Bagaimana Bercakap Dengan Anak Anda Pada Umur Yang Berlainan

Tugas sebagai ibubapa adalah salah satu tugas kehidupan yang paling mencabar. Tapi walaupun mencabar namun bermakna. Malangnya, kebijaksanaan dan kesalahpahaman tentang bagaimana untuk membela dan menjaga anak-anak yang bertanggungjawab boleh menyebabkan komunikasi yang kurang berkesan dan penggaduhan antara satu sama lain.

Tahap Komunikasi Yang Berlainan Bagi Umur Yang Berlainan

Bagi membesarkan anak-anak dalam usia yang berlainan, anak anda mempunyai tahap keperluan komunikasi yang berlainan juga. Komunikasi yang baik dengan kanak-kanak melibatkan mendengar dengan baik dan bercakap dengan cara yang menggalakkan anak anda mendengar apa yang anda cakap. Ia seperti kemahiran lain, anda perlu selalu berlatih supaya jadi seorang yang mahir dan berpengalaman untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

Berikut adalah sesuatu yang saya ingin berkongsi dengan anda jika anda mempunyai anak dan ingin menjanakan hubungan yang baik dengan anak anda sepanjang masa dari usia bayi hingga remaja.

0 – 2 Tahun

  • Sentuhan adalah bentuk komunikasi pertama yang boleh anda berlakukan dengan bayi yang baru lahir.
  • Gunakan nada dan bahasa badan untuk meningkatkan apa yang anda ingin berkata dengan bayi anda.
  • Menjawab percakapan bayi dengan menggunakan cara seperti berbual-bual dengannya.
  • Bercakap dengan anak anda walaupun pemahamannya masih belum ada lagi. Ini dapat menggalakkan kemahiran bahasa untuk bayi.

baby

3 – 5 Tahun

  • Berikan anak anda perhatian sepenuhnya bila-bila masa sahaja supaya dia dapat rasa kewujudan anda.
  • Perhatikan nada dan bahasa tubuh anda semasa berkomunikasi dengan anak anda.
  • \Bantu anak anda untuk mengeluarkan kata-kata kepada emosi yang dilakukan olehnya.
  • Gunakan strategi bantuan untuk membangunkan kemahiran peraturan emosi.
  • Selalu menawarkan pilihan yang terhad dan juga penjelasan yang ringkas.

anak lelaki

6 – 11 Tahun

  • Ambil masa untuk bercakap dengan anak anda.
  • Bercakap dengan anak anda dengan cara yang menghormati dan persefahaman pada tahap kematangan yang tertentu.
  • Apabila anda ingin mendapatkan sesuatu maklumat dari anak anda, bertanya dengan soalan yang khusus dan terus bercakap jika mereka tidak jawab atau tidak bercakap.
  • Dengar dengan bersungguh-sungguh tanpa bertentangan dan ulangi apa yang anda dengar. Buatkan komunikasi dengan fikiran yang lebih matang.
  • Benarkan anak anda mempunyai beberapa input dalam peraturan keluarga.
  • Tertawa dengan anak anda dan mengakui kesilapan anda jika sudah melakukan sesuatu kesalahan.

muslim girl

12 – 18 Tahun

  • Bercakap dengan anak remaja anda dan bukan tunjuk ajar macam orang dewasa yang degil.
  • Tunjukkan penghormatan tentang pendapat yang dinyatakan oleh anak anda.
  • Cari peluang seperti berbual-bual tentang percutian atau iklan televisyen untuk bercakap dengan anak anda.
  • Hormati privasi anak anda dan simpan rahsia dan kepercayaan mereka tanpa bocor kepada orang lain.
  • Menunjukkan bahawa anda mempercayai anak anda akan menggalakkan mereka untuk mempercayai anda dan bercakap lebih banyak isu peribadi mereka kepada anda.
  • Jadi diri anda sendiri tanpa perlu berpura-pura. Seorang remaja yang berusia pada tahap ini cukup matang untuk menghormati anda sebagai seorang individu.

Artikel berkaitan:
Kaedah Yang Betul Untuk Pendidikan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *