Kesihatan Gigi Untuk Ibu Hamil Elak Lahirkan Bayi Pramatang

Saya ingin berkongsi dengan semua ibu mengenai penjagaan gigi semasa hamil.

Ramai ibu-ibu hamil yang hanya mengambil berat tentang soal pemakanan, vitamin, kejang kaki, muntah-muntah dan lain-lain perkara. Namun kesihatan gigi juga merupakan satu perkara yang sangat penting untuk ibu mengandung.

Perubahan Atas Gusi

Perubahan hormon semasa hamil akan menjadikan perubahan atas gusi. Kesan langsung kepada gusi ialah gusi akan membengkak dan lebih lembut kerana peningkatan bekalan darah ke gusi. Tak hairanlah jika ibu dapati gusi mudah berdarah ketika mengandung.

Yang kedua, bagi ibu yang mengalami morning sickness yang muntah tak kira masa. Ibu perlu tahu bahawa, selepas muntah, asid yang boleh melarutkan lapisan luar gigi akan dihasilkan dna ini meningkatkan risiko gigi berlubang.

Selain itu, perubahan tabiat pemakanan yang mengidam macam-macam terutamanya makanan manis dan asam juga boleh mengundang masalah kepada gigi.

Ada juga yang berpendapat bahawa sakit gigi semasa hamil berpunca daripada kekurangan kalsium dalam darah ibu.

Akibatnya, gigi dan gusi mudah dijangkiti dengan kuman dan memberi rasa tidak selesa kepada gusi dan gigi ibu. Ini boleh menimbulkan tekanan. Pengalaman indah sebagai wanita hamil tentu jadi tidak lagi menyeronokkan.

penjagaan gigi dikalangan ibu mengandung
Pastikan ibu floss gigi selepas makan, jangan biar sisa makanan melekat di celah gigi

Komplikasi masalah gusi dan gigi ketika mengandung

Walaupun kaitan antara masalah gusi dan komplikasi ketika hamil sukar untuk dibuat kesimpulan kerana biasanya terdapat sebab-sebab lain yang mungkin terlibat, namun satu kajian yang dilakukan antara tahun 1996 dan 2006 yang melibatkan 12 negara menemui kaitan secara langsung antara masalah keradangan gusi dan kelahiran pramatang, kurang berat bayi atau kedua-duanya.

Namun, kajian selepas itu mengesahkan bahawa kedua-duanya tidak berkaitan.

Walaupun begitu, adalah baik jika ibu dapat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut kerana beberapa doctor gigi mungkin tidak setuju untuk memberi rawatan pergigian semasa mengandung, terutamanya jika perlu mencabut gigi.

Ubat bius yang bakal diberi, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan, manakala beberapa doctor gigi berpendapat bahawa sebarang rawatan terutamanya mencabut gigi adalah tidak perlu kerana sakit gigi adalah perubahan normal ketika mengandung.

Sekiranya masalah gigi ibu disebabkan oleh jangkitan kuman dan gigi perlu dicabut, risiko jangkitan merebak ke jantung adalah tinggi dan ibu mungkin memerlukan antibiotic sebelum rawatan cabut gigi dilakukan.

Pemeriksaan gigi rutin ketika hamil

Pada awal kehamilan, lakukan pemeriksaan gigi untuk memastikan gigi ibu adalah berada dalam keadaan baik walaupun tiada sakit. Jangan lupa dapatkan nasihat doktor gigi mengenai kaedah yang betul penjagaan gigi sepanjang kehamilan.

Jika perlu dapatkan rawatan, beritahu doktor yang ibu sedang mengandung, manalah tahu belum nampak perut kan. Supaya rawatan yang sesuai boleh didapati oleh ibu yang hamil.

Jalani pemeriksaan gigi, elakkan kesakitan sewaktu hamil

Jaga kebersihan mulut

  • Lakukan rutin pembersihan gigi dan gusi dengan baik dan ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Jika ibu alah dengan berus gigi, carilah berus gigi yang bersaiz kecil dan lembut. Berus gigi kanak-kanak pun jadilah asalkan boleh memberus gigi.
  • Jika alah pada ubat gigi pula, mungkin terpaksa gunakan ubat gigi kanak-kanak juga. Tapi pastikan ubat gigi yang mengandungi flourida dan gunakan flos setiap kali selesai makan dan sebelum tidur.
  • Ambil ubat kumur yang mempunyai antiseptik untuk berkumur. Ubat kumur ini boleh membantu untuk membersihkan permukaan gigi. Ia boleh bantu untuk keluarkan sisa makanan yang sangkut dalam gigi dan menghilangkan lapisan plak. Ia dapat menghapuskan kuman secara keseluruhan daripada rongga-rongga mulut.
  • Setiap kali lepas muntah akibat alahan, ibu disarankan berkumur bagi mengurangkan kesan asid dalam mulut.

Jaga pemakanan dan pilih makanan yang sihat

Kurangkan pengambilan makanan yang manis dan melekit. Seperti yang kita sedia maklum, makanan bergula tidak baik untuk kesihatan gigi kerana boleh menyebabkan kerosakan.

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan vitamin C dapat membantu melindungi gusi agar lebih kuat dan tidak mudah berdarah.

Vitamin B6 boleh diperoleh daripada makanan berasaskan biji-bijian dan kekacang, manakala vitamin C pula didapati daripada buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti betik, jambu batu, oren dan sayuran hijau.

Yang paling penting untuk ibu hamil ialah mengambil zat kalsium yang cukup untuk memastikan gigi dan gusi kekal sihat dan kuat. Disamping kekurangan kalsium juga boleh menjadi penyebab sakit gigi.

Diharap ibu-ibu mendapat manfaat daripada perkongsian saya. Jika ingin mendapatkan ilmu penyusuan, untuk persediaan bila ibu melahirkan anak nanti. Semoga anak kita mendapat yang terbaik daripada kita dan itu salah satu cara paling utama untuk mengekalkan hubungan antara ibu dan anak.

Artikel berkaitan:
Bagaimana Atasi Kerap Kencing Semasa Hamil?

One Comment on “Kesihatan Gigi Untuk Ibu Hamil Elak Lahirkan Bayi Pramatang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *