Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Pastinya ramai pembaca di sini yang telah sedia maklum apakah yang dimaksudkan dengan kehamilan. Kalau ada sesiap yang tidak tahu, bolehlah aku ceritakan secara ringkas apa maksud hamil itu. Kalau nak diterangkan dengan terperinci, perlulah aku ucapakan maafkan aku sebab aku bukanlah seorang doktor.

Sebelum itu aku bagi tahu dulu, artikel ini tidak sesuai untuk dibaca oleh golongan yang berumur 18 tahun ke bawah ataupun yang belum berkahwin. Tak ada makna pun korang baca..

tanda awal hamil
tanda awal hamil

Semoga apa yang ditulis tentang tanda awal kehamilan boleh dijadikan panduan tetapi ianya bukanlah suatu faktor kemestian kerana ianya hanyalah sekadar perkongsian pendapat dari aku. Sekiranya ada artikel atau pendapat yang lebih tepat sila abaikan artikel ini.

Beberapa tanda awal kehamilan

Dibawah ada beberapa gejala ataupun perkara yang boleh dikaitkan dengan tanda-tanda awal kehamilan.

Tidak datang bulan(Tidak datang haid)

Umumnya bagi wanita yang sudah pernah melahirkan anak pastinya sudah mengetahui tanda-tanda ini. Ini merupakan tanda-tanda awal dalam proses kehamilan. Apa yang penting di sini, bakal-bakal ibu harus mengingati ataupun mengetahui bilakah hari haid yang terakhir.

Ini kerana pada masa inilah perkiraan tentang usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin akan dibuat. Tetapi faktor tidak datang bulan bukanlah merupakan faktor wajib tanda awal kehamilan dan mungkin juga disebabkan oleh lain-lain faktor.

Terasa loya, mual dan muntah

Tanda awal hamil ini adalah merupakan perkara biasa bagi perempuan-perempuan yang mengandung. Ianya kebiasaannya berlaku ketika bulan-bulan pertama ibu mengandung. Merupakan tanda awal kehamilan 2 minggu.

Isteri aku juga pernah mengalami gejala ini tetapi tidaklah teruk sangat seperti orang lain. Ada jugak yang muntah-muntah jer sampai lembik badan.

Malah yang lebih teruk lagi, isteri tak mabuk(muntah) tetapi suaminya pulak yang muntah-muntah sampai lembik. Kata orang pembawakan budak tu.. entahla betul atau tidak… Kebiasaannya gejala awal kehamilan ini akan hilang selepas tiga bulan usia kehamilan.

Mengidam

Keadaan seperti ini memang biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung. Fenomena ini biasanya berlaku di bulan-bulan pertama kelahiran. Jadi buat si suami ataupun bakal ayah, kalau ada isteri yang tengah mengandung tu mengidam yang baik-baik tu silalah laksanakan.

Bukannya apa pembawakan budak tu, ataupun kata orang bayi dalam perut tu yang nak makan. Kalau boleh penuhilah kehendak isteri kita.

Payudara membesar

Fenomena ini memang satu kebiasaan dalam proses kehamilan kerana perubahan pada payudara. Perubahan-perubahan ini disebabkan oleh oestrogen dan progesterone yang dihasilkan oleh uri dan placenta(tembuni). Oestrogen dan progesterone ini menyebabkan pertumbuhan pundi-pundi dan saluran susu di dalam payudara.

Kerap membuang air kecil

Proses selalu membuang air kecil ini adalah merupakan perkara yang biasa berlaku pada awal mengandung dan juga akhir kehamilan. Kekerapan membuang air kecil pada peringkat akhir kehamilan adalah kerana tindakan kepala bayi yang menekan pundi kencing terutamanya di waktu malam.

Tanda awal kehamilan tidak semestinya tanda anda hamil

Okey untuk pengetahuan semua, tanda-tanda awal kehamilan dengan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) sebenarnya memang agak sukar untuk dibezakan. Ini kerana kedua-dua gejala tersebut mempunyai banyak persamaan kepada mereka yang menghidapnya iaitu gangguan emosi, fizikal dan psikologi.

Faktor ini menyebabkan serta menimbulkan banyak masalah kepada wanita, kerana ramai yang terkeliru dan menyangka mereka sedang hamil sedangkan mereka sebenarnya hanya mengalami Menstruasi.

Jadi apa itu PMS dan kaitannya dengan tanda awal kehamilan?

Tiada, bahkan ianya langsung tidak bersangkut-paut. Premenstrual Syndrome (PMS) merupakan gabungan gangguan emosi, fizikal, psikologi, dan mood yang berlaku selepas ovulasi wanita dan biasanya berakhir selepas permulaan aliran haid wanita.

Buat masa ini punca sebenar PMS masih tidak diketahui tetapi doktor yang membuat kajian mengenainya percaya ianya berkaitan dengan interaksi antara hormon seks dan bahan kimia otak (neurotransmitter).

Bagaimana Pula Dengan IPS(IMAGINARY PREGNANCY SYMPTOMS), Adakah Ia Tanda Awal Mengandung?

Sama seperti PMS, sindrom IPS tiada kaitan dengan tanda awal kehamilan. IPS berlaku akibat perasaan mahu hamil yang kuat pada wanita. Perasaan ini akan menyebabkan seseorang merasakan gejala PMS yang dihadapi sebagai tanda awal kehamilan yang sebenar. Pada hal ianya cuma perasaan sebenar akibat reaksi hormon dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil iaitu progesteron.

Jelas bukan? Sebab itulah saya selalu menegaskan bahawa tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih atau sakit pada payudara bukanlah bukti jelas bahawa anda sedang hamil setiap kali diajukan soalan seperti di atas.

Saya risau kalau jawapan daripada saya nanti mungkin akan mengecewakan anda kerana untuk pengetahuan semua, hal ini pernah terjadi di depan mata saya, melihat bagaimana kecewanya seorang ibu pertengahan usia kerana mendapati beliau tidak hamil sedangkan tanda-tanda awal kehamilan sudah di depan mata.

Satu cara yang pasti untuk mengesahkannya ialah buat pemeriksaan UPT sendiri atau di hospital dan melakukan ujian ultrasound bagi mengesan kehadiran janin dalam rahim. Itu lebih baik daripada melayan perasaan kehamilan.

6 Cara Cepat Hamil

Mungkin sudah banyak tahun anda cuba mengelakkan diri daripada hamil tetapi anda mahu ia berlaku dengan secepat mungkin sebaik sahaja anda bertekad untuk mengandung!

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mempertambahkan peluang anda untuk mengandung dalam masa yang tersingkat.

cara cepat hamil
cara cepat hamil

Ini bukan sains yang tepat tetapi jika anda berumur kurang daripada 35 tahun, dalam keadaan sihat dan kerap mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan, kehamilan sepatutnya terjadi dalam masa 6 bulan ke setahun. Berikut adalah 6 kaedah yang dapat membantu anda untuk hamil dengan cepat.

1. Mendapatkan pengaturan masa yang tepat

Hanya terdapat 6 hari dalam sebulan yang mungkin dapat menghasilkan kehamilan dengan hubungan seks: lima hari sebelum dan hari berlakunya ovulasi (rujuk kepda calendar kesuburan kami).

Anda boleh mengadakan hubungan seks setiap hari atau selang satu hari semasa waktu kesuburan anda – secara umum, peluang untuk kehamilan adalah sama, jadi buatlah apa yang anda rasa paling baik untuk anda dan pasangan anda.

2. Memahami hari-hari kesuburan anda

Tak kira seberapa kerap anda dan pasangan anda bersetubuh, tapi jika anda terlepas hari-hari utama pada setiap bulan di mana ovum anda sudah bersedia untuk persenyawaan, anda tidak akan dapat mengandung. Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah tidak mengetahui secara tepat bila mereka ovulat.

3. Senaman bersama

Penjagaan kesihatan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan anda. Jika anda tidak biasa dengan senaman, mulakan dengan menambah lebih banyak pergerakan ke dalam kegiatan seharian anda.

Sebagai contoh, anda boleh cuba turun di perhentian bas yang selang satu perhentian dengan yang asal, atau mengunakan tangga sebagai gantian penggunaan lif. Anda juga boleh menikmati kelas tarian, atau berjoging bersama-sama dengan pasangan anda.

4. Bersetubuh dalam pengaturan masa yang baik

Apabila anda sedang cuba untuk mengandung, anda akan sentiasa mendapat galakan untuk bersetubuh di atas katil. Tetapi, sama seperti semua perkara yang lain, perkara baik yang berketerlaluan boleh menjadi perkara buruk.

Para pakar menyatakan cara terbaik untuk dapat mengandung dengan cepat adalah bersetubuh sekali dalam sehari, setiap selang satu hari, semasa masa kesuburan anda sebelum dan selepas ovulasi.

Sekiranya anda kerap bersetubuh, bilangan sperma pasangan anda mungkin menurun, sebaliknya jika anda tidak melakukan hubungan seks yang sepatutnya, sperma menjadi tua dan tidak dapat berenang dengan secepat mungkin.

5. Pengurangan kafein

Pengambilan kafeinayang terlalu banyak boleh mengehadkan kesuburan anda. Cuba sasar tidak melebihi daripada 500mg sehari. Ini bersamaan dengan lima cawan jika anda membru kopi anda di rumah.

Tetapi, jika anda mengambil kopi anda di kedai kopi tempatan, hidangan Latte atau Cappuccino sebanyak 16-auns harus menjadi had anda untuk hari tersebut. (Juga boleh rujuk ke artikel ini untuk makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung)

6. Mencapai kemuncak kepuasan syahwat

Walaupun puncak syahwat wanita tidak begitu penting dalam penghamilan, tapi ia pasti dapat membantu anda untuk mengandung. Ramai pasangan tidak menyedari bahawa cara persetubuhan mereka adalah penentu kehamilan pasangan mereka.

Ini bererti anda harus kerap bersetubuh sepanjang kitaran haid, and bersetubuh sekali setiap hari selama 5-6 hari semasa hari kesuburan anda dengan posisi suami di atas (missionary position) yang lebih baik.

Elakkan posisi wanita di atas. Graviti akan menyebabkan sperma meleleh keluar dengan posisi ini. Cuba meletakkan bantal di bawah pinggul anda untuk memudahkan pergerakan sperma ke bahagian atas yang juga dapat mengekalkannya di dalam dengan lebih lama.

Jangan bangun selepas hubungan seks. Cuba berehat dan membenarkan sperma tinggal di dalam faraj selama yang mungkin.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *