Tantrum Pada Anak

Menurut salah seorang pakar tumbuh kembang anak, dikatakan bahawa tantrum pada anak merupakan suatu luapan ataupun letupan emosi yang tiba-tiba dan tidak terkawal dan biasanya terjadi ketika usianya menginjak 2-5 tahun, namun tidak menutup kemungkinan terjadi pada usia hampir 7 tahun.

tantrum anak

Tantrum pada anak ini memang cukup menyusahkan ibu bapa atau bahkan hanya membuat rasa malu terutama apabila berlaku di tempat-tempat awam, seperti pasar raya, kedai atau tempat-tempat awam lain. Masih menurut sumber yang sama, dikatakan bahawa tantrum pada anak boleh saja dicetuskan oleh keinginan anak yang tidak dipenuhi saat itu juga.

Bagaimanakah isu dan tips menghadapi tantrum pada anak yang sebaiknya dipertimbangkan ibu bapa?

Petua dan tips

Berikut beberapa tips dan tips menghadapi tantrum pada anak sebagaimana diolah daripada pelbagai sumber, iaitu:

Tetap tenang

Menurut salah seorang pakar psikologi kanak-kanak, dikatakan bahawa tantrum pada anak yang terjadi di tempat umum, memang boleh mencetuskan rasa malu ibu bapa. Usahakan tetap tenang dan mengelakkan tindakan kekerasan, terutama kekerasan secara fizikal. Tindakan kekerasan secara fizikal hanya akan membuat tingkah laku anak-anak semakin menjadi.

Pengalih perhatian

Sebagai ibu bapa, pastinya mengetahui bagaimana ciri-ciri kanak-kanak, sehingga segera ambil tindakan mengalihkan perhatian anak ketika tanda-tanda tantrum mula kelihatan. Mengalihkan perhatian anak boleh dilakukan dengan mengajak anak-anak ke tempat yang disukainya atau melakukan aktiviti yang disukainya.

Buat perjanjian

Bagi kanak-kanak yang sudah berusia di atas lima tahun dan memahami dengan baik komunikasi secara lisan, ada baiknya membuat komitmen atau perjanjian terlebih dahulu. Memang beberapa ahli menyarankan agar tidak memberi hadiah umpan apabila anak mau bersikap baik, namun sesekali pemberian iming-iming hadiah memang diperlukan.

Beri pengertian

Sebelum mengajak anak perjalanan dan mengurangkan risiko terjadinya tantrum, ada baiknya jika ibu bapa terlebih dahulu memberikan pengertian kepada anak bahawa tindakan tantrum yang dilakukan anak akan membuat ibu bapa merasa malu dan terganggu, sehingga melakukan tantrum merupakan perbuatan yang tidak baik.

Demikianlah beberapa isu dan tips menghadapi tantrum pada anak yang boleh dipertimbangkan ibu bapa. Akan lebih baik apabila ibu bapa juga tetap menyedari bahawa tantrum merupakan salah satu bahagian dari proses tumbuh kembang anak dan merupakan suatu kewajaran apabila anak melakukannya.

Kenapa Melankolik Pulak?

Emosi dan perasaan manusia sentiasa berubah-rubah, ada ketikanya seseorang individu akan merasa sungguh riang dan happy mood, kemudian boleh berubah kepada sedih dan hiba. Pendek kata dalam tempoh 24 jam emosi dan perasaan manusia normal akan sentiasa berubah mengikut faktor dalaman dan juga luaran. Hanya manusia yang ‘spesel’ dan istimewa sahaja mempunyai tahap emosi yang ‘flat’ dan lebih istimewa lagi kalau jenis yang memang tak ada emosi atau perasaan langsung. Melankolik juga merupakan salah satu daripada pelbagai perasaan yang sering melanda emosi individu.

bayi sedih
bayi sedih

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga telah menerangkan maksud melankolik atau melankolis sebagai berasa atau memperlihatkan perasaan sedih, dukacita, sugul, mengharukan dan seumpama dengannya. Manakala dalam bahasa Mat Leh pula Melancholic di terangkan melalui perkataan depress atau sorrow.

Habis tu kenapa blog ni tiba-tiba dok cerita pasal melankolik pulak ni? Semasa dok blogwalking tadi terserempak juga dengan satu dua blog yang bernada atau berbentuk melankolik. Menarik dan penuh pengertian.

Sememangnya tidak dinafikan setiap individu mempunyai cara dan kaedah masing-masing untuk mengeluarkan perasaan melankolik, sedih dan hiba dari menghantui emosi dan perasaan masing-masing.

Di samping pendekatan agama yang sememangnya penyelesaian secara total untuk menghilangkan melankolik ni, ada juga yang memilih untuk meluahkan dalam bentuk penulisan, sajak, puisi, lagu dan sebagainya. Apa yang pasti, nada melankolik itu sendiri merupakan sebahagian daripada lumrah hidup setiap insan. Yang penting hidup dan perjuangan mesti diteruskan dan pastikan sentiasa ‘steady’. icon biggrin Kenapa Melankolik Pulak Ni?

Penulis artikel ni pun rasanya ada sikit-sikit nada melankolik, sebabnya tiba-tiba aje radiator kereta ku bocor, baru je bulan lepas di servis dan plan nak tukar tayar sebelum raya ni. Hari ni seharian penulis artikel merempit menggunakan Kriss ke sana ke sini untuk urusan budak-budak sekolah. huhuhu.

Penderaan Bayi

Kes penderaan bayi merupakan satu penyakit masyarakat yang kian meningkat di negara kita. Bayi merupakan satu kurniaan dan hadiah yang paling berharga oleh Tuhan. Namun, masih terdapat manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Yang Maha Esa dengan melakukan kezaliman ke atas bayi. Bayi akan didera dengan pelbagai cara seperti dipukul, dibakar dengan puting rokok, ditendang dan sebagainya.

penderaan bayi

Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Penderaan Bayi

a. Masalah Kewangan

Kes penderaan bayi di rumah sering kali dikaitkan dengan masalah kewangan ibu bapa. Tekanan ekonomi yang dialami oleh ibu bapa menyebabkan mereka hilang kewarasan dan menjadikan bayi mereka sebagai sasaran untuk melepaskan tekanan.

b. Masalah Keluarga

Keluarga yang mengalami pepecahan perkahwinan seperti penceraian akan menyebabkan ibu atau bapa mengalami tekanan jiwa. Tambahan pula dengan bayi yang masih kecil dan buat bising akan menyebabkan mereka kehilangan kawalan emosi lalu mendera anaknya.

c. Tekanan Kerja

Ibu bapa yang bekerja mungkin mengalami tekanan di tempat kerja. Selepas habis kerja dan sampai rumah, anak yang sering membuat bising akan menyebabkan mereka sangat resah dan gelisah.

d. Tabiat Hidup

Statistik menunjukkan bahawa kes penderaan bayi biasanya berlaku di keluarga di mana ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Antaranya ialah sentiasa mabuk, berjudi dan menghisap dadah.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Kes Penderaan Bayi

1. Penguat kuasaan Undang-undang

Undang-undang yang sedia ada harus diperketatkan di mana tertuduh yang didapati melakukan penderaan bayi dikenakan hukuman yang lebih berat seperti disebat dan penjara seumur hidup.

2. Kaunseling dan Seminar

Pasangan baru yang ingin berkahwin harus diwajibkan untuk menghadiri kelas kaunseling. Di kelas ini, mereka akan diajar bagaimana untuk mendirikan rumah tangga serta menjaga anak.

3. Perancangan Keluarga

Ibu bapa harus menjalankan perancangan keluarga. Mereka harus merancang berapa anak yang ingin dilahirkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan.

Berikut merupakan video klip lagu memesan kita agar tidak melakukan penderaan bayi. Sila hayati lirik lagu-lagu berikut.

Sekiranya penderaan bayi ini adalah sangat teruk dan berlanjutan sekian lama, ada kemungkinan bahawa selepas bayi itu menjadi dewasa, dia akan menjadi seorang pendera terhadap mangsa lain juga. Dia mungkin berfikir bahawa mendera kanak-kanak secara fizikal, emosi dan melalui percakapan adalah perkara biasa.

Campur tangan pada peringkat awal adalah sangat penting sebab ia dapat membantu anak itu sembuh dari cobaannya. Jika kanak-kanak itu kenal dengan anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa yang sepatutnya agar dia dapat diselamatkan daripada penderita yang menderanya.

Jika ada apa-apa penderaan yang ada anda jumpai, boleh cuba untuk hubungi UNICEF Malaysia untuk mendapatkan bantuan dengan segera supaya keadaan dapat dikawal tanpa jadi lebih serius lagi.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *