Pandai Ambil Peluang Untuk Mencapai Kejayaan

Terasa masa seperti cepat sangat berlalu, sedar tak sedar satu tahun demi satu tahun sudah berlepas. Kita seperti telah disihir oleh masa. Pada yang sedar mereka akan menghargai masa, pada yang tidak mereka telah dihanyutkan oleh masa tanpa disedari.

Seperti biasa, bagi keramaian orang, Isnin memang terasa semuanya muram. Saya tidak dikecualikan juga. Mungkin hang-over cuti hujung minggu terbawa-bawa hingga ke hari Isnin.

success

Semalam saya berkunjung ke rumah seorang kawan yang berasal dari Bangladesh. Mungkin ada yang tersenyum bila aku katakan Bangladesh sebab kita tahu ada segelintir rakyat Bangladesh yang bekerja di sini membuat kita tertawa dengan telatah mereka.

Khadir Kawan Asing Ku

Untuk pengetahuan anda, aku mengenali Khadir kira-kira 8 tahun yang lalu. Masa itu dia bekerja sebagai programer sistem PABX di Gardens and Residenses Hotel di Mid Valley.

Kerja Khadir adalah memeriksa sistem PABX yang baru dipasang oleh pekerja yang lain. Selain dari pada itu, Khadir juga pandai dalam bab baik pulih laptop serta komputer. Lebih kurang 5/6 buah laptop aku  adalah aku beli dari Khadir dan jual semula.

Kalau ada laptop second hand yang masih boleh pakai, dia pasti akan bagi tahu aku dan minta aku tolong jualkan untuknya. Dengan setiap laptop atau komputer yang aku jual, boleh aku dapat sedikit komisen yang diberi oleh Khadir.

Sepanjang aku kenal Khadir, dia seorang yang memang kuat berkerja dan rajin buat kerja-kerja partime. Income Khadir aku anggarkan dalam RM7,000 atau RM8,000 campur dengan kerja-kerja baik pulih laptop sebulan, sebab tu dia mampu menyewa kondo yang berharga RM1,000++ sebulan.

orang bangla

Kadang-kadang aku terasa malu dengan Khadir bagaimana seorang rakyat asing yang pada mulanya mencari sesuap nasi dapat hidup mewah di bumi Malaysia ini. Padahal rakyat Malaysia sendiri pun susah nak dapat income macam tu melainkan kalau ada bisnes sendiri.

Pendapat aku kita pun boleh dapat income macam tu kalau kita pandai mencari peluang dan ada sedikit kemahiran. Cuma ada sesetengah dari kita tidak tahu hendak bermula dari mana dan mencari peluang yang boleh menghasilkan pendapatan yang banyak setiap bulan.

Adakah kita kurang didedahkan atau kita sendiri ada sikap “tak apa, biarlah, nanti-nantilah”sehingga kita terlepas peluang untuk majukan diri sendiri. Dalam pada itu peluang yang kita ada terlepas ke tangan orang lain, apatah lagi kepada bangsa asing. Bagi aku sangat merugikan…

Kita patut ambil contoh rakan aku yang aku ceritakan tadi. Kita boleh belajar daripadanya dengan cara bagaimana dia berusaha dan ambil peluang yang ada. Kalau ramai anak-anak muda yang mengangur sedar akan peluang yang mereka harus ambil, nescaya anak-anak muda dalam negara kita tidak akan merempit, meragut dan melakukan jenayah.

Bagaimana kita harus sedarkan mereka atau siapa harus sedarkan mereka?. Kerajaan, mak ayah, guru-guru sekolah, Blogger? ataupun semua kena main peranan masing-masing….

Hidup Senang Orang Sekarang

Kita dah dibiasakan hidup senang, sbb tu mals nak rebut peluang. Orang asing datang sini mereka susah dan terpaksa rebut peluang sebanyak mungkin. Jadi jangan kita didik anak-anak kita dengan kemewahan.

Khadir pernah kata “Bang, kalau saya sini punya orang, saya sudah boleh jadi kaya. Beli kereta, rumah banglo dan bini pun besar” hehehe… Ya, peluang yang ada kena rebut sebaik mungkin.

Memang betul cakap kadir tu, kat mana-mana pun kalau rajin berusaha memang boleh dapat kejayaan. Syarat yang utama kenalah rajin dan tidak mudah mengalah. Kalau nak cerita pasal orang kita memang bertepatan dengan sindiran Kadir tu.

Kita kena pandai ambil peluang kalau nak berjaya. Setiap masalah mesti ada ruang yang kita boleh gunakan untuk ambil faedah darinya. Tapikan, kadang-kadang, kita tak nampak peluang tu.

Perangai kebanyakan kita adalah tunggu nak diberi suap je memanjang. Peluang kerja dah disediakn.. tunggu rebut peluang tu je,… takkan nak tunggu kerajaan tolong bagi juga kot. Ada betul jugak orang kata bangsa kita ni bangsa subsidi walaupun kadang-kadang tu nak marah pun ada.

Mentaliti Kena Tukar

Memang senang berlaku orang luar hidup lagi senang dari orang tempat sendiri. Ia bergantung kepada mentaliti.. semua orang boleh berjaya kalau berusaha, tapi antara nak atau tak nak, dan sanggup ke atau tak sanggup.

Bagi orang luar (baca Indonesia, Bangladesh), apabila mereka datang ke rantau ini, mereka not as picky as us. Mereka boleh buat apa saja, gaji sikit pun diorang still adjust hidup diorang bagi mampu untuk diorang survive dan juga mampu antar duit ke kampung halaman. dalam benda ni, aku respect diorang.

Diorang tak kisah berbasikal je ke tempat kerja, sedankan kita naik bas ramai sikit dah bising.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *