JANGAN sesekali beranggapan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal dengan mengikut mana-mana jadual sekalipun. Bayi anda akan memakan makan pejal seperlunya apabila sudah tiba masanya – percayalah kepada proses semulajadi dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda.
Bermulalah dengan perlahan dan biarkan bayi anda mengambil masa untuk mencuba dan menikmati rasa makanan.
Susu Ibu dan/atau Susu Formula adalah sumber makanan yang PALING PENTING untuk bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan. JANGAN gantikan susu ibu atau susu formula dengan makanan pejal. Jangan mulakan pemakanan pejal sebelum doktor pediatrik anda mengatakan sudah tiba masanya.
1 – 3 Bulan
Sajian Bayi Untuk Bayi Baru Lahir
Maklamat sajian bayi bukan sekadar untuk mengisi perut bayi, tetapi adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk bayi kita. Tanggungjawab untuk menyediakan sajian bayi memang besar, namun ia sebenarnya tidak sukar.
Di pasaran, terdapat banyak majalah ataupun buku terbitan pakar-pakar pemakanan yang memberi petua dan tip berhubung pemakanan serta cara memasak mengikut resipi khas untuk bayi. Biasanya resipi ataupun menu makanan terbahagi kepada 3 kategori ialah untuk bayi baru lahir seawal usia 6 bulan, bayi kecil dan kanak-kanak pra sekolah.
Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memulakan Sajian Bayi
- Susu ibu merupakan makanan yang paling baik dan berkhasiat untuk bayi baru lahir. Pastikan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga ianya putus semulajadi.
- Jangan tambah garam di sajian bayi yang disediakan untuk bayi berumur kurang daripada 1 tahun. Ini adalah untuk mengurangkan beban buah pinggang bayi baru lahir.
- Telur kuning hanya sesuai untuk bayi berumur lebih 6 bulan dan telur putih selepas berumur 1 tahun.
- Beraneka resipi atau menu diamalkan agar kita dapat ketahui jenis makanan apakah yang tidak sesuai untuk bayi kita. Dengan cara ini, kita boleh ketahui bayi kita alergi kepada makanan tertentu.
Jenama Sajian Bayi Yang Terdapat Di Pasaran
Di pasaran terdapat pengeluar yang mengeluarkan banyak jenis makanan bayi mengikut peringkat umur. Yang terkenal adalah Nestle dengan salah satu sajian bayi mereka yang popular ialah Nestle Cerelac yang mengandungi campuran epal dan gandum beserta susu. Selain itu, terdapat juga yang dalam bentuk biskut di mana biskut tersebut senang lebur di mulut bayi.
Jika anda ingin belajar untuk membuat sajian bayi, sila rujuk video klip di bawah ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya. 🙂
Bayi anda akan diberi makanan yang sangat baik dan anda akan sedar akan unsur-unsur khusus yang ada dalam makanannya. Dengan melakukan seperti ini, bayi anda akan mendapat makanan yang sama dengan ahli keluarga yang makan, tetapi ia diperbuat dengan kaedah yang sesuai untuk bayi anda. Ini dapat membantu bayi dalam jangka panjang apabila dia mula makan makanan seperti anak kecil.
Susu Ibu atau Susu Formula adalah makanan yang disyorkan untuk bayi yang baru dilahirkan dan ianya mencukupi untuk keperluan nutrisi dan pertumbuhannya.
![susu ibu](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/susu-ibu.jpg)
- Untuk bayi yang berusia 1 bulan, anda perlu menyusukan bayi anda 60-120ml susu badan setiap 2 jam.
- Untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan, anda perlu menyusukan bayi anda 120-210ml susu badan setiap 2 hingga 3 jam.
Susu Formula
- Untuk bayi yang berusia 1 bulan, anda perlu memberikan bayi anda 60-120ml susu formula setiap 2 jam.
- Untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan, anda perlu memberikan bayi anda 120-150ml susu formula setiap 2 hingga 3 jam.
Memulakan pemakanan makanan pejal untuk bayi yang berusia 3 bulan adalah berisiko kerana bayi akan lebih mudah mendapat alahan makanan di masa akan datang berbanding bayi yang hanya diberi susu ibu sehingga usia enam bulan. Susu ibu adalah satu-satunya pilihan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk bayi yang berusia 3 bulan.
4 – 6 Bulan
Ini adalah peringkat umur yang saya rasa sangat dikhuatiri dan merunsingkan kebanyakan para ibu dan bapa. Salah satu perkara yang paling penting untuk diketahui adalah, tidak ada tetapan usia yang pasti untuk pemberian makan pejal kepada bayi. Saya telah mengumpulkan beberapa jenis makanan pejal untuk membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang selamat, sihat dan berkhasiat untuk bayi anda bilamana si manja memulakan proses makanan pejal dan ini adalah resepi makanan bayi 6 bulan yang agak selamat.
Sereal dan bijirin
Nasi putih, nasi perang, bubur.
Sayur-sayuran
Kentang manis, lobak, labu, parsnip, kentang putih, labu madu, dan rutabaga.
Tenusu
Yogurt
Buah-Buahan
Pisang, avokado, pir, epal, nektarin, plum, pic.
![avocado](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/avocado.jpg)
Bayi yang berusia 4-6 bulan cenderung untuk makan 2 hingga 4 auns makanan setiap hari. Sesetengah bayi yang berusia 4-6 bulan mungkin tidak mula mengambil makanan pejal sama sekali.
Ramai para ibu sering tertanya-tanya samada mereka sudah boleh memberikan makanan pejal apabila bayi mereka berusia 4 bulan. Sebaiknya anda tunggu sehingga bayi anda berusia kira-kira enam bulan sebelum memberikan makanan pejal untuk melindungi kesihatan bayi anda.
Pada usia 6 bulan, bayi anda mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih kuat dan ini mengurangkan keberangkalian dijangkiti penyakit bawaan makanan.
7 – 8 Bulan
Apabila bayi anda berusia 7-8 bulan, bayi anda sudah mula merangkak dan ingin mencuba segala-gala makanan! Bayi pada usia ini sungguh ingin tahu apa sahaja yang dilihatnya kerana mereka sudah mula peka terhadap persekitaran.
Bayi anda yang berusia 8 bulan akan masih mengambil 24 hingga 32 auns susu formula atau susu badan setiap hari. Tetapi makanan yang diberikan perlu mengandungi lebih banyak jenis makanan, seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging hancur atau puri.
![sayur-sayuran](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/sayur.jpg)
Berikan si manja makanan lecek dan jejari lembut, serta puri. Makanan jejari boleh berupa potongan lobak yang telah dimasak matang, potongan pisang, atau jejari roti tawar tanpa garam dan kek nasi bersaiz kecil. Ini akan membantu bayi anda membiasakan diri dengan makanan pejal.
Cadangan lain untuk makanan jejari termasuklah keju, roti bakar, dan potongan epal yang telah dikupas. Adalah lebih baik jika anda tidak memberikan bayi anda biskut manis atau biskut tongkat. Ianya tidak bernutrisi dan bayi anda kemungkinan akan terbiasa dengan tabiat memakan makanan ringan yang manis-manis.
9 – 12 Bulan
Menurut “Kids Health” oleh Nemours, bayi yang berusia 9 hingga 12 bulan sudah bersedia untuk makan makanan yang lebih pejal dan kurang bergantung pada susu ibu atau susu formula untuk nutrisi. Pilihlah makanan sihat yang bernutrisi untuk anak anda yang berusia 1 tahun. Ini akan memastikan anak anda mendapat nutrisi semaksimum mungkin dari setiap suapan.
Sarapan pagi:
Bubur gandum: Mulakan dengan mana-mana bubur gandum tanpa gula. Bancuhkannya dengan susu ibu, susu formula, air, atau jus buah. Untuk kepelbagaian, masukkan beberapa potongan pisang atau buah-buahan yang dijual di dalam kemasan botol atau buah-buahan yang dikukus di rumah, seperti pir atau epal.
Lempeng atau wafel: Cuba gunakan campuran bijiran penuh. Tambah sedikit mata gandum untuk meransang kesihatan tubuh anak anda. Untuk kepelbagaian, letakkan puri buah-buahan di atasnya – elakkan sirap manis (yang juga tidak berkhasiat).
![telur](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/telur.jpg)
Telur: Campurkan dengan satu sudu keju kotej dan pukul rata. Untuk kepelbagaian, jadikannya hidangan makan tengah hari dengan mencampurkan tauhu hancur atau sayuran yang telah dilembutkan.
Makan tengah hari:
Sup: Masak sup bersama dengan sayuran dan mi yang bertekstur lembut. Hidangkan suam-bukan panas-dan sedikit demi sedikit. Untuk kepelbagaian, tambahkan kacang hancur, daging cincang, atau keju cincang.
![bubur](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/porridge.jpg)
Telur hancur dengan keju dan tomato, sosej ayam yang lazat, burger sayur, bubur, kentang panggang, bebola ayam dan epal, salmon, bayam dan kentang lecek.
Makan Malam:
Pasta/nasi/kuskus: Kisar bersama dengan saus di dalam mesin pemproses makanan. Jika anda menggunakan makanan dalam bungkusan, gunakan perencah dengan sedikit. Untuk kepelbagaian, tambah sayur-sayuran yang telah dimasak terlebih dahulu, seperti zukini dan labu atau daging cincang.
![ikan](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2018/01/fish.jpg)
Ikan dan kentang goreng, bubur, daging dadu unggas, daging lembu, tauhu, sayuran hijau, mi, kentang, buah, susu formula atau susu ibu.
Makanan Sihat Untuk Bayi
Dalam merawat bayi, makanan sihat bayi adalah perkara yang sangat penting dalam mendampingi makanan utamanya iaitu susu ibu. Susu ibu diberikan secara eksklusif sehingga bayi berumur kira-kira enam bulan dan makanan pendamping diberikan semasa bayi telah menunjukkan tanda siap makan.
Makanan diberikan secara beransur-ansur dari tekstur sangat lembut, agak padat, potongan kecil, sehingga makanan pepejal untuk kanak-kanak kecil.
Pastikan Makanan Yang Cukup Nutrisi Diberikan Kepada Bayi
Makanan yang sihat adalah makanan yang cukup nutrisi. Makanan pada bayi harus cukup kandungan karbohidrat untuk sumber tenaga tubuh dan otak, protein untuk pertumbuhan, vitamin untuk daya tahan tubuh dan fungsi lain, juga mineral-mineral penting seperti kalsium, besi, potassium, dan lain-lain.
![makanan bayi](https://www.eratuku.com/wp-content/uploads/2016/10/makanan-bayi.jpg)
Bubur instant bayi menyatakan bahawa produk tersebut lengkap pemakanan, tetapi tidak ada yang lebih baik dari makanan segar. Anda boleh membuat bubur bayi sendiri dari beras ditambah sayur-sayuran dan daging.
Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Bayi Makan
Ada beberapa hal bahan makanan yang sebaiknya dihindari sebelum bayi berumur satu tahun kerana ia bukan makanan sihat bayi.
Makanan tersebut adalah madu, garam, gula, dan buah-buahan asam. Anda juga harus mengelakkan makanan yang boleh menimbulkan alergi seperti bijirin, telur, ikan, susu, dan kacang-kacangan. Anda boleh cuba dengan jumlah sedikit dan perhatikan dengan teliti reaksi bayi anda terhadap makanan tersebut.
Harap laman ni boleh jadi salah satu tempat yang baik untuk belajar tentang makanan sihat bayi. Anda boleh belajar menu-menu baru dan mengetahui tahap perkembangan bayi anda.
Melatih Bayi Makan
Saat tanda bayi siap makan mula kelihatan pada bayi anda, anda boleh melatih bayi makan. Kemampuan bayi untuk makan belumlah sempurna.
Walaupun telah terlihat gerakan mengunyah, tetapi kemahiran yang baru dikuasai oleh bayi adalah menghisap. Andalah yang harus mengajarkan ketrampilan makan pada bayi anda.
Mulakan menyediakan kelengkapan yang diperlukan, terutama sudu makan bayi. Kemudian siapkanlah makanan dengan tekstur yang sangat lembut.
Biasanya orang tua moden memilih bubur bayi instant yang lebih mudah dibuat. Namun, makanan terbaik adalah makanan yang dibuat dari bahan-bahan segar. Anda boleh menggunakan pengisar untuk mengisar makanan dan menyaring.
Ambil sedikit makanan dengan sudu bayi dan dekatkan pada mulut bayi. Biarkan dia membiasakan diri untuk menggerakkan lidah dan menelan makanannya. Jangan memaksa bayi untuk makan. Sejumlah kecil makanan sudahlah cukup untuk pertama kali makan.
Saat otot mulut bayi sudah lebih kuat dan bayi sudah mahir untuk menggerakkan lidah dan menelan, anda boleh cuba makanan yang lebih padat untuk bayi anda belajar mengunyah.
Setelah bayi terbiasa, anda boleh cuba memberi makanan pepejal dalam bentuk potongan-potongan kecil. Selepas itu, anda boleh memberikan makanan kanak-kanak kecil.
Bayi berkembang secara beransur-ansur dan anda haruslah sabar dalam melatih bayi makan. Ingatlah untuk tidak memaksakan makanan pada bayi dan perhatikan kemungkinan reaksi alergi untuk memastikan kesihatan bayi.
Artikel berkaitan: