Pejual Tokek Sudah Jadi Jutawan ke Belum?

Jual tokek boleh jadi jutawan?

Ini kisah realiti tau, terjadi dalam kehidupan kami sekeluarga beberapa bulan yang lepas. Kisah hidup Mat Jenin dengan tokeknya bukan labu. Minta maaf saya tak berniat memalukan sesiapa dalam cerita ini, cuma sebagai peringatan bersama agar sentiasa berpijak di dunia nyata.

tokek
tokek

Diikutkan cerita suami saya menerima panggilan dari kawan lamanya. Ingatkan sekadar bertanya khabar, rupanya ada agenda tersembunyi di sebaliknya.

Kawan suami: “Mal, kau tahu kat mana ada tokek tak?”.

Suami saya tak jawab sebaliknya dia balas dengan soalan.

Suami: “aik, ko buat ape dengan tokek? Bela banyak-banyak pun bukannya boleh buat makan” .
Kawan suami: ”aik, ko tak tahu ke, harga sekilogram tokek kalau dijual boleh mencecah sejuta?”.
Suami: “wah…… mahal tue, dapat seekor pun dah boleh jadi jutawan. berapa banyak ko ada?”
Kawan suami: “adalah dalam sedozen”.

Saya lihat mulut suami terlopong seperti buaya yang tengah menunggu mangsanya, mungkin dia tengah fikir macam mana nak habiskan duit sejuta. Hehe.. Maka bermulalah seribu satu cerita yang saya sendiri tak pasti isi kandungannya.

Selesai sahaja suami saya bersembang dengan kawan lamanya, dia terus bertanya pada saya, betul ke bela tokek boleh dapat berjuta. Biasalah suami saya nie jenis peribahasa melayu yang berbunyi katak di bawah tempurung. Masanya banyak dihabiskan dengan kerja rutin seharian. Pasal tue dia tak tahu mengenai kewujudan perniagaan tokek yang dikatakan boleh mencecah jutaan ringgit.

Saya gelak, bukan pasal pertanyaan suami saya, tak baik tau gelakkan suami. Tapi sebab tersedar betapa besarnya kuasa mulut rakan-rakan untuk mempengaruhi kita. Bayangkanlah bagaimana suami saya yang cukup berhati-hati dalam menerima informasi itu pun boleh terpengaruh seketika dengan cerita yang tak pernah dibuktikan kesahihannya. Nasib baiklah ada penasihat yang prihatin di sampingnya. Kalau tak…..

Esoknya kawan suami telefon lagi, kali ini siap bawa pelan baik punya untuk jadi orang tengah. Fuh… dahsyat beb, orang kita jangan main-main, memang berpandangan jauh. Tapi Alhamdulillah ringan jer mulut suami saya menolak dengan cara yang baik. Iyelah hati kawan pun kena jaga bukan. Tapi dalam sembang-sembang itu sempat jugalah saya dengar yang dia nak tunjukkan kereta Merc yang bakal dia perolehi kepada suami sekiranya dia berjaya suatu hari nanti. Takpe saya beritahu suami, mungkin bukan rezeki kita.

Maka berpusu-pusulah Mat-mat Jenin turun ke ladang untuk bekerja. Bukan menoreh atau bercucuk tanam tapi memburu mimpi indah.

Lapan bulan berlalu Sekarang apa yang dia dapat? Entahlah nak cakap lebih pun takut berdosa pula. kereta Mercedes-nya entah ke mana, rumah besar lagilah entah ke mana. Yang pasti koleksi tokeknya tetap tak ke mana-mana.

Sekarang ini keluhan demi keluhan pula yang saya dengar, ada suara penyesalan, ada yang kecewa. Tak kurang juga yang melepaskan kemarahan kepada koleksi tokek yang kerjanya cuma menanti makanan daripada tuannya. Hai menari yang tidak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.

Nampak tak pengajaran yang kita dapat disebalik cerita ini? Kita sebenarnya terlalu inginkan kesenangan mudah. Kalau boleh semua lubuk duit kita nak redah. Tak kisahlah walau terpaksa duduk ngangkung untuk mendapat harta dunia, yang penting keringat tak meleleh di muka. Kita sering lupa, sebenarnya rezeki puluhan ringgit jugalah yang selalunya mengingati kita. Cuba bayangkan berapa ribu yang mereka perolehi sekiranya mereka menoreh getah selama itu.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *