menggunakan cara tindakan kimia.

Manakala gam yang tidak melekit pula ialah gam yang mencantumkan dua dengan cara mekanikal seperti penyangkut. Gam jenis ini biasanya mula bertindak dalam keadaan cair.

Semasa cair, ia akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga kecil di antara dua permukaan yang ingin dicantumkan. Setelah ia keras, ia bertindak seperti penyangkut dan menyebabkan dua permukaan seperti melekat. Sebagai contoh, hot glue dan gam gajah.

Bagaimana pita pelekat dibuat?

Pada dasarnya, ada dua elemen penting dalam pita pelekat iaitu plastik dan bahan kimia yang melekit (saya sengaja tidak meletakkan istilah sains). Bahan kimia itu adalah hasil adunan pelbagai bahan untuk mengekalkan kualiti gam seperti UV-filter, bahan untuk mengelakkan pereputan dan juga bahan untuk membuat gam itu melekit.

Sebagai tambahan, pewarna juga akan ditambah untuk mewarnakan pita pelekat. Bahan kimia tersebut akan dibiarkan panas, apabila kering ia akan mula melekit. Jadi, semasa bahan tersebut masih dalam bentuk cecair, ia disadur kepada satu permukaan plastik.

Bahagian itulah yang akan menjadi bahagian pita pelekat yang melekit. (Tapi, tentunya ia dimudahkan dengan penggunaan mesin.)

Bagaimana kekuatan melekit sesuatu pita pelekat diukur?

Kekuatan gam untuk melekat tidak diukur dengan anggaran sahaja, seperti meletakkan jari dan mengagak. Tetapi, menggunakan cara yang lebih sistematik untuk memudahkan kerja mengklasifikasikan kualiti gam. Salah satu caranya ialah ‘mengukur jauh bola’ (kurang pasti samada cara ini universal atau tak).

cara mengukur pita pelekat

Di samping mengkaji sedikit berkenaan perkara ni, saya sempat melihat satu cara mudah membuat gam tanpa toksik. Selain daripada empat bahan utama yang diperlukan seperti dalam gambar rajah di bawah, kita juga boleh menambah bahan sendiri dan menghasilkan bau wangi untuk kegunaan seperti membuat kad atau perhiasan. Kreatif kan.

homemade glue recipe

Baca juga: Nak Buat Bisnes Online, Tapi Macam Mana Nak Pos Barang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *