Cara dan Proses Untuk Memohon RUMAWIP

Disebab oleh pembangunan rumah dan hartanah yang pesat, ini telah menjadikan pembinaan rumah semakin berkembang. Akibatnya, harga hartanah rumah di Malaysia juga semakin tinggi dari tahun demi tahun.

rumawip
RUMAWIP

Dengan kenaikan harga rumah, terdapat ramai rakyat Malaysia sudah tidak mampu untuk membeli rumah miliki mereka. Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kebelakangan ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan telah mengeluarkan pelan RUMAWIP dengan tujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah mereka.

Apa itu RUMAWIP?

RUMAWIP hanya memberi tumpuan kepada kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Ia adalah projek rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia dijangkakan kira-kira 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan. Terdapat 3 kategori perumahan mampu milik yang ditawarkan, termasuk studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan dalam bentuk rumah berstrata.

Cara Beli

Terdapat 2 cara untuk membeli RUMAWIP:

  1. Anda boleh beli dengan memohon di laman portal kerajaan.
  2. Anda boleh beli melalui pemaju perumahan sektor swasta.

Memohon RUMAWIP melalui portal kerajaan

1. Kunjungi ke laman rasmi RUMAWIP: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/.

daftar rumawip
daftar rumawip

2. Buat pendaftaran di laman portal kerajaan ini. Lepas mendaftar, kerajaan atau mengumpul semua maklumat peribadi anda dan buat pilihan atas pemohon yang layak.

3. Kerajaan akan minta semua dokumen yang berkenaan daripada pemohon yang layak. Antara dokumen yang diperlukan termasuk:

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • ​Penyata Gaji Terbaru Pemohon
  • Penyata Gaji Terbaru Pasangan
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form)
  • Bil Air dan Bil Elektrik Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)

4. Kerajaan akan serahkan semua dokumen kepada pemaju perumahan untuk menyaring. Selepas anda melalui penyaringan daripada pemaju perumahan, anda akan diatur oleh pemaju perumahan bersama dengan pemohon lain yang layak untuk membuat cabutan atas unit blok yang anda ingin beli.

5. Selepas anda berjaya mencabut unit yang anda dapat, anda perlu buat bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada harga rumah dan menandatangani surat tawaran.

6. Selepas anda mendapat surat tawaran, anda boleh mula pergi ke bank untuk membuat pinjaman rumah atau anda boleh pergi ke pejabat KWSP untuk memohon pengeluaran wang EPF untuk membayar deposit itu.

7. Tandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah(Sales and Purchase Agreement [SPA]).

Proses Beli dari Pemaju Perumahan

1. Membuat bayaran yuran tempahan kepada pemaju.
2. Sediakan semua dokumen yang diperlukan.
3. Tunggu diberitahu oleh pemaju perumahan untuk membuat cabutan atas unit rumah dan hadir pada hari itu untuk mencabut.

4. Selepas anda berjaya mencabut unit yang anda dapat, anda perlu buat bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada jumlah harga rumah dan menandatangani surat tawaran.

5. Selepas anda mendapat surat tawaran, anda boleh mula pergi ke bank untuk membuat pinjaman rumah atau anda boleh pergi ke pejabat KWSP untuk memohon pengeluaran wang EPF anda untuk membayar deposit itu.

6. Tandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah(Sales and Purchase Agreement [SPA]).

Ciri-ciri tentang RUMAWIP

  1. Umumnya semua RUMAWIP adalah dijual pada harga antara RM198,000 hingga RM300,000
  2. Keluasan 800 kaki persegi
  3. 2 Bilik tidur + 2 bilik air
  4. 1 petak letak kereta
  5. Bangunan tinggi (Condominium/Apartment)
  6. Terletak di lokasi utama di kawasan bandar KL

Bagaimana boleh tahu sama ada saya layak untuk beli RUMAWIP?

10 soalan yang boleh membantu anda mengenai sama ada anda layak atau tidak dan juga macam mana untuk mempertingkatkan peluang anda untuk dapatkan RUMAWIP.

Q1. Apakah definisi “Rumah Pertama”?
Jika anda sudah ada pinjaman perumahan dengan anda, maka anda sudah tidak layak untuk dapatkan rumah pertama ini.

Q2. Jika saya ada kedai atau kilang, masih boleh saya mohon RUMAWIP?
Ya, selagi anda tidak memiliki sebarang rumah kediaman anda masih layak untuk memohon.

Q3. Boleh saya beli RUMAWIP dengan wang tunai?
Ya. Boleh.

Q4. Adakah RUMAWIP mesti didapati melalui cabutan?
Ya. Kebanyakan unit adalah dibuat melalui cabutan. Tetapi bagi sesetengah projek, pemohon boleh pilih unit kegemaran mereka.

Q5. Macam mana untuk keluarkan EPF untuk beli RUMAWIP?

  1. Cetak keluar penyata EPF anda.
  2. Serah kepada pemaju perumahan atau peguam anda untuk membuktikan anda mempunyai wang yang mencukupi di akaun 2.
  3. Tandatangan dan mengecap(stamp) SPA.
  4. Bawa SPA yang sudah mengecap ke LHDN.
  5. Isikan semua borang yang diperlukan dan serah untuk dapat kelulusan.
  6. Balik dan tunggu makluman.

Q6. Boleh saya dapat 100% pinjaman perumahan?
Ya. Tapi bank yang berlainan mempunyai kelayakan pinjaman yang berlainan. Anda perlu semak dengan bank berkenaan.

Q7. Boleh saya buat pembatalan sekiranya saya sudah berjaya dapat satu cabutan unit rumah?
Ya, boleh. Tapi selepas cabutan dibatalkan, anda tidak akan dapat peluang lagi buat seumurnya untuk membeli RUMAWIP.

Q8. Adakah RUMAWIP cuma boleh dibeli oleh penduduk Kuala Lumpur?
Bukan. Selagi anda duduk atau kerja di kawasan Kuala Lumpur, anda layak untuk membuat permohonan.

Q9. Macam mana untuk bukti bahawa saya tinggal di Kuala Lumpur?
Boleh anda tunjuk penyata gaji, bil air atau elektrik yang terdapat alamat rumah anda untuk membukti anda tinggal di KL.

Q10. Apakah kriteria untuk beli RUMAWIP?
4 kriteria utama yang perlu dipenuhi:

  1. Anda mesti seorang warganegara Malaysia.
  2. Umur mesti 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan di bawah RM10,000(individu) dan RM15,000(keluarga).
  4. Tinggal dan kerja di Kuala Lumpur.

Laman rasmi: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/RUMAWIP/
Emel: [email protected]

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *