Cara Labur Saham Dengan Betul

Terasa macam pelik bunyinya tetapi maksudnya lebih menjurus kepada panduan pelaburan saham. Nak berlabur dalam pasaran saham kenalah kita belajar dengan betul-betul. Anda kena cari panduan yang betul-betul boleh membantu anda dalam jual beli saham.

pasaran saham
pasaran saham

Membuat laburan saham dengan betul yang perlu diketahui

Bukan suatu perkara mudah sekiranya tidak mengetahui cara berlabur dalam saham dengan betul. Ini kerana tanpa ilmu asas pelaburan saham ianya akan menjerumuskan pelaburnya dalam kerugian. Penting untuk dapatkan panduan sebelum jual beli saham. Jangan nanti bila dah rugi baru mula nak cari panduan sana sini. Pada masa itu mungkin sukar didapati ataupun harganya sudah tinggi.

Jika anda ingin Ebook teknik main saham, anda boleh dapatkannya dengan mengklik banner di bawah. Di dalam ebook tersebut diterangkan secara terperinci bagaimana seorang pelabur memaksimumkan keuntungan dengan menggunakan teknik tertentu yang berkesan. Teknik-teknik tersebut diterangkan secara terperinci di dalam ebook tersebut.

Apa yang perlu dilakukan sebelum melabur di pasaran saham

Anda perlu membuka akaun CDS(Central Depository System) terlebih dahulu sebelum melakukan jual beli saham. Ini merupakan perkara wajib yang korang perlu lakukan.

Cara nak daftar senang sahaja, korang pergi mana-mana bank yang membuat urusniaga jual beli saham nie. Maybank pun boleh. Boleh tengok di sini untuk dapatkan senarai penuh bank di Malaysia yang menjalankan urusniaga tersebut.

Request pada kerani di kaunter bank untuk membuat pendaftaran akaun CDS dan jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan duit. Kos yang dikenakan hanyalah RM10.

Proses pendaftaran hanya mengambil masa beberapa minit sahaja kalau kerani bank tersebut bukan seorang yang pemalas. Selepas siap pendaftaran korang akan diberikan nombor akaun CDS. Bila dah dapat nombor nie maka bolehlah beli saham secara online seperti saham IPO di Maybank2u.

Pelaburan Saham di Mata Orang Melayu

Sejak saya mula berkongsi pengalaman saya melabur di bursa malaysia di facebook dan berkongsi hasil untung di blog saya, ramai yang menghubungi saya sehinggakan tak larat saya nak reply.

  • Ada yang bertanya tentang macam mana nak mula
  • Ada yang bertanya tentang soal modal pelaburan saham
  • Ada yang bertanya tentang risiko dalam pelaburan

Malah ada juga yang bertalu-talu mengucapkan jutaan terima kasih kepada saya kerana sudi berkongsi ilmu ‘mahal’ ini yang mana ilmu ini jarang di kongsi secara terbuka seperti yang saya lakukan sekarang.

Ya. saya akui. kadang-kadang mereka yang sudah otai dalam pelaburan saham seolah-olah ‘gagal’ mendidik anak bangsa kita yang masih kabur soal pelaburan saham ini. boleh di katakan jika melabur dengan cara yang betul dan melabur dengan menggunakan ilmu ianya boleh menjadi ‘lubuk’ duit.

Namun begitu, saya tidak menyalahkan otai secara total kerana saya akui mereka sangat sibuk kerana di ‘kejar’ oleh ribuan orang di luar sana yang mahu belajar ilmu pelaburan saham dengan bersungguh-sungguh.

Jadi, pada firasat saya kenapa mahu focus kepada mereka yang tidak mahu mengejar ilmu?

Tidak di nafikan. kadang-kadang sikap orang kita sendiri yang tidak mahu belajar.

Saya sedar ramai bangsa saya yang tak tahu apa itu pelaburan saham. Kesian.

Dah tahu, tapi tak nak ambil tahu. Kesiann.

Dah ambil tahu, tapi buat-buat tak tahu. Kesiannn sangattt

Sentap tak? Kbai. Hihihi.

beli saham tanpa ilmu
jangan beli saham tanpa ilmu dan mentor

Saya bukanlah pakar dalam pelaburan saham. akan tetapi saya rasa sangat risau tentang nasib bangsa saya yang tidak sedar kewujudan ‘lubuk’ duit ini sedangkan bangsa Cina dan India sudah jauh ke hadapan dan sudah menjana jutaan ringgit darinya.

Dalam hal ini, saya nak ‘puji’ bangsa saya. Nak tahu kenapa?

Bangsa kita sangat ‘rajin’ dan kuat usaha. bekerja ‘keras’ siang malam, keluar pagi balik malam demi untuk mendapatkan gaji 4 angka sebulan sedangkan pak cik bersinglet pagoda putih berseluar pendek buat 4 angka dalam masa sehari sambil goyang kaki atas katil bersama keluarga tersayang anak isteri depan mata.

Sentap bukan?

Jika sentap. Alhamdulillah. motif utama saya sudah tercapai.

Saya dahulu juga begitu. di sebabkan rasa sentap itulah yang membuatkan saya mencari ilmu pelaburan saham bersungguh-sungguh.

Kerana saya yakin, selagi saya tak sentap selagi itulah saya berasa dalam zon selesa dan berpuas hati dengan apa yang saya sudah ada.

Keluarga saya tiap-tiap bulan di ‘suap’ oleh orang lain

Saya sendiri pula bila dapat 4 angka sebulan hasil dari bisnes saya, saya sudah rasa cukup. tak sampai hujung bulan, duit dah habis bayar bils, beli barangan rumah dan bayar hutang pendidikan. Opssss!

Dulu saya ‘selesa’ sangat!

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *