Urus Wang Dengan Bijak

Hal tentang wang memang menarik perhatian sesiapa jua. Yang muda atau tua, hinggakan kanak-kanak, langsung teruja dengan tarikannya. Tapi harus diingat, banyak perkara perlukan wang, tapi wang bukanlah segala-galanya.

Ditambah pula tengah panas berita mengatakan bahawa banyak barangan sudah naik harga. Lepas harga minyak naik RM0.20 baru-baru ni, tarif elektrik, tol, harga karipap pun bakal naik pula – gara-gara SST.

Aku sendiri pun dah lupa bila kali terakhir aku beli karipap, last time aku beli macam tak berbaloi dengan saiz dan rasanya. Baik buat sendiri.

Merekod Aliran Wang

Jadi untuk menanti saatnya barang-barang naik harga ni, aku nak kongsikan sikit tips merekod aliran keluar masuk wang bulanan kita. Aku bukanlah seorang pengamal pengurusan wang yang baik, sebabnya aku sendiri asyik terbelanja over budget.

Tapi sekurang-kurangnya dengan info yang nak aku kongsikan ni, mungkin ada orang lain yang dapat uruskan kewangan peribadi / keluarga mereka dengan lebih baik lagi.

Banyak teknik sebenarnya nak urus wang dengan baik. Guna cara sampul, asingkan akaun gaji dengan simpanan, buat saving tetap buanan, sediakan simpanan kecemasan, buat pelaburan dan bermacam-macam lagi.

Tapi kesimpulan yang boleh aku katakan, semuanya perlukan disiplin yang tinggi dan konsisten. Bila kita bujang, mungkin kita tak fikir sangat. Lain ceritanya bila dah berkeluarga, semuanya perlu diurus sebaik mungkin dan sesempurna yang boleh.

Sekali lagi, suka aku beritahu, aku bukanlah pengurus wang yang baik, cuma kini sedang dalam proses memperbaiki debit-kredit sendiri lagi² bila dah ada anak ni. Apa yang aku nak kongsikan adalah kaedah untuk merekod transaksi kewangan bulanan yang mungkin berguna untuk membantu mereka yang lain di luar sana. Siapa tahu kan?

Untuk merekod, aku suka gunakan Microsoft Excel, sebab mudah nak peroleh di kebanyakan PC. Tetapi lepas beberapa bulan gunakan, agak susah nak update rekod semua transaksi sebab aku bukan selalu ke hulu ke hilir bawa pendrive [fail yang terkini aku save dalam pendrive].

Kalau save dalam 1 PC [di ruamh contohnya, lagi susah nak akses, mana tau kat opis boleh update kan. Jadi sekarang aku gunakan Google Drive dan create spreadsheet dalam tu. Buat table, buat sikit formula, seragamkan kategori item dan perfect! Tinggal tunggu tuan dia update je.

debit credit table DC

Jadi jadual di atas inilah rupa jadual rekod yang aku gelar DC Table [debit credit Table] dalam Google drive aku. Sediakan jadual, laraskan kolum, masukkan kategori yang sesuai, dan masukkan note [insert note] untuk semua nilai dalam kolum debit kredit [in & out] tu.

Mungkin ada yang kata, “padatnya, boleh ke masukkan semua item² tu?” atau mungkin bunyinya “ringkasnya muat ke nak masukkan semua?, macam leceh je, macam payah je”. Tolong, jangan banyak bunyi.

Ok aku faham, memang tak mudah nak mulakannya. Aku sendiri pun baru mula buat rekod aliran wang dan saya masih belum dapat tune yang betul dan kadang-kadang miss juga nak rekod beberapa transaksi untuk satu-satu bulan. Tapi bila adanya teknologi ni, segalanya membantu.

Konsepnya, aku asingkan ruangan wang masuk [bahagian atas] dan ruangan wang keluar [bahagian bawah]. Asingkan kolum debit dan kredit untuk mudah tolak. Untuk ruangan wang masuk, tetapkan kategori utama macam, GAJI, ELAUN, KERJA PART TIME, CLAIM dan lain-lain yang sesuai.

Untuk ruangan wang keluar pula, masukkan kategori perbelanjaan yang paling kerap tiap² bulan macam, CAR LOAN, HOME LOAN, YURAN PENJAGA, ZAKAT, SIMPANAN, dan yang paling penting perbelanjaan PERIBADI atau lain-lain kategori ikut kesesuaian masing-masing.

Yang jarang-jarang letak kat bawah. Untuk kategori tu, abaikan kesilapan bahasa, tak ada cikgu BM yang nak cek, kecualilah kau Cikgu BM tu. Hehe.

Ya, aku setuju. Korang mungkin kata “untuk urusan peribadi, berapa kali sebulan? Berapa banyak nan catit?”. Aku tau itu. Penyelesaiannya ialah dengan masukkan note dalam nilai yang dibelanjakan. Contohnya:

PERIBADI dalam catatan nota:

  • Minyak Kereta: RM100
  • Makan: RM30
  • Beli hadiah: RM55

Jadi dalam kategori PERIBADI cuma catatkan RM185 [jumlah keseluruhan perbelanjaan]. Kalau ada perubahan, just update je maklumat. Jadi dalam sebulan, kita tau berapa banyak wang yang dibelanjakan dan ke mana kita belanjakan. Jadi lama kelamaan kita tau trend perbelanjaan kita dan secara tak langsung kita akan lebih pandai urus kewangan pada masa² akan datang.

Untuk contoh lain, tak perlu la aku ceritakan semuanya, apa kata korang download je fail DC Table ni, update ikut kesesuaian korang dan upload ke Google Drive untuk memudahkan akses di mana-mana dan bila-bila masa.

Sekarang ramai dah mobile, jadi boleh juga update gunakan Google Drive versi mobile. Cuma sedikit kelemahanya, note tak boleh dikemaskini dalam versi mobile. Harap maklum. Kena guna PC, tapi tak apa, just type somewhere near to the value, kemudian boleh update kat PC. Mudah tak?

Ok malas nak berceloteh. Berminat! sila muat turut DI SINI- DC TABLE!

Steps:
i. Muat turun fail. Jika nak teruskan update di Excel, silakan. Kalau nak upload ke Google Drive, try next step;
ii. Login Google.
iii. Pilih Google Drive, kemudian upload fail ke akaun Drive anda.
iv. Buka fail tersebut [double klik].
v. Untuk kemaskini fail pergi ke – Fail> Open With > Google Sheets
vi. Done, anda boleh akses + update di mana² pelusuk dunia – as long ada internet akses ye.

5 Panduan Mengurus Duit Dengan Bijak

Duit menjadi keperluan mendesak kepada hampir semua individu. Ada juga yang terkecuali dari golongan tersebut. Golongan ini tidak berhadapan dengan kesukaran memiliki duit kerana berpendapatan yang tinggi.

Dunia Adalah Adil

Mungkin ada yang merasakan kurang adil dengan dunia ini namun itulah hukum dunia. Siapa yang ditakdirkan murah rezeki berbentuk duit memang senang hidup mereka. Perlu juga diingatkan takdir begini dapat diubah selepas usaha sebaik mungkin dan ikhtiar sehabis baik.

ringgit malaysia
ringgit malaysia

Dengan duit yang banyak boleh membeli rumah yang selesa, ereta yang terbaik dan pakaian yang bermutu tinggi. Malah lebih nikmat lagi dapat membeli makanan yang sedap, enak dan berkhasiat. Kualiti hidup begini dapat dirasai oleh semua orang jika kita boleh mengurus duit dengan bijak.

Apa yang dimaksudkan dengan mengurus duit dengan bijak ialah cara membelanja, menyimpan dan menjana duit itu sendiri. Tentunya sangat bersyukur jika pembaca mempunyai pekerjaan tetap. Setiap bulan masih ada sumber pendapatan. Persoalannya apabila tiba hari gaji. Adakah pendapatan mereka cukup, cun-cun atau cuma berbaki sedikit sahaja.

Baki duit yang sedikit itu akan habis sebelum hujung bulan. Atas sebab itu ada yang terpaksa bekerja lebih masa atau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Sesungguhnya gaya hidup begini bukan sesuatu yang seronok dan disukai ramai.

Anak anak atau pasangan perlukan perhatian juga. Masa untuk bersama mereka perlu diperuntukkan. Sayangnya tidak semua ada peluang begini dalam hidup mereka.

Keperluan mengurus duit dengan bijak mesti dilakukan dengan segera. Paksa diri untuk berubah dan ubah cara berfikir cara lama ke arah cara baru iaitu celik dan arif tentang duit. Berikut ialah 5 panduan ringkas untuk mengurus duit dengan bijak.

1. Mempelbagaikan sumber pendapatan

Sebelum ini kita boleh goyang kaki dengan bergantung harap kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sekarang zaman sudah berubah. Setiap dari kita perlu ada pelbagai pendapatan.

Seorang blogger misalnya boleh menjadi agen takaful untuk menambah pendapatan. Pekerja swasta atau kerajaan boleh menjadi blogger untuk memastikan ada pelbagai pendapatan. Itu contoh yang mudah.

2. Membeli ikut keperluan

Ramai yang kurang berjaya dalam bab ini. Malah ada diantara kita yang tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak. Mereka beranggapan berbelanjalah sesuka hati kerana gaji habis bulan ini maka bulan depan ada lagi.

Belilah apa sahaja yang diingini kerana lelah-lelah bekerja tidak patut dikawal cara nak belanja. Duit sendiri siapalah anda yang boleh mencampuri urusan peribadi. Ternyata pemikiran begini kurang bijak.

3. Jangan membuat hutang sesuka hati

Hutang seperti barah kepada kehidupan kita. Hutang menyebabkan jiwa tidak tenang dan perasaan tidak tenteram. Lebih parah lagi jika membuat hutang kepada perkara yang tidak perlu seperti membeli telefon baru, pinjam untuk belanja kahwin dan hutang untuk perabot rumah.

Ketika musim perayaan ramai yang terjebak dengan hutang ini. Kesan negatif hutang ialah aliran tunai dalam tangan terjejas teruk. Nak simpan duit pun belum pasti mampu. Apatah lagi nak mencarum dalam Pelan kad Perubatan.

4. Mengurangkan kekerapan makan diluar

Ada orang kata nak makan pun berkira. Ya. Memang betul kepada individu yang bijak dan celik duit. Bukan dilarang sama sekali. Cuma dikurangkan sahaja kekerapannya. Jika dulu 4 kali sebulan maka cuba kurangkan menjadi 2 kali atau hanya sekali sahaja sebulan.

Duit dapat dijimatkan untuk perkara yang lebih penting seperti mencarum dalam Plan Perlindungan Pendapatan. Hari ini kita berbuat sesuatu yang bijak maka suatu hati kita merasai nikmatnya tindakan kita suatu ketika dahulu.

5. Jumpa perunding kewangan yang berdekatan

Mungkin ada yang berpendapat berjumpa dengan perunding kewangan boleh dikenakan bayaran. Itu tidak dinafikan kerana ada yang menjadikan khidmat perundingan kewangan secara profesional.

Mereka ada kelayakan dan lesen yang bertauliah. Caj juga tinggi. Jadi pilihan yang bijak ialah cari perunding kewangan dalam bidang takaful yang berdekatan dengan anda. Mereka juga ada lesen, berkemahiran dan bertauliah dalam memberi khidmat nasihat.

Ada yang memberi khidmat percuma dengan rasa tanggungjawab untuk mendidik dan menyedarkan betapa pentingnya celik duit untuk diri sendiri dan anggota keluarga dalam tanggungan.

One Comment on “Urus Wang Dengan Bijak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *