Pernahkan anda ada lakukan mandi wajib? Tahukah anda bahawa mandi tersebut juga dikenali sebagai mandi junub dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dalam agama Islam.
Ketahui niat dan cara mandi wajib adalah sangat penting terutamanya bagi mereka yang terkelur air mani, selepas haid/nifas, atau selepas bersetubuh. Sebab ibadat yang lain tidak akan jadi sah jika anda lakukan mandi wajib yang salah.
Pakai Air Yang Betul
Tidak kira apa jenis air mandian yang anda gunakan sama ada air hujan, air paip, atau air pancut. Semua air ini boleh pakai. Cuma apa yang anda perlu pastikan adalah air tersebut merupakan air bersih dan mutlak.
Mandian ini tidak semestinya perlu dibuat dalam masa yang panjang. Dengan mengikuti panduan yang diberikan di bawah tentang niat dan cara mandi wajib, maka mandian anda itu adalah sah walaupun anda mandi dengan cepat, ringkas, dan senang. Ia adalah mandian yang mudah asalkan ia sempurna dengan mengikut hukum syarak.
foto kredit: Majalah Cahaya JAKIM
Langkah-langkah yang betul adalah penting untuk diamalkan oleh semua orang. Ia tidak boleh dilakukan secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Ini tidak akan jadi mandian yang sah. Mandian yang betul perlu dilakukan dalam kedua-dua keadaan ini supaya seseorang dapat meratakan air mandi ke seluruh tubuh badannya.
Terdapat 3 rukun mandi wajib yang perlu anda tahu:
- Niat
- Menghilangkan najis pada badan
- Meratakan air ke seluruh anggota badan
Antara sebab mengapa kita perlu mandi wajib adalah:
- Pengeluaran air mani selepas bersetubuh
- Selepas haid/nifas
- Wiladah
Cara-cara dan Langkah-langkah
1. Niat pada masa air mandian alir sampai ke tubuh. Bacaan niatnya adalah seperti berikut:
Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala
Maksudnya: “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala ”
2. Membaca “Bismillah”
Bacaan adalah seperti berikut:
3. Membersihkan semua najis dan kotoran yang ada pada tubuh badan terlebih dahulu.
4. Pakai air untuk mencuci tangan buat tiga kali.
5. Pakai air untuk mencuci kemaluan dengan gunakan tangan kiri.
6. Membersihkan tangan kiri dengan menggunakan sabun.
7. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan macam wuduk biasa yang dilakukan sebelum masa untuk melakukan solat. Jika tidak, anda juga boleh menangguhkan mencuci kaki selepas siap mandi. Membaca doa selepas wuduk:
8. Membasuhkan kepala dan mengusapkan rambut dengan air. Mengusap dengan meratakan kepala dan kemudian siram dengan air untuk 3 kali.
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, dia perlu lepaskan ikatan rambut di kepalanya supaya air dapat melalui setiap helaian rambut. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau menunaikan haji dan menghadapi kedatangan haid.
9. Selepas selesai mandian pada bahagian kepala, boleh mula lakukan di bahagian bada dari leher ke bawah. Perlu anda mula sunat menjirus bahagian kanan dulu, lepas tu baru diikuti di sebelah kiri.
10. Ketika mandi, tangan anda perlu menggosok-gosok seluruh tubuh badan dan yang penting bahagian-bahagian badan yang berlipat. Sebab takut air tidak sampai kalau tidak digosok.
11. Akhirnya, meratakan air pada keseluruhan anggota badan.
Anda boleh berwuduk sekiranya ingin menunaikan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat cuma pada niatnya sahaja. Selain daripada itu, cara-cara dan kaedah mandi sebenarnya adalah sama.
Penyentuhan bahagian kemaluan tidaklah jadikan mandi wajib itu tidak sah. Ia cuma akan membatalkan wudhuk. Ketika mandi, jika seseorang menyentuh tempat kemaluan dengan niat untuk meratakan air, dia tidak payah mengulangi wuduk sekali lagi selepas mandi sebab sentuhan tersebut merupakan sentuhan yang perlu dibuat supaya boleh mendapatkan mandi wajib yang sempurna.
Namun kalau sentuhan itu dilakukan baik selepas tempat kemaluan itu telah diratakan air atau mandi sudah diselesaikan, maka pada masa itu barulah seseorang itu wajib mengambil wudhuk satu kali lagi selepas mandi.
Wajib mandi saya jika berlaku keguguran?
Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad, perempuan yang mengalami keguguran atau melahirkan anak, jika tiada darah nifas dikeluarkan, maka ia wajib mandi.
Janin atau anak merupakan air mani yang tukar menjadi kanak-kanak. Janin dan anak yang dikeluarkan dari faraj boleh diumpamakan sebagai air mani keluar daripadanya.
Sekiranya selepas keguguran atau kelahiran anak dan terdapat darah nifas yang keluar, hukumnya akan tertakluk kepada hukum wanita di mana darah nifasnya perlu ditunggu sampai kering dan baru boleh dia mandi.
Hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan ramadan
Hukum ini adalah disebabkan oleh persetubuhan pada malam hari dan ia adalah sesuatu yang diharuskan. Maka ia adalah sah untuk puasa. Ia tidak jadi halangan langsung bagi mereka yang berjunub dan cuma lakukan mandi junub dengan fajar diterbitkan.
Rujukan Video: